Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

November 30, 2012

Yang diidam-idamkan...

Dah lama teringin buaian besi putih di halaman rumah. Alhamdulillah dapat juga akhirnya.. Petang-petang boleh melepak kat sini dengan anak-anak..

November 25, 2012

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)


sumber nota : http://taufikhidayah11.blogspot.com/2012/11/melindungi-masa-instruksional.html

Masa Instruksional
Ia bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.
Masa instruksional  perlu dilindungi. Menurut Levin dan Tsang (1987) melindungi masa instruksional  (MMI) melibatkan 4 elemen :
  1. Masa Persekolahan (Allocated schooling time) : Jumlah masa murid hadir ke sekolah. 
  2. Masa Bilik Darjah (Allocated class time) : Jumlah masa murid berada dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan. 
  3. Masa Instruksional (Instructional time) : Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pergurusan rekod dan lain-lain)
  4. Masa Pembelajaran Akademik (Academik learning time) : Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan atau bermakna.
sumber slaid :  www.smkbesout.edu.my/
 
Melindungi masa instruksional from norlizajais



-----> Ingin menjana pendapatan pasif seperti saya?


"Manusia berubah mengikut masa. Ada yang lari dari kesusahan, ada yang terima seadanya. Orang yang bijaksana sentiasa mencuba, kerana mereka tahu kejayaan itu PASTI... 
 
Cubalah SAP sekarang! http://rm99.ibct.my/837 <-- skrg..="skrg.." span="span">" ---- Ini adalah petikan dari status facebook saya. Ia adalah automatik setiap hari!!!!

Majlis konvokesyen Tadika Sayang Anakku 2012

Tahniah anak-anakku..






November 22, 2012

Isi masa lapang di musim cuti...

Assalamualaikum..

Musim cuti yang panjang memang dinanti-nantikan oleh semua pendidik dan juga murid-murid termasuklah diri saya sendiri. Banyak perkara yang boleh dibuat pada musim cuti ini. Hari ini telah masuk minggu kedua cuti akhir tahun 2012. Walaupun tidak hadirkan diri ke sekolah untuk mengajar atau buat kerja-kerja perkeranian, saya tetap mengambil peluang ini untuk menyiapkan kerja yang bertangguh serta melakukan persediaan bagi tahun 2013.

Alhamdulillah, saya telah dapat melengkapkan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)bagi tahun 2013. RPT ini adalah tanggungjawab setiap seorang yang bergelar GURU dan bukan disediakan oleh orang lain. Hak cipta terpelihara lah... Tentu ada yang tertanya, kenapa saya menyiapkan semua RPT tersebut?. 

Untuk makluman umum, sebagai seorang yang bertanggungjawab tentang penyebaran ilmu dalam Pengajaran dan Pembelajaran (GURU) selain sebagai seorang Guru Kanan mata pelajaran, saya perlu tahu tentang isi pelajaran yang sepatutnya diajar. Hasilnya, apabila telah selesai menyediakan RPT serta perlaksanaan PBS didapati banyak juga keperluan yang perlu dilengkapkan dalam bengkel untuk menjayakan PBS ini. Selain untuk menebalkan poket saya, harapannya ialah bahan ini boleh dikongsi dengan warga pendidik yang lain..hehe.. sori..dan mohon dihalalkan.

Antaranya, bagi KHB-PN Tingkatan 1, untuk mencapai band 4(B4D4E1): Menguji kejayaan kompos dengan betul, Adakah boleh dinilai hasilnya melalui lukisan pada papan putih sahaja? Tolong jawab sikit?  Oleh itu, kelengkapan atau keperluan untuk menjayakannya perlu dilakukan supaya PBS ini dapat dilaksanakan dengan betul dan bertanggungjawab. 

Jadi, sekarang ni barulah agak jelas tentang perlaksanaan PBS dan mengapa integriti guru itu sangat penting semasa perlaksanaannya. Di sini, saya ingin mencadangkan agar setiap kod evidens ini dinyatakan dalam RPT yang dibuat. (walaupun sebenarnya saya tidak mengajar subjek ting 1 dan 2)..

Minggu kedua, saya hampir melengkapkan modul pembelajaran (Nota dan Latihan) lengkap dengan Santai Minda untuk murid-murid saya (KHB-ERT dan KHB-PK Tingkatan 3) tahun 2013. Maklumlah.. murid terakhir yang akan mengambil PMR kan.. bahan ini akan lengkap dibukukan dan diberikan kepada setiap murid. Mudah-mudahan senanglah sikit kerja tahun depan. Dah siap nanti, bolehlah CUTI-CUTI MALAYSIA pulak.


