Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

September 21, 2015

LATIH TUBI INTERAKTIF KHB

KLIK LINK INI UNTUK MEMBUAT LATIHAN

(Latihan ini bertempoh : sila buat sebelum 15.10.2015)


TEMPAT KEDIAMAN
* SUSUN ATUR DAPUR
* FAKTOR KESELESAAN TEMPAT KEDIAMAN


ELEKTRONIK
* LANGKAH PEMATERIAN
* LANGKAH AWAL MEMBUAT PROJEK ELEKTRONIK




Latih tubi KHB : Bahagian B dan skema

Sila klik pop out untuk download

September 19, 2015

Berehat sebentar di Pantai Cunang, Tanjung Sepat, Selangor

Pada 18.9.2015... saya bersama rakan pentaksir kawasan Puan Suzana di bawa oleh Cik Bibah, ke Pantai Cunang selesai sahaja Taklimat PT3 di PKG Batu Laut. Lokasinya di tepi pantai dalam kawasan perkampungan orang asli daerah ini menyebabkan saya teringin melawat kawasan ini.

Memang cantik dan bersih. Angin yang lembut dan cuaca yang redup memang nyaman sekali untuk berehat selepas bekerja.





























Seronok kat sini.. boleh datang lagi...

Lawatan pendaarasan VLE-Frog di SMK Salak Tinggi, Sepang

Pada 17.9.2015, bertempat di SMK Salak Tinggi, Sepang, kumpulan GKMP Teknik & Vokasional dan GKMP Sains & Matematik sangat beruntung kerana dapat  berkunjung ke sekolah ini untuk melihat kejayaan perlaksanaan VLE oleh guru-guru dan pelajarnya. Memang sangat membanggakan kerana seluruh pentadbir dan guru-gurunya sangat komited dalam perlaksanaan dasar kerajaan ini.

Semoga lawatan ini memberi semangat kepada kami untuk mengikuti jejak kejayaan yang telah dilaksanakan oleh SMK Salak Tinggi ini. Terima kasih kepada pengetua dan semua guru kerana melayani kami dengan mesra sekali.

Sesi bergambar bersama pengetua sebelum pulang
Puan Norma binti Daud (Pengetua)
Puan Marziean binti Mohd Sapian (Guru VLE)

Taklimat sebelum lawatan oleh PPD Kuala Langat

Pemerhatian penggunaan VLE
Guru-guru otai berminat untuk mendalami VLE bersama guru KHB
Melihat sendiri penggunaan VLE dalam kalangan murid KHB-KT Tingkatan 1
Bersama Puan Karimah bt Mukhtar (guru KHB SMK salak Tinggi)

Terima kasih

Lawatan penandaarasan ke SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

Pada 17.9.2015, PPD Kuala Langat telah menganjurkan satu lawatan GKMP Teknik & Vokasional dan GKMP Sains dan Matematik ke SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara. Diketuai oleh Encik Zaki, pegawai di PPD Kuala Langat, kami mengunjungi sekolah ini untuk melihat suasana pembelajaran abad ke-21 (21st Century Learning)
Tepat jam 9.30 pagi, berada di SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara. Ruang legar utama menempatkan skrin TV yang memaparkan profil sekolah dan maklumat-maklumat akademik untuk ditonton oleh murid-murid sekolah ini sebelum memulakan pembelajaran
Skrin besar dalam bilik mesyuarat memaparkan profil sekolah dan info program hari ini
Puan Hajah Omme Kalthom binti Md Sharif (Pengetua), menjelaskan perkembangan pembelajaran abad ke-21 di sekolah harian .
Suasana pusat sumber yang menempatkan keperluan ICT untuk pembelajaran


Suasana sekolah yang sangat bersih, damai dan ceria
Banner perasmian kelas rintis untuk program ini.
Bahan bantu belajar di susun di belakang kelas. Kelihatan kelengkapan ICT diletakkan di sudut ini untuk memudahkan pelajar mencari maklumat semasa sesi pembelajaran
Papan kenyataan yang sangat ceria dan dipenuhi info pembelajaran semasa
Sesi menemuramah murid tingkatan 1.
GKMP Teknik dan Vokasional di daerah ini bersama guru yang mengiringi kami sepanjang program berlangsung

Alhamdulillah, terima kasih tuan rumah yang menjamu kami dengan sarapan pagi setibanya di sini. Lawatan ini dapat menambah ilmu dan pengalaman saya untuk digunakan di sekolah sendiri nanti.

Antara perkara penting yang dipelajari :

1. Pemimpin yang berpengetahuan, bertanggungjawab, bersemangat dan berdedikasi.
2. Kemudahan sedia ada digunakan sebaiknya. Kebanyakan yang ada hasil kerjasama PIBG.
3. Kerjasama padu dari semua guru.

Tahniah SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara... semoga terus cemerlang.. Terima kasih untuk lawatan ini.


Pertandingan Kad Kemerdekaan tahun 2015


Bertemakan warna bendera Negeri Johor Darul Takzim, mengambil masa lebih kurang 2 jam dan menggunakan segala bahan kitar semula (beg goodies dari kenduri kahwin, lebihan kertas pembalut buku). Selain itu, gambar dari google (cetak, potong dan tampal)


Hasilnya... saya puas hati... Alhamdulillah