Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kerana pada hari ini saya dapat menghadiri satu majlis sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor, bertempat di Dewan D, MAEPS UPM Serdang dan telah mendapat anugerah
Guru Inovasi dalam ICT Negeri Selangor.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan ini, terutama keluarga tersayang, rakan-rakan setugas dan murid-murid yang dikasihi di SMK Telok Datok, PPD Kuala Langat terutama Encik Mohd Yusri Dahrumi (PPPD Kurikulum & KU TV) dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Tidak lupa juga penghargaan kepada semua pengunjung blog yang sudi mengunjungi blog ini.
Justeru itu, dalam kesyukuran ingin saya berkongsi pengalaman detik-detik istimewa dalam majlis yang julung kalinya saya hadiri bersama rakan-rakan pengunjung blog ini. Semoga ia menjadi pendorong ke arah usaha-usaha yang lebih baik. Insya-Allah.
|
Sijil dan cenderamata |
|
Coretan dari Buku Cenderamata |
|
Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB P. Kamalanathan (Timbalan Menteri Pelajaran II) sambil diperhatikan oleh Tn Hj Mahmud bin Karim (Pengarah Pelajaran Negeri Selangor). |
|
Alhamdulillah... Syukur kerana telah mendapat pengiktirafan ini. |
|
Bersama Puan Latifah binti Mohd Isa dari SMK Jalan Bukit Kajang. Penerima Anugerah Pemimpin dalam ICT |
|
|
Dari Kiri : Encik Muhammad Zailani bin Somingan dari SK Parit Baharu, Sabak Bernam ( Guru Inovatif Sekolah Rendah -Individu), Encik Ahmad Shahril bin Jamaluddin dari SK Taman Bukit Indah, Ampang ( Guru Inovatif Sekolah Rendah - Kumpulan) dan Puan Noraidah binti Nordin dari SMK Rawang, Gombak (Guru Inovatif Sekolah Menengah - Individu). Tahniah!! |
|
|
Bersama Guru Cemerlang Pendidikan Khas - Puan Roseniza binti Mohd Yusuf dari SMK Pandan Jaya, Ampang. Tahniah!!! |
|
Bersama Tn Hj Abdul Wahid bin Takat, mantan pengetua SMK Telok Datok. Kini bertugas di SMK Taman Sri Muda Shah Alam. |
|
Dari kanan : Encik Muhammad Zailani, di sebelahnya Guru Cemerlang OKU - Encik Mohammad Anuar bin Ashaari dari SK Puncak Alam, Shah Alam, serta pengiringnya. |
|
Sentiasa bersama suamiku, Encik Mohd Salihin. Peneman setia walau di mana sahaja. Terima kasih kerana bercuti pada hari ini. |
|
Menunggu majlis bermula... |
|
Dari kiri : Puan Latifah, sebelahnya Puan Kristnadevi a/p Sundaram dari SK Pulau Indah 2 ( Guru Inovatif pra sekolah), Klang. |
|
Tahniah cikgu!! |
|
Persembahan dari murid-murid |
|
Pentas yang indah... |
No comments:
Post a Comment