May 22, 2013

Sambutan perayaan Hari Guru peringkat Negeri Selangor 2013

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kerana pada hari ini saya dapat menghadiri satu majlis sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor, bertempat di Dewan D, MAEPS  UPM Serdang dan telah mendapat anugerah Guru Inovasi dalam ICT Negeri Selangor.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan ini, terutama keluarga tersayang, rakan-rakan setugas dan murid-murid yang dikasihi di SMK Telok Datok, PPD Kuala Langat terutama Encik Mohd Yusri Dahrumi (PPPD Kurikulum & KU TV) dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Tidak lupa juga penghargaan kepada semua pengunjung blog yang sudi mengunjungi blog ini.

Justeru itu, dalam kesyukuran  ingin saya berkongsi pengalaman detik-detik istimewa dalam majlis yang julung kalinya saya hadiri bersama rakan-rakan pengunjung blog ini. Semoga ia menjadi pendorong ke arah usaha-usaha yang lebih baik. Insya-Allah.

Sijil dan cenderamata
Coretan dari Buku Cenderamata
Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB P. Kamalanathan (Timbalan Menteri Pelajaran II) sambil diperhatikan oleh Tn Hj Mahmud bin Karim (Pengarah Pelajaran Negeri Selangor).
Alhamdulillah... Syukur kerana telah mendapat pengiktirafan ini.
Bersama Puan Latifah binti Mohd Isa dari SMK Jalan Bukit Kajang. Penerima Anugerah Pemimpin dalam ICT

Dari Kiri : Encik Muhammad Zailani bin Somingan dari SK Parit Baharu, Sabak Bernam ( Guru Inovatif Sekolah Rendah -Individu), Encik Ahmad Shahril bin Jamaluddin dari SK Taman Bukit Indah, Ampang ( Guru Inovatif Sekolah Rendah - Kumpulan) dan Puan Noraidah binti Nordin dari SMK Rawang, Gombak (Guru Inovatif Sekolah Menengah - Individu). Tahniah!!

Bersama Guru Cemerlang Pendidikan Khas - Puan Roseniza binti Mohd Yusuf dari SMK Pandan Jaya, Ampang. Tahniah!!!

Bersama Tn Hj Abdul Wahid bin Takat, mantan pengetua SMK Telok Datok. Kini bertugas di SMK Taman Sri Muda Shah Alam.

Dari kanan : Encik Muhammad Zailani, di sebelahnya Guru Cemerlang OKU - Encik Mohammad Anuar bin Ashaari dari SK Puncak Alam, Shah Alam, serta pengiringnya.
Sentiasa bersama suamiku, Encik Mohd Salihin. Peneman setia walau di mana sahaja. Terima kasih kerana bercuti pada hari ini.
Menunggu majlis bermula...

Dari kiri : Puan Latifah, sebelahnya Puan Kristnadevi a/p Sundaram dari SK Pulau Indah 2 ( Guru Inovatif pra sekolah), Klang.
Tahniah cikgu!!

Persembahan dari murid-murid
Pentas yang indah...

May 17, 2013

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah

16 Mei 2013. SMK Telok Datok meraikan guru-guru sempena Hari Guru 2013.

May 12, 2013

Hadiah Hari Ibu 2013

Daripada anak-anakku ... Terima kasih..

20130512_110225.jpg
Daripada Anakanda Muhammad Zul Fadhli - 12 tahun
Daripada Anakanda Muhammad Afiq -11 tahun

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI KHB 2013

Menggunakan Modul Pembelajaran, Latihan Santai Minda dan Latihan Interaktif.

 

PERUBAHAN DALAM DSP MULAI 22 APRIL 2013

PERUBAHAN DALAM DSP INI DIPEROLEHI DARI WEB INI : http://sppbs.moe.gov.my/sppbs/ (klik pada maklumat am)

Perubahan ini mulai 22 April 2013 (KLIK DI SINI pada dokumen di bawah untuk baca dan download)
 

Bagaimana nak buang kata laluan / password pada file PDF?

Sumber :  http://www.muhasya.com/bagaimana-nak-buang-kata-laluanpassword-pada-file-pdf/#comment-1787

Kadang-kadang terasa bosan jika tiap kali nak buka ebook yang dalam bentuk PDF kena masukkan password atau kata lalauan sebelum membaca.

Sebelum ni aku pernah terfikir juga macam mana nak elakkan dari buat macam tu. Akhirnya, aku jumpa satu software yang dapat membantu untuk selesaikan masalah ni.

Software yang aku cadangkan ini adalah percuma. Ia di panggil BeCyPDFMetaEdit. Apa yang perlu korang faham berkenaan dengan software ni ialah dia cuma membuang password pada fail PDF dan tidak mengubah dokumen tu.


Apa yang perlu korang perlu buat?
1. Download dan install software BeCyPDFMetaEdit.
2. Selepas siap install, klik pada ikon BeCyPDFMetaEdit.
cara nak remove/hapuskan password untuk file PDF
3. Klik pada ebook yang diinginkan. Kemudian klik pada “Complete Rewrite” dan klik Open.
cara nak remove/hapuskan password pada file PDF
4. Masukkan password ebook tersebut dan klik OK.
cara nak remove/hapuskan password pada file PDF
5. Klik pada tab “Security” dan ubah setting kepada “No Encryption”.
6. Klik “Save”.
cara nak hapuskan/remove password untuk file PDF
7. Klik “Yes” untuk tengok ebook korang atau tekan “NO” kalau tak nak tengok.
cara nak remove/hapuskan password pada file PDF

May 09, 2013

Pertandingan Anugerah Guru dalam ICT (Selangor)... sebuah catatan pengalaman



Assalamualaikum. Entri kali ini sekadar berkongsi pengalaman sahaja.

