Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

November 30, 2015

REKACIPTA : KOTAK SERBAGUNA (STEP BY STEP)

Keratan akhbar 5.1.16


KLIK POP OUT UNTUK DOWNLOAD

REKACIPTA : PENGENALPASTIAN MASALAH DAN PENYELESAIANNYA

PENGENALPASTIAN MASALAH :

Masalah yang dihadapi ialah meja yang berselerak dengan alatan menulis serta buku nota. Selain kelihatan tidak kemas, alatan menulis juga selalu hilang dan proses pembelajaran juga turut terganggu. 

Oleh itu, saya memerlukan sebuah  rekacipta yang dapat mengatasi masalah ini.









CONTOH PENYELESAIAN MASALAH :

(Dihasilkan oleh murid tingkatan 3 tahun 2014)







:)

November 25, 2015

Pembelajaran Abad ke 21 dan perlaksanaannya

Assalamualaikum wbt. dan Selamat sejahtera.

24.11.2015 telah menghadiri mesyuarat pengurusan pentadbiran terakhir untuk tahun 2015. Tugas terkini dalam senarai ialah setiausaha bagi Jawatankuasa Pembelajaran Abad ke21. Apa yang saya perlu lakukan ialah memastikan dasar kerajaan ini diterima dan dilaksanakan di sekolah saya.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Pertama, guru-guru perlu diperkenalkan terlebih dahulu dengan kaedah terbaru ini. Caranya melalui carian sendiri melalui google, pembacaan dan penyelidikan, pembugaran berperingkat di sekolah dan yang penting mestilah ada pemantauan. Guru-guru perlu celik ilmu tentang pembelajaran dan pengajaran masa kini, supaya terdorong untuk menjadi individu yang kreatif dan inovatif.

Kedua, murid-murid juga perlu didedahkan dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan negara maju menjelang 2020 melalui pemikiran kreatif dan inovatif. Murid perlu menunjukkan kecenderungan minat dan faham tentang tujuan kaedah ini dilaksanakan.

Ketiga, alat pembelajaran yang unik seperti penggunaan peta pemikiran i-think, VLE-Frog dan modul pembelajaran yang terbaik untuk memudahkan perlaksanaan. Segala kelengkapan mestilah lengkap dan cukup untuk tujuan ini.

Walaubagaimanapun, teori dan perlaksannannya bukanlah sesuatu yang mudah. Kerjasama antara warga dalam organisasi amat penting untuk menjayakannya.

gambar-gambar dibawah adalah sumber dari carian google : https://www.google.com/search?hl=ms&authuser=0&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1138&bih=526&q=pembelajaran+abad+21&oq=pembelajaran+abad+&gs_l=img.1.0.0l2j0i24l6.18884.23102.0.25642.18.12.0.6.6.0.94.996.12.12.0....0...1ac.1.64.img..0.18.1025.fJSNeBxU-EA

 
 




November 05, 2015

Misi tercapai... sasaran 1 000 000 pengunjung pada tahun 2015

Alhamdulillah,

Apalah yang ada pada nombor, yang penting pengisiannya dan manfaat ilmu pada orang lain.

Sekian. terima kasih.