Minggu ketiga barulah bermula cuti yang sebenar-benarnya untuk saya..(baru nak balik kampung sambil meronda-ronda bandar Johor Baharu)..Anak-anak dah sibuk tanya.. BILA NAK BALIK KAMPUNG MAK? BILA NAK TIDO HOTEL?.. Wah, anak-anak sekarang......

:)

Mood : Nak balik kampung!


November 21, 2012

Mesyuarat pentadbir bil 4 / 2012

Hari ini saya telah menghadiri mesyuarat pentadbir bermula jam 9.15 pagi hingga 1.10 petang (sepatutnya pukul 12.00 tgh dah patut habis - 3 jam tuuu). Kepala saya pening sebab lapar selain rasa tertekan yang amat sangat kerana lebih dari pukul 12.00 (macam cinderella la pulak). Jari-jemari dah mula malas mencatat (terpaksa jadi pencatat sebab setiausaha tak hadir). Tak selesa. Banyak isu di bincang. Tapi meleret- leret sampai rasanya perkara penting pun dah jadi tak penting.

Asalnya nak tanya atau bincang dgn kawan pasal SKT yang banyak sangat salahnya tuuu dan nak ambil laporan pencerapan.. Tapi, tak jadi sebab .. .... Stress la nak citer.

Hari ni rasa nak menulis surat la pulak.. (surat berenti kerja, surat letak jawatan, surat....) Kepada siapa? Tentunya seseorang yang betul-betul buat saya tertekan pada hari ini dan pencetus kebencian pada pentadbiran sekolah. .....macam nak buat dose je..

Baru 12 tahun berkhidmat.. baru DG44.. tak setaraf la dengan pentadbir yang lain..Ada lagi 3 gelombang nak kene mengajar...Tapi, hari ini betul-betul menguji kesabaran.. Ada lagi yang tak faham maksud Masa Itu Emas... Hargai masa.. Pelik...

Saya nak mengadu pada siapa nih! Tolonglah!!!
Agaknya ini mungkin antara punca ramai guru sakit mental. Saya rasa, saya ni agak rajin dan menepati masa orangnya (perasaan sikit..maaf ye.. ampunkan aku ya Allah), tapi bila berlaku perkara macam ni.. rasa mood rajin tu hilang!

Wahai rakan-rakan yang membaca post saya ni, anggaplah ini adalah luahan hati saya saja (abaikan aje)...

"Ya Allah.. Engkau berilah petunjuk dah hidayah Mu pada ku. Memang aku ini sering membuat dosa dan adakah aku ini berdosa kalau tidak mahu menderma serta tidak mematuhi arahan ketua atas sebab tertentu? Engkau yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi.. Amin."

Mood : Rasa macam nak ....berenti keje. Rasanya elok jadi cikgu biasa jer.

November 17, 2012

Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese

Cuti sekolah ni mula la nak cuba resepi-resepi best. Kalau hari sekolah tak sempat nak buat kek ni.
Sebenarnya hari ni memang nak buat kek untuk hantar ke surau. Jadi, buat satu adunan tapi dapat dua jenis kek. Satu Kek Coklat Kukus Biasa je..saiz bulat 6 inci dan satu lagi Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese saiz segiempat sama 8 inci.
Periuk kukus dua tingkat la. Masa masak pun cuma 1 jam setengah je untuk dua jenis kek.

Resepi :

Kek coklat

250 g buttercup
1 cawan serbuk coklat
1tin susu cair ideal
1 1/2 cawan gula halus
2 biji telur
1 camt esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 camt serbuk penaik
1 camt soda bikarbonat

Caranya ;

Terlebih dulu panaskan pengukus di atas api sederhana. Sediakan dua loyang atau satu je kalau sejenis kek.

1. Serbuk coklat, buttercup dan susu cair dicairkan dalam periuk atas dapur dengan api perlahan sehingga larut. Matikan api dan ketepikan.

2. Bahan kering seperti tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat diayak. Ketepikan

3. Putarkan telur dan gula halus hingga gebu. Kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan. Kacau guna whisk je. Lepastu masukkan tepung. Kacau sebati.

4. Jika hendak buat kek coklat sahaja.. Masukkan semua adunan ke dalam loyang saiz  besar. Jika nak buat dua adunan, guna loyang saiz 6 inci. Masukkan 1/3 adunan.Comel je keknya..