Saya berasal dari negeri Johor Darul Takzim dan telah mendapat Bacelor Pendidikan (SRT) di UPM, Serdang pada tahun 1999. Seterusnya memulakan tugas sebagai pendidik pada tahun 1999 di SMK Telok Datok sehingga kini. Telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2006.

                Pada tahun 2009, tercetus idea untuk menyediakan  bahan PdP berikutan  minat saya membuat soduku hampir pada setiap hari. Mengenangkan masa yang terluang diisi dengan perkara yang agak sia-sia, saya membuka semula perisian Hot-potatoes yang telah saya pelajari di sekolah ini pada tahun 2004. Dengan usaha cuba jaya, akhirnya saya dapat menyiapkan modul lengkap untuk KHB-ERT tingkatan 3 pada bulan Ogos 2009 untuk digunapakai oleh murid KHB-ERT mengulangkaji menjelang PMR tahun 2009.

                Pada penghujung tahun 2009, saya telah berjaya menyiapkan modul Santai Minda untuk KHB bagi semua pilihan dari tingkatan 1 hingga 3. Atas dorongan rakan-rakan setugas, saya cuba untuk mencari penerbit yang sudi untuk mencetak dan seterusnya menerbitkan modul ini. Tetapi, ia gagal.

                Pada bulan Februari 2010, saya telah mengisi borang pencalonan guru Inovatif mewakili sekolah ke peringkat daerah Kuala Langat. Alhamdulillah, pada sambutan Hari Guru 2010 di daerah ini, saya telah memenangi Anugerah Guru Inovatif 2010. Dan saya rasa sangat bersyukur kerana pada bulan September 2010, ada pembekal sudi untuk mencetak dan seterusnya menerbitkan modul kepada empat pilihan iaitu KHB-KT, KHB-ERT, KHB-PN dan KHB-PK yang dinamakan SANTAI MINDA KHB.

                Pada penghujung tahun 2011, saya terfikir untuk memasarkan buku-buku ini dalam bentuk E-Book agar ianya dapat digunakan oleh semua pendidik di seluruh negara. Pada awal tahun 2012, saya telah mula mengiklankan e-book Santai Minda di dalam blog pendidikan saya iaitu http://norlizajais.blogspot.com yang saya bangunkan sejak tahun 2008 lagi.

                Syukur saya kehadrat Ilahi kerana ada maklumbalas dari golongan pendidik dari seluruh negara dan juga sekolah-sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak yang mencari dan sudi membeli modul ini. Mereka mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana menyediakan bahan PdP dalam bentuk “softcopy” yang amat mudah pengurusan penghantaran dan penerimaannya melalui email sahaja. Menurut mereka, kedudukannya yang jauh dari kemudahan-kemudahan awam tidak seperti bandar-bandar lain. Hanya internet menjadi penghubung dengan rakan dari luar.

                Pada tahun 2011 dan 2012, saya mula menambahkan lagi bahan-bahan akademik seperti contoh soalan, modul pembelajaran, perancangan strategik dan sebagainya ke dalam blog pendidikan tersebut untuk dikongsikan bersama murid dan rakan guru di seluruh negara. Kini, murid-murid boleh mengakses sendiri modul dalam bentuk video, slaid,  latihan interaktif melalui VLE dan Internet dengan mudah dan sambutannya amat menggalakkan. Semua bahan ini dimuatkan dan dikemaskini untuk memastikan murid tidak bosan dengan kaedah pembelajaran yang biasa dijalankan di dalam kelas.

                Akhirnya, pada tahun 2013, saya telah menyertai Pertandingan Anugerah Guru dalam ICT. Semoga ilmu ini akan terus berkembang dan dapat dikongsikan dalam kalangan pendidik dan memberi satu cara pembelajaran yang lebih terkini kepada semua murid. 


Terima kasih kepada keluarga, rakan seperjuangan dan anak-anak didik yang sentiasa memberi sokongan padu dala usaha untuk memajukan sistem pendidikan di sekolah kita.

:) Karangan ini saya buat khas untuk buku program Sambutan Hari Guru Negeri Selangor 2013...kerana saya telah mendapat anugerah ini. Alhamdulillah.

May 05, 2013

Hari Mengundi

Alhamdulillah.. Telah selamat mengundi.

selepas 3 jam... (siang ikan 4 kilo... buang sisik... basuh ikan... masak) 

May 02, 2013

Pemantauan finalis calon guru inovatif negeri selangor 2013

Alhamdulillah. Semua telah selesai.

Jutaan Terima kasih ....
kepada suami dan anak-anak... Kepada emak di Johor yang selalu mendoakan saya.

Kepada Pn Fatimah Yusof yang mengizinkan saya menggunakan makmal komputer. Kepada Cik Fatimah Abdul yang membantu menguruskan kelas.. Kepada Cikgu Halim yang membantu burn cd... Kepada Suhardi yang membantu semasa black out di makmal...dan terima kasih kepada sifu.. En zahari yang tidak pernah putus asa mengajar saya ilmu ICT.

Terima kasih kpd murid 3kaa yang sanggup menunggu sehingga pukul 3.30 petang.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya saya.

Akhirnya. Terima kasih kepada semua panel penilai yang sudi datang ke sekolah saya...

Hanya Allah swt yang dapat membalas budi baik kalian.
Dari kiri Encik Mohd Yusri Dahrumi (PPDTV Kuala Langat), Haji Ambrin bin Amin (PPDTV Klang), Haji Sailan bin Misran PPDTV Sepang, Encik Khairul Azhar bin Azmi (PPDTV Hulu Selangor) dan Puan Soaidah binti Duriat (Pengetua SMK Telok Datok)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...