Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

February 27, 2009

Lesitin

Lesitin

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lesitin (bahasa Inggeris: Lecithin) merupakan campuran glikolipid, trigliserid dan fosfolipid. Lesitin digunakan sebagai bahan tambah makanan serta dalam ubat-ubatan.

Bagi orang biasa, lesitin lazimnya merupakan salah satu bahan kandungan yang dimasukkan kedalam produk coklat susu.

Kebiasaanya lesitin merupakan produk halal kerana ia diperbuat dari telur atau minyak soya, terdapat juga diambil dari minyak bunga matahari.

Lesitin dari sudut Islam

Jika anda hendak memakan coklat susu keluaran Malaysia pastikan ada tanda logo Halal.

Produk yang dijual di United Kingdom pastikan ada tanda "bahan dari sayuran" (vegetarian). Ini adalah kerana kekadang lesitin diperbuat dari lemak binatang yang tidak ditentukan halal sembelihannya. Untuk mengelak keraguan jika terdapat tanda 'e'pada bungkusan produk tersebut haruslah menjauhinya.
Contoh :

Kandungan dalam produk susu coklat yang ramuannya ada lesitin:
Lesitin
Vanillin
Pepejal koko
Mentega koko
Tepung susu
Gula
Perasa

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Lesitin"

February 24, 2009

Pikat Anak Suka Makan Sayur Setiap Hari




Oleh DR TEE E SIONG


PADA waktu makan malam anak menghabiskan semua makanannya kecuali sayur-sayuran dan ia dibiarkan di tengah pinggan dan membentuk bagaikan sebuah pulau hijau. Usah kecewa melihatkan hal ini kerana anda bukanlah satu-satunya ibu bapa yang menghadapi masalah ini.


Kebanyakan ibu bapa juga gagal memberi sayur-sayuran kepada anak mereka.Bagaimanapun, memang tidak dinafikan sayur-sayuran adalah penting untuk diet anak anda. Doktor dan ahli pemakanan seluruh dunia bersetuju mengenai kepentingan sayur-sayuran.


