TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

June 29, 2011

Pertandingan Memasak Tertutup Majlis Daerah Kuala Langat pada 28 Jun 2011


Dalam kesibukan melaksanakan tugasan harian yang tak pernah reda, sempat juga meluangkan masa menjadi juri jemputan sempena Pertandingan Memasak Tertutup MDKL ni. Sebenarnya program ni bermula pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 5.45 petang.

Seronok juga menghadiri majlis seperti ini. Ada 6 acara masakan kesemuanya dan semuanya sangat menyeronokkan. Hilang rasa tekanan kerja sewaktu berada di sini.. Pengurusan kerja staf yang tersusun menjadikan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya... terima kasih dengan hadiah yang sangat istimewa tu..

:)

June 25, 2011

Kursus Pentadbir Baharu Sekolah-Sekolah Menengah Dan Rendah Daerah Kuala Langat Tahun 2011

PANGKOR 20 - 22 Jun 2011: Kursus Pentadbir Baharu Sekolah-Sekolah Menengah Dan Rendah Daerah Kuala Langat Tahun 2011 telah diadakan di Purnama Beach Resort, Pangkor Perak Darul Ridzuan. Kursus ini disertai oleh barisan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan barisan pentadbir baharu sekolah menengah dan rendah Daerah Kuala Langat.

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat.

Diharapkan agar kursus yang dijalankan adalah untuk memberikan kefahaman dan pendedahan kepada pentadbir baharu tentang pentadbiran sekolah seterusnya mewujudkan peningkatan prestasi yang cemerlang dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah.

* gambar-gambar dan petikan diatas diambil dari laman web PPD Kuala Langat

Pada 16 Jun 2011, lantikan saya kepada GKMP Teknik & Vokasional baru menggantikan Puan Noriza Awang yang telah mendapat kenaikan DG48 melalui Tingkatan 6. Semoga tanggungjawab ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya serta mendapat kerjasama dari semua pihak khususnya panitia-panitia di bawah bidang Teknik & Vokasional.

Terima Kasih...

June 18, 2011

Pertandingan Memasak Daerah Kuala Langat 2011 (16 Jun 2011) di SMK Bukit Changgang














































SENI KRAF DARI FABRIK FELT

Hari ini 18 Jun 2011, menghadiri kursus anjuran Kolej Komuniti di Pantai Morib sempena Karnival Morib..
Seni kraftangan dari fabrik felt ini sangat mudah dan comel..












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...