TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

July 27, 2010

Santai Minda untuk Ulangkaji

Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)


******* 
 
 Santai Minda Berwajah Baru Setelah Diterbitkan Pada Tahun 2010...

Nama Buku : SANTAI MINDA KHB
Penulis : NORLIZA BINTI JAIS
Penerbit : SENJASA MARKETING CONCEPT SDN. BHD. (738702-D)
Pencetak : MY PRINT AND PACK (SA0045589-W)
           Terdapat 4 pilihan iaitu :
  1. KHB-KT (ISBN 978-967-0139-00-5)
  2. KHB-ERT (ISBN 978-967-0139-01-2)
  3. KHB-PN (ISBN 978-967-0139-02-9)
  4. KHB-PK (ISBN 978-967-0139-04-3)
Harga buku : RM 4.50 sebuah.
Pembelian Pos : minima 50 buah (boleh campur pilihan)

(Jika cikgu ingin beli tapi dalam jumlah kurang dari 50, saya menggalakkan cikgu membeli E-BOOK yang terdapat di sebelah kanan blog ini. Cikgu boleh cetak sendiri kerana ia dalam PDF. Klik pada gambar tersebut untuk maklumat lanjut)
 
Jika belian lebih banyak, agen jualan akan ke sekolah anda untuk penghantaran. 
Pembelian boleh menggunakan LO.


Hubungi Fadzilah  012-6638730 / 012-3227288
untuk tempahan dan penghantaran

Contoh kandungan dalam buku Santai Minda.
Setiap buku mengandungi 40 latihan seperti ini beserta dengan jawapan untuk semakan sesuai untuk aktiviti pembelajaran atau kerja rumah murid-murid.

Download. Pilih pada link di bawah ini dan klik download warna OREN. Lihat contoh pada kotak di bawah.

CONTOH KHB-ERT

CONTOH KHB-KT

CONTOH KHB-PN

CONTOH KHB-PK


SAMPEL SANTAI MINDA KHB PK PMR -


Dulu-dulu...2009
 
Santai Minda Sebelum Diterbitkan...


-->
Pendahuluan

Bersyukur saya kehadrat IIahi, kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan buku SANTAI MINDA ini dengan sempurna. Terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan setugas yang sentiasa memberi sokongan dan galakan sehingga terbitnya buku yang boleh digunakan oleh anak-anak didik untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
SANTAI MINDA ini disusun khas untuk kegunaan pelajar yang mengambil mata pelajaran  KHB-KT, KHB-ERT, KHB-PN dan KHB-PK. Buku ini mengandungi set teka silangkata yang setiap klunya berdasarkan kepada sukatan pelajaran. Ia boleh digunakan sebagai buku aktiviti tambahan kepada murid-murid di dalam kelas atau sebagai latihan pada  masa lapang. Jawapan bagi setiap latihan disediakan untuk memudahkan murid-murid menyemak sendiri hasil kerja mereka.
                Buku ini merangkumi semua tajuk pembelajaran yang telah dipelajari dari tingkatan 1 hingga 3. Sebaiknya, murid-murid telah membuat persediaan dengan membaca terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti ini. Buku ini baik untuk perkembangan minda kerana persembahannya dalam bentuk teka silangkata yang menarik dan susun aturnya mengikut tajuk-tajuk pembelajaran.
                Dengan terhasilnya SANTAI MINDA ini, murid-murid dapat merasai aktiviti pembelajaran yang lebih menyeronokkan serta merangsang minda untuk lebih berusaha untuk mencapai kejayaan. Buktinya, saya telah menggunakan aktiviti ini di dalam pengajaran dan pembelajaran, didapati pelajar lebih cenderung hendak menyiapkan aktiviti ini berbanding soalan ujian objektif yang biasa dijalankan di dalam kelas.
                Selain itu, SANTAI MINDA ini menggalakkan pelajar supaya mengingati perkara-perkara penting dalam isi pelajaran seperti nama komponen, nama alatan dan bahan yang digunakan, fungsi dan proses dalam amali yang dilakukan di dalam bengkel.
                Kesimpulannya, SANTAI MINDA ini perlu dimiliki oleh semua murid-murid supaya mereka sedar, terdapat pelbagai cara untuk memperolehi kejayaan. Semoga melalui aktiviti yang menyeronokkan ini dapat merangsang minda dan meningkatkan prestasi murid-murid.

Norliza binti Jais



Penggunaan SANTAI MINDA dalam kelas.

Santai Minda yang telah lengkap dibukukan untuk memudahkan penggunaan dan semakan.


Amirul Syazrin dan Mohamad Faiz dari Kelas 3C (2010) membuat perbincangan untuk mendapatkan penyelesaian. Dulu buku ini bersaiz besar A4.
(Kini, buku ini dikecilkan ke saiz A5 untuk memudahkan penggunaanya)

Latihan yang telah siap disemak dan diberi markah. Semakan dibuat bersama murid supaya pembetulan terus dibuat.


Bagi yang berjaya melengkapkan dengan tepat, ganjaran "Great" diberikan.

Santai Minda dikumpul dan diberikan kepada murid mengikut kesesuaian.

Kini, buku SANTAI MINDA telah diterbitkan dengan persembahan yang lebih baik. Sesiapa yang berminat dan hendak mendapatkan buku SANTAI MINDA, bolehlah menghubungi saya dengan meninggalkan nama dan sekolah untuk mendapatkan tempahan.  

Fadzilah 012-6638730 / 012-3227288.

Mari berkongsi ilmu...."Mempelbagaian aktiviti dalam Pengajaran dan Pembelajaran dapat mengawal disiplin murid di dalam kelas. Jika murid agak agresif dan tidak berminat untuk membaca, berilah latihan berbentuk kuiz atau interaktif, seperti SANTAI MINDA ini".

:)

UNTUK PERHATIAN GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR IPT YANG MELAYARI BLOG INI...

KINI SAYA TELAH MENERBITKAN BEBERAPA BUAH E-BOOK SANTAI MINDA (dalam bentuk PDF). JIKA BERMINAT, SILA LIHAT DI RUANGAN SEBELAH KANAN BLOG INI. 

 

July 01, 2010

Pemantauan PBS pada 1 Julai 2010 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.





Terima kasih kerana sudi datang ke sekolah saya.. Banyak juga info baru yang saya dapat daripada mereka. Antaranya ialah :
  1. Penyusunan isi kandungan dalam fail murid. Bagi Modul 1, kriteria 1.1 mestilah diletakkan di bahagian paling bawah, kemudian baru diikuti dengan laporan aktiviti. Begitulah seterusnya..dan bahagian yang paling atas ialah modul 4, kriteria 4.5 kemudian barulah laporan aktivitinya.
  2. Penulisan laporan aktiviti. Bahagian aktiviti dan dapatan, BUKAN disalin semula dari kriteria. Sebaiknya murid gunakan ayat sendiri.
  3. Kriteria 4.2, penggunaan bahan sekurang-kurangnya 3 bahan adalah TIDAK BENAR. Markah tidak boleh dipotong jika murid gunakan hanya 1 bahan sahaja.
  4. dan ada beberapa perkara lagi lah.
Kebaikannya ialah, kita dapat mengetahui lebih jelas maklumat yang sepatutnya kita patut ketahui.
:0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...