TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
Showing posts with label TEKNIK MENJAWAB SOALAN KHB. Show all posts
Showing posts with label TEKNIK MENJAWAB SOALAN KHB. Show all posts

August 19, 2015

Teknik Menjawab Soalan KHB-PK di Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah, Kanchong Darat

19 Ogos 2015, bertempat di Makmal Kimