August 31, 2012

Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 55 di SMK Telok Datok

Kemeriahan sambutan kemerdekaan ke 55 ini jelas terpancar disetiap wajah warga SMK Telok Datok pada 30 Ogos 2012 yang lalu. Sambutan Kemerdekaan ini digabungkan bersama dengan majlis hari Raya Adilfitri serta turut meraikan persaraan Encik Ramli bin Yasir yang jatuhnya pada 31 Ogos 2012. Semoga Encik Ramli berbahagia sentiasa bersama ahli keluarga menikmati persaraannya..

Buat semua warga SMK Telok Datok, selamat menyambut kemerdekaan dan hayatilah kemerdekaan ini dengan penuh bermakna. Kekalkan kemerdekaan ini dan jangan sampai bumi merdeka ini dijajah lagi..

Bersama Puan Soaidah (Pengetua), Pn Hjh Mariam (PK Kurikulum), Datin Hjh Mulia (PK HEM), Pn Hjh Noorhashimah (GKMP SM)

Sebilangan guru-guru wanita SMK Telok Datok

Bersama Pn Norhazwah Esthiar (Pengacara Majlis)

Gabungan Murid-murid Melayu, Cina dan India tngkatan 1 dalam persembahan koir

Murid SMK Telok Datok dengan pakaian Raya..

Nyanyian lagu NegaraKu

Murid-murid SMK Telok Datok

Mengibarkan Jalur Gemilang Kecil

Majlis Persaraan Encik Ramli bin Yasir yang bersara pada 31 Ogos 2012

Barisan Pentadbir

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 Semua gambar di atas adalah ehsan dari Encik Mohd Hata Bin Salleh.. Terima Kasih Cikgu!


August 29, 2012

Soalan Percubaan PMR KHB-PK 2012 - Negeri Selangor

Orang yg POSITIF ialah orang yang berani mengambil risiko untuk memajukan diri sendiri. Manakala orang yang NEGATIF akan memberi 1001 alasan demi menegakkan fikiran NEGATIFnya kerana takut untuk mengambil risiko. Anda POSITIF? Jom sertai SAP bersama saya

 Anda ada facebook ? Jangan sia-siakannya..

Nikmati pendapatan automatik, hanya dengan mengaktifkan Modul SAP terus ke akaun Facebook anda, dan biarkan Modul SAP bekerja untuk anda! Tak perlu bina ayat untuk promosi.. 100% FULLY AUTOMATED pada setiap hari..!


****************************

Selamat men"download"... soalan percubaan khb-pk pmr 2012 - selangor.pdf

August 28, 2012

Soalan Percubaan PMR 2012 KHB-ERT - Negeri Selangor

Orang yg POSITIF ialah orang yang berani mengambil risiko untuk memajukan diri sendiri. Manakala orang yang NEGATIF akan memberi 1001 alasan demi menegakkan fikiran NEGATIFnya kerana takut untuk mengambil risiko. Anda POSITIF? Jom sertai SAP bersama saya

 Anda ada facebook ? Jangan sia-siakannya..

Nikmati pendapatan automatik, hanya dengan mengaktifkan Modul SAP terus ke akaun Facebook anda, dan biarkan Modul SAP bekerja untuk anda! Tak perlu bina ayat untuk promosi.. 100% FULLY AUTOMATED pada setiap hari..!


****************************

Soalan ini diupload untuk dikongsi bersama oleh rakan-rakan guru & juga murid sebagai latihan tambahan. Soalan ini discan dan telah digunakan oleh murid negeri Selangor semasa Peperiksaan Percubaan pada bulan Ogos 2012. Diharap ia dapat dimanfaatkan bersama.. Soalan Percubaan Khb-ert Pmr 2012 - Selangor Selamat Menjawab Soalan.. Jawapan disediakan pada akhir kertas soalan ini.

August 26, 2012

Salam Lebaran..

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan menyambut hari raya tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang sudi membaca blog ini..

Saya juga ingin memohon kemaafan daripada semua jika ada kenyataan dalam blog ini yang mengecewakan, menghampakan atau mengguris hati dan perasaan atau apa-apa sahaja yang menjadi kesalahan. Saya mohon sekali lagi jutaan kemaafan. Maklumlah, kadangkala kita terlupa apa yang kita lakukan belum tentu dapat memuaskan hati semua pihak.

Setelah seminggu menghabiskan masa bertemu rakan taulan serta saudara mara, kini tiba masanya kembali ke sekolah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru yang agak lama ditinggalkan. 

Buat semua murid tingkatan 3, cikgu ingin mengucapkan...
Selamat Mengulangkaji.. untuk menghadapi peperiksaan PMR yang sebenar pada bulan Oktober 2012..

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...