Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

September 24, 2013

Pemantauan PBS 2013

Hari ini ditugaskan untuk membuat pemantauan fail PBS di bilik khas. Meninjau perkembangan perlaksanaannya bagi tingkatan 1 dan 2.
Masih banyak yang perlu dibuat...

September 23, 2013

JADUAL PEPERIKSAAN PMR 2013

Tinggal beberapa hari lagi, murid-murid tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan PMR. Yang pastinya, semua murid pasti berdebar-debar dengan peperiksaan besar ni. Rasanya bukan murid je yang rasa perasaan ni kan... Ibu bapa, guru-guru pun mungkin tidak kurang rasa berdebarnya...

Walaubagaimanapun, dengan usaha sekian lama, pasti semua ini bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan. Persediaan yang cukup, doa dan segala-gala teknik yang ada tentu dah dipraktikkan.

Oklah, semoga semua murid tabah menghadapi peperiksaan ini dan mendapat keputusan yang cemerlang. Untuk menjadi seorang yang positif tentulah perlu tanamkan sifat yang positif juga. Semoga berjaya semua...

:)



 
 

September 17, 2013

UPSI : Educational Blogging Peringkat Kebangsaan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Cuba nasib dalam pertandingan yang diadakan.  Jom ramai-ramai kita buat blog.

Sumber : http://ict.upsi.edu.my/index.php/ictday-a-educational-blogging-2011


Berita Harian : Minda Sekolahku

Bangganya jadi warga SMK Telok Datok.

September 13, 2013

MESYUARAT PENATARAN PBS KHB-PK TING 3

Diadakan pada 11 hingga 14 September 2013 bertempat di PKG Kanchong Darat.

September 10, 2013

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) KHB TAHUN 2014

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bahan ini adalah dapatan dari menghadiri Taklimat Penataran PBS bagi mata pelajaran KHB di PKG Kanchong darat. Ia dilaksanakan secara berperingkat mengikut mata pelajaran. Terima kasih kepada semua guru KHB SMK Telok Datok kerana telah menghadiri penataran tersebut, semoga bahan ini boleh dimanfatkan oleh semua yang memerlukan.



KLIK UNTUK DOWNLOAD :

1. DSP KHB-KT (76) TINGKATAN 3 2014
2. DSP KHB-ERT (77) TINGKATAN 3 2014
    COVER KHB-ERT
3. DSP KHB-PN (78) TINGKATAN 3 2014
4. DSP KHB-PK (79) TINGKATAN 3 2014

JIKA BERMINAT INGIN MENDAPATKAN CONTOH LEMBARAN KERJA BAGI MATA PELAJARAN KHB.. SILA KLIK DI SINI


September 09, 2013

Selamat Hari Lahir Anakku..

Buat anakanda Muhammad Zul Fadhli...Semoga diberkati usiamu, dirahmati Allah swt dan cemerlang dunia dan akhirat. Jadilah anak yang soleh, beriman dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Selamat menduduki peperiksaan UPSR esok, mudah-mudahan dimakbulkan doamu untuk ke Maahad Tahfiz nanti. Doa bonda sentiasa mengiringimu....

September 03, 2013

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2014 (KALENDER)

Takwim Persekolahan yang lengkap dengan cuti umum dan cuti sekolah penting bagi saya untuk menguruskan aktiviti tahun 2014. Ia bukan sahaja berguna untuk merancang aktiviti sekolah, malah penting juga untuk merancang percutian dan aktiviti peribadi yang lain. 



SUMBER :  
http://www.kabinet.gov.my/images/stories/pdf/TakwimPenggalPersekolahan2014.pdf



########################### 

Hari Kelepasan Am Malaysia Tahun 2014 (Persekutuan dan negeri-negeri) 

 

Penataran PBS bagi Tingkatan 3, Tahun 2014

Pada 4, 5, 6 dan 7 Ogos 2013, diadakan penataran PBS bagi mata pelajaran KHB-ERT (Cik Noor Ezane binti Nodin) dan KHB-PN (Encik Mohd Hata bin Salleh) di PKG Kanchong Darat daerah Kuala Langat.

:)

*********

Pada 6 Ogos 2013, saya telah menghadiri Mesyuarat PBS bagi PMR 2013. Tujuan mesyuarat ini adalah menyelaras dan membincangkan skor hasil dari pemantauan yang telah dilaksanakan pada bulan Julai yang lalu. 





20130906_110834.jpg

20130906_110907.jpgIMG-20130906-WA0002.jpg