TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

June 25, 2009

Salam Rindu...

Buat sahabat lama Dip Perniagaantani (1994) dan BP(SRT) (1999), UPM, Serdang .

Pada ketika ini, terasa sangat rindu pada sahabat-sahabat sekalian. Kenangan belajar, bermain bersama sentiasa dalam ingatan dan tidak mungkin dapat dilupakan. Entah kenapa tiba-tiba teringat pada semua sahabat seperjuangan dulu.

Buat Suziana, Rosiffa terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga kita sentiasa berhubung walaupun dalam ruangan maya ini...

Semoga sahabat sekalian sentiasa dalam keadaan sihat dan dirahmati oleh-Nya.

:)

June 19, 2009

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)


******* 
Pada hari Khamis, 18 Jun 2009, telah dijalankan PBS di sekolah saya. Saya rasa agak terkejut dan terkilan kepada pentaksiran yang dijalankan pada tahun ini yang dijalankan terlalu awal dari tempoh yang sepatutnya. Memandangkan rombongan Pentaksir Kawasan telah datang, maka saya terpaksa juga akur dengan kehendak mereka.

Pada mulanya, saya dimaklumkan yang kumpulan pentaksiran ini hanyalah datang untuk memantau fail induk dan fail pengurusan PBS sahaja. Tapi alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu yang mereka semua juga dikehendaki mentaksir Modul 4 (kerja kursus yang perlu dilakukan oleh pelajar Tingkatan 3). Bayangkanlah, dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak bersedia (kerja-kerja pelajar memang telah siap, hanya perlu dimasukkan ke dalam fail pelajar sahaja) saya dikehendaki memilih 10 projek pelajar dan diberikan kepada mereka untuk ditaksir.

Sepanjang pengalaman dalam perkhidmatan saya sebagai guru, memang saya selalu bersedia lebih awal jika telah dimaklumkan. Apabila rombongan pentaksiran datang tanpa diberitahu apatahlagi tiada surat arahan rasmi, pasti banyak perkara akan jadi tidak sempurna. Betul apa jangkaan saya, beberapa pelajar dipanggil semula oleh pentaksir kawasan untuk memperbaiki kerja mereka. Mujurlah pelajar ini masih diberi peluang...

Pentaksir Kawasan pun menyemak dokumen satu persatu. Saya yang mengajar KHB-ERT dan KHB-PK tingkatan 3 perlu melayan kedua-dua orang pentaksir kawasan ini dalam masa yang sama. Apa yang menjadi persoalannya, kedua-dua pentaksir ini memang sangat teliti sehinggakan setiap jalan kerja dalam pengiraan kos diteliti dan dikira semula untuk memastikan semua semakan yang dilaksanakan oleh guru adalah betul. Tahniah, memang nampak agak cerewet.

Saya menunggu pentaksiran ini hampir 4 jam, dan akhirnya selesai. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. PBS ini memang agak membebankan. Jika pelajar yang diajar mempunyai kesedaran tentang kepentingan kerja kursus ini, guru beruntung. Jika pelajar buat tak endah arahan guru dan sentiasa perlu diberitahu, guru jadi haru biru. Itulah hakikatnya.

Alhamdulillah, kerja saya berkaitan PBS 2009 hampir selesai. Hanya perlu menyusun semula fail pelajar dan mengisi markah pada bulan Julai atau Ogos nanti.
Tapi, mereka akan datang lagi bulan September nanti untuk melihat Modul 1 hingga 3 yang dijalankan oleh pelajar tingkatan 1 dan 2 pula.


Semoga Pentaksir Kawasan ini belajar memahami keadaan guru dan pelajar dengan lebih mendalam lagi. Bukan semua guru bertuah mendapat anak murid yang cemerlang, dengan tulisan yang kemas dan cantik, serta produk yang sempurna. Nilailah mereka mengikut kebolehan yang mereka ada. Hanya guru yang mengajar lebih memahami...fikirkanlah.

Untuk guru-guru, sediakan fail induk dan fail pengurusan dengan sempurna mengikut kehendak PBS.

:0

Penggunaan Bahan P&P KHB

Untuk makluman guru dan pelajar, bahan P&P masih dalam proses penambahbaikan. Oleh itu, jika terdapat maklumat yang perlu diperbaiki, sila maklumkan kepada saya. Bahan P&P yang saya sediakan ada di sebelah kanan blog ini. Klik pada tajuk yang hendak dipilih.

Jika ada bahan lain yang boleh dikongsi bersama, silalah link dengan blog saya.

Terima kasih.

:)

June 08, 2009

Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2009

Sempena cuti sekolah ni, saya sekeluarga pulang ke kampung di Kota Tinggi Johor. Di sana sempatlah juga melawat Air Terjun Kota Tinggi. Tempat ni lebih kurang 20 km dari bandar Kota Tinggi. Bayaran yang dikenakan ialah RM 10.00 untuk dewasa dan RM 5.00 untuk kanak-kanak. Tempat ni bersih, ada pekerja yang membersihkan kawasan dan ada juga pekerja yang memastikan keselamatan pengunjung. Tempat ini telah banyak pengubahsuaian, ada wetworld.. Sudah lama rasanya tidak menjejakkan kaki di sini. Dulu pergi dengan kawan-kawan, sekarang ni pergi bersama keluarga.. Seronoknya!






Sehari sebelum pulang ke Banting, sempat juga singgah ke Taman Buaya Telok Sengat, Kota Tinggi. Tempat ni hanya lebih kurang 30 km je dari rumah saya. Untuk masuk ke tempat ni, bayaran yang dikenakan ialah RM 8.00 (dewasa) dan RM 4.00 untuk kanak-kanak. Tapi kalau pergi ramai-ramai, tauke tu bagi diskaun..






Pada minggu kedua cuti sekolah iaitu 9 dan 10 Jun, bawa anak-anak ke kelas asas renang bertempat di Kolam Renang Kelab Golf Sri Morib, anjuran Kolej Komuniti. Bayaran yang dikenakan ialah RM 10.00 untuk setiap individu. Tempat ini bersebelahan Hotel Impian, Morib. Selama dua hari di sini, hasilnya Zul Fadhli dah boleh berenang tapi Afiq perlu belajar lagi pada masa akan datang.. dia kata "Afiq bukan tak berani, cuma takut lemas je" ...




Seronoknya bercuti kali ni. Rasa hilang penat bekerja walaupun sebenarnya kertas periksa belum lagi bertanda..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...