5. Untuk buat kek coklat kukus lapis cream cheese pula.. Guna loyang saiz 8 inci. Masukkan 1/3 adunan.. kukus 20 minit. Keluarkan dan tuangkan adunan cream cheese dan ratakan. Kukus lagi 10-15 minit. Masukkan adunan selebihnya ke atas cream cheese tadi. Kukus lagi 20 minit atau hingga masak.

Jangan lupa untuk menutup kedua-dua loyang dengan aluminium foil untuk elak air wap kukus masuk dalam kek.

cream cheese :

200 gm cream cheese
1 biji telur
1 camb gula
1 camb tepung gandum.

cara sediakan :

Cream cheese dan gula diputar hingga kembang. Masukkan telur dan putar lagi. Akhirnya masukkan tepung dan putar hingga licin. Ketepikan.

Kek coklat biasanya siap masak dalam masa 1 jam.

Dah siap! Hari ni saya ada dua jenis kek. Satu kek terlupa nak ambil gambarnya.. Dah hantar ke surau.

Selamat mencuba!



November 11, 2012

Banjir di Bukit Changgang.. Banting.

Semoga semua mangsa banjir ini tabah menghadapi dugaan. Takziah..









11.11.11 - ulangtahun perkahwinan ke 12

Moga dipanjangkan usia dalam iman. Serta mendapat keberkatan dari Allah swt dalam kehidupan ini.
Pukul 9 pagi , Buat pertama kalinya selepas 12 tahun..... memasak gulai nangka untuk suamiku yang tersayang.
P/s : Lepas ni kita pegi jalan2 ye..

November 08, 2012

Aktiviti dua hari sebelum cuti

Wah... Seronok betul menjelang cuti. Maklumla.. Nanti lama tak jumpa. Masing-masing ada agenda tersendiri.
Harap-harap semua kerja dapat disiapkan sebelum cuti.. Template untuk RPT 2013 pun telah disiapkan.. Siapa yang nak , sila bagitau saya.
Jangan lupa.. Mesyuarat guru pada 26, 27 & 28 disember 2012 nanti
:-)... Bestnya cuti.. Nak balik kampung johor.







November 05, 2012

Laporan pencerapan guru oleh pentadbir

Akhir tahun.. Biasalah buat pelaporan pencerapan guru oleh pentadbir. Pening juga kepala tengok nombor kecil-kecil ni..
Setahun mesti ada 2 kali laporannya.. Semoga dipercepatkan tugas saya ni dan dipermudahkan urusannya.. Tinggal tunggu laporan pencerapan dari pengetua dan pk ting 6 je.
:-[

November 03, 2012

Chocolate chip..

Petang-petang ni rasa macam rajin je nak buat biskut..
Resepi :
250 g mentega
150 g gula
300 g tepung*
1 camt bikarbonat*
1 camt serbuk penaik*
1 camt emplex*
* ayak semua
1 biji telur
1 camt esen vanilla.
Coklat cip dan badam cincang secukupnya.
Caranya :
1. Putar gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur. Putar lg.
Masuk esen vanilla.
2. Masuk semua bhn ayak. Gaul rata.
Masuk coklat cip dan badam.
3. Buat bulat-bulat dan bakar 190° selama 15 minit.
:-) biskut ni kurang manis..


Aktiviti selepas PMR - gubahan bunga







November 01, 2012

DSP KHB-PK TING 2 BERMULA TAHUN 2013

Dsp Khb Pk Ting2SUMBER : LAMAN WEB PPD KUALA KANGSAR
http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/kursus-penyebaran-dokumen-standard-prestasi-dsp-pentaksiran-berasaskan-sekolah-tingkatan-2-2013/

DSP KHB-PN TING 2 BERMULA TAHUN 2013

Dsp Khb Pert Ting2SUMBER : LAMAN WEB PPD KUALA KANGSAR
http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/kursus-penyebaran-dokumen-standard-prestasi-dsp-pentaksiran-berasaskan-sekolah-tingkatan-2-2013/

DSP KHB-ERT TING 2 BERMULA TAHUN 2013

Dsp Khb Ert Ting2SUMBER : LAMAN WEB PPD KUALA KANGSAR
http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/kursus-penyebaran-dokumen-standard-prestasi-dsp-pentaksiran-berasaskan-sekolah-tingkatan-2-2013/

DSP KHB-KT TING 2 BERMULA TAHUN 2013

Dsp Khb Kt Ting2
SUMBER : LAMAN WEB PPD KUALA KANGSAR
http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/kursus-penyebaran-dokumen-standard-prestasi-dsp-pentaksiran-berasaskan-sekolah-tingkatan-2-2013/