Program Pemulaan Pemakanan Ceria (Bright Start Nutrition atau BSN) juga memberi penekanan yang sama terhadap sayuran. Anda boleh mendapati kami telah memasukkannya dalam Mesej Utama yang Ketiga dalam Panduan Pemakanan BSN, iaitu “Galakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral.”Ini juga dititikberatkan dalam Piramid Panduan Makanan. Sayur-sayuran telah diletakkan pada aras kedua dan harus diambil paling banyak selepas makanan karbohidrat.Kebaikan sayur-sayuran tidak terhingga. Pertama, ia rendah lemak, kalori dan natrium serta tidak mengandungi kolesterol. Selain itu, sayur-sayuran juga mengandungi vitamin, mineral, serat, karoteinoid dan bahan bio-aktif (dipanggil sebagai bahan fitokimia).Sebenarnya, setiap jenis sayuran mempunyai ‘pakej’ nutrien yang tersendiri. Maka, setiap jenis sayur-sayuran berbeza dari segi jumlah dan jenis nutrien yang dibekalkannya.Vitamin dan mineral dalam sayur-sayuran membantu dalam tumbesaran dan perkembangan, membina sistem imun yang sihat dan memelihara kesihatan secara keseluruhannya. Jika anak anda kekurangan vitamin dan mineral yang penting ini, dia mungkin lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan dan penyakit.Serat diet yang terdapat dalam sayur-sayuran membantu membina sistem penghadaman yang sihat dan mencegah sembelit di kalangan kanak-kanak. Karotenoid pula sebenarnya adalah sejenis bahan fitokimia yang boleh melindungi anak anda terhadap pelbagai penyakit kronik.Cara terbaik untuk memastikan anak anda mendapat semua khasiat sayur-sayuran adalah dengan memberikannya berbagai-bagai jenis sayur-sayuran. Jadi, pastikan makanan harian anak anda mengandungi pelbagai jenis kumpulan sayuran berikut:
Sayuran berdaun hijau, misalnya bayam, sawi, kailan, kangkong.
Sayuran berbatang, misalnya celeri.
Sayuran jenis akar, misalnya lobak.
Sayuran jenis buah, misalnya tomato, terung.
Sayuran kekacang, misalnya kacang buncis, kacang panjang.
Sayuran jenis bunga, misalnya kobis, kubis bunga, brokoli.
Dengan itu, pastikan anak anda mengambil dua hidangan sayur-sayuran setiap hari yang mana ia adalah bersamaan dengan setengah cawan sayuran daun hijau yang telah dimasak bersama dengan batangnya yang boleh dimakan, dan setengah cawan lagi sayuran jenis lain.Fikirkan! anak anda hanya memerlukan dua hidangan sayuran setiap hari, dan anda boleh saling ganti antara begitu banyak jenis sayuran setiap hari.Satu cara untuk memastikan anak anda suka sayur-sayuran adalah dengan memberi sayur-sayuran kepada mereka sejak kecil.Ini boleh dilakukan semasa makanan pelengkap mula diberikan, iaitu dari umur empat hingga enam bulan ke atas. Inilah masanya anak anda diperkenalkan kepada pelbagai makanan separuh pejal. Jadi, sayur-sayuran yang diberikan itu haruslah dilumatkan atau dimasak sehingga lembut, dan diberikan satu hingga dua sudu teh setiap kali.Membiasakan anak dengan rasa sayur-sayuran sejak usia muda dapat membantu mengurangkan kebarangkalian anak anda tidak suka akan sayur-sayuran semasa mereka membesar kelak.Sekiranya anda baru saja hendak memperkenalkan sayur-sayuran kepada anak yang berada di peringkat bertatih atau pra-sekolah, anda mungkin akan menghadapi masalah.Bagaimanapun, anda tidak perlu berasa risau kerana masih belum terlambat. Anda hanya perlu terus memujuknya dengan sabar untuk mengambil sedikit sayuran setiap kali makan. Berikan jumlah yang kecil setiap kali.Anda juga boleh menggalakkan anak anda mengambil sayur-sayuran dengan memberikan contoh yang baik. Galakkan seisi keluarga untuk mengambil pelbagai sayur-sayuran. Tunjukkanlah kepada anak anda betapa anda menikmati sayuran itu, dan dia mungkin juga ingin mencuba.Seperti makanan lain, sayur-sayuran juga perlu dimasak dengan cara yang sedap untuk merangsangkan deria rasa. Mempelbagaikan cara memasak setiap hari adalah satu cara untuk menarik minat anak anda terhadap sayuran.Berikut adalah beberapa ilham dalam menyediakan sayuran:
Menggoreng (dengan sedikit minyak), mencelur, mengukus atau masak dengan ketuhar gelombang mikro – untuk mengelakkan kehilangan nilai pemakanan, memelihara kerangupan dan kandungan air dalam kebanyakan sayur-sayuran.
Untuk sayuran jenis akar, buatkan stew untuk mengurangkan masa memasak dan membantu mengeluarkan rasa dan nutrien terutamanya karoten.
Membuat sup dengan sayuran seperti kobis, akar teratai, sawi, bayam dan buah kundur.
Menghidangkan sayuran secara mentah, misalnya daun salad, lobak dan timun, sebagai snek yang berkhasiat - misalnya, kepilkan beberapa keping timun dan tomato dalam sandwic dan celupkan batang lobak atau timun dalam dadih.
Sesetengah sayuran (terutamanya lobak putih dan lobak merah) boleh digunakan dalam kek dan makanan istimewa seperti popiah.
Adalah baik untuk membabitkan anak anda dalam kerja penyediaannya yang mana mereka mungkin ingin menikmati usaha sendiri sehingga tidak sabar untuk merasainya.Usaha anda itu mungkin tidak mudah dan selalunya mengecewakan. Bagaimanapun, ingatlah bahawa cara untuk menggalakkan anak anda makan sayuran adalah dengan mengubah pendapat mereka terhadap sayuran.Jangan memaksa atau memarahi anak anda terhadap pengambilan sayuran; jika tidak, mereka mungkin akan marah kepada anda, dan sayur-sayuran. Sebaliknya anda harus memberitahu secara berterusan mengenai kebaikan sayuran dan menggalakkan untuk menerokai keenakan sayuran sendiri. Jadikanlah kegiatan makan itu seronok dan penuh dengan daya imaginasi.Panduan mengenai sayur-sayuran
Pilih sayuran berdaun dengan tekstur yang teguh dan warna yang cantik.
Pilih sayuran jenis akar dan buah yang teguh dan berwarna cerah.
Elakkan daripada mengambil sayuran jenis buah yang lebam dan yang mempunyai kulit yang pecah.
Balut sayuran dengan kertas yang bersih dan kering sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk. Bayam dan brokoli boleh tahan sehingga lima hari jika disimpan dalam bahagian penyimpan sayuran atau buah-buahan di peti sejuk. Kobis pula boleh disimpan lebih lama jika ia dibiarkan kering dalam suhu bilik sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Sayuran mesti dibersihkan secara menyeluruh dengan beberapa kali tukaran air sebelum dimasak atau dimakan. Potong sayuran hanya selepas ia dibersihkan untuk mencegah kehilangan nutrien ke dalam air.
Sayur-sayuran yang segar dari pasar adalah yang terbaik. Sayuran dalam tin boleh dimakan sekali-sekala.
Dr Tee E Siong ialah Pengerusi Panel Penasihat Program Permulaan Pemakanan Ceria (BRIGHT START Nutrition) dan Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia

February 22, 2009

Mengambil Terlalu Banyak Kalori"Apa salahnya?"Anda akan menjadi gemuk dengan memakan makanan yang banyak kalori melebihi dari apa yang diperlukan oleh badan anda. Orang yang gemuk biasanya tidak sihat dan mudahterdedah kepada penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.Apakah dia kalori?Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup.Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.
Cadangan pengambilan kalori setiap hari
Dewasa
Umur (Tahun)
Tenaga (Kalori)
Lelaki
AktifSederhanaBerat Badan55 kg
20 - 3940 - 4950 - 60> 60
2,5302,4002,2802,020
Perempuan
AktifSederhanaBerat Badan50 kg
0 - 3940 - 4950 - 60> 60
2,0001,9001,8001,600






Jika mengamalkan Jus diet mate 5 - memadai 1000 kalori sehari..
Pilihlah makanan yang kurang kalori menggantikan makanan yang berkalori tinggi, seperti :
Semangkuk meehon sup menggantikan sepinggan kuih teow goreng,
(350 kalori)
(600 kalori)
Segelas air kacang soya menggantikan sebotol minuman ringan,
(60 kalori)
(150 kalori)
Sepotong buah segar menggantikan semangkuk bubur caca,
(60 kalori)
(300 kalori)
Jumlah :
470 kalori
1050 kalori
Sajian makanan segeraPilih yang berkalori rendah : dari makanan segera yang berkalori tinggi seperti :
burger keju, 317 kal
whooper sandwich, 628 kal
buah-buahan, 60 kal
kentang goreng, 227 kal
air atau teh tanpa gula, 0 kal
coke, 150 kal
salad tanpa dresing, 28 kal
Jumlah : 405 kalori
Jumlah : 1005 kalori
Petua memilih makanan di restoran :
sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan
dapat ditukar
baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.
Minta salad tanpa dresing
minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta
yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba
pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar
jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan
jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging
seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong
pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah
minta buah-buahan sebagai pencuci mulut
minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau arak
Sapa kata mengamalkan JUS DIET MATE 5......anda tak boleh makan kat luar!!janji pandai pilih makanan ...
SHARING IS CARING

February 21, 2009

What Should You Eat (Part 1)

The Nutrition Source
Vitamins
1. Eat a healthy diet. A multivitamin provides some insurance against deficiencies but is far less important for health than the healthy food patterns described on this website. Choose a diet rich in fruits, vegetables, whole grains, nuts and healthy oils, and low in red meat and unhealthy fats—let the Healthy Eating Pyramid be your guide.

2. Choose a daily multivitamin. A daily multivitamin is an inexpensive nutrition insurance policy. Try to take one every day.

3. Think about D. In addition to its bone health benefits, there’s growing evidence that getting some extra vitamin D can help lower the risk of colon and breast cancer. Aim for getting 1,000 to 2,000 IU of vitamin D per day—this likely will require an extra vitamin D pill, in addition to your multivitamin. For more information, see the vitamin D section of The Nutrition Source.

4. Say no to “megas.” In general, avoid mega-dose vitamins and mega-fortified foods. Higher doses of vitamin E may help to prevent heart disease, but in general, the amount in a standard multivitamin is enough to have health benefits. A standard multivitamin also has a day's worth of folic acid, so you should avoid foods that have high amounts of folic acid added to them. Vitamin D is an exception, as many people need more than the RDA.

5. Avoid “super” supplements. Don’t be swayed by the wild health claims of the many health supplements advertised on TV and the Internet. If they sound too good to true, you can be sure they are. Save your money for healthy food and a good vacation.

Nutrition Insurance Policy: Learn why a multivitamin-multimineral supplement can fill in micronutrient gaps in your diet.

Keep the Multi, Skip the Heavily Fortified Foods: Why you should keep taking a daily
multivitamin but skip foods that are heavily fortified with folic acid.

Antioxidants: Beyond the Hype: What's the buzz around antioxidants—and what's the evidence?

Supplement Studies: Sorting Out the Confusion: How to make sense of the media hype around supplements.


Source : Harvard School of Public Health

Aktiviti : Kerja Kursus KHB 2009

Ini adalah gambar aktiviti dalam perlaksanaan Kerja Kursus KHB oleh murid-murid
Tingkatan 3 Adil 2009. Pada masa ini, 50% pelajar hampir siap proses kemasan.


Sepatutnya pelajar memakai apron semasa kerja amali, tetapi disebabkan apron tersebut terlalu uzur, maka lebih selesa mereka bekerja tanpa memakainya..

Pelajar yang ramai serta ruangan kerja yang kecil memaksa pelajar ini membuat kemasan di laluan tepi bengkel. Cuaca hari ini panas, tetapi pengadang biru di sebelah menjadikan ruangan ini gelap dan lampu sentiasa dipasang.

Tew Pei Ni, ketua kelas ini selesa melunjurkan kakinya semasa amali walaupun keadaan ini adalah salah.

Untuk tatapan murid-murid Tingkatan 3 Adil, serta semua warga SMK Telok Datok.
  • Disebabkan bangunan bersebelahan bengkel kayu logam ini akan dirobohkan, maka pengadang biru dipasang dan menjadikan laluan ke tempat ini agak gelap.
  • Oleh kerana keadaan yang serba kekurangan ini, bengkel kayu yang sepatutnya menempatkan alatan dan bahan untuk kerja kayu, terpaksa juga digunakan untuk amali lain seperti jahitan dan masakan.
  • Bengkel masakan dan jahitan yang dulunya cantik dan selesa kini telah tiada dan menumpang di bengkel kayu logam dan enjin.
  • Diharap pelajar dan guru-guru dapat memahami keadaan ini, dan memberikan kerjasama sepenuhnya supaya proses P & P dapat dijalankan dan kerja kursus dapat dilaksanakan dengan sempurna. Laksanakanlah tugas dengan penuh bertanggungjawab.
  • Sama-samalah kita berdoa semoga bangunan baru itu cepat siap dan kita dapat laksanakan kerja kursus dan menjalankan P & P dengan rasa gembira....dan selesa.......
Pesanan : Ketua Panitia KHB, SMK Telok Datok.








February 03, 2009

Catatan 3 Februari

Alhamdulillah,
syukurku kepada Ilahi kerana diberi peluang untuk menjadi seorang pendidik.
Tugas mendidik bukan perkara yang mudah.
Memandang wajah anak-anak murid dengan harapan semua boleh skor A.
Tapi tak semua orang sempurna..
Hari ni, kelas 3 Adil, 3RK, kena denda.
Tujuannya bukan nak mendera, tapi mengingatkan anak-anak murid yang terleka.
Semoga anak-anak ini sentiasa insaf akan kewajipan mereka sebagai anak murid...

Isnin yang lalu... dapat sijil penghargaan kerana mencapai target PMR 2008.
Macam ni lah baru best.. Rasa puas mengajar.
Tapi masalahnya, sijil tu tulis Keputusan PMR 2009! Patutnya 2008.
Hai...macam-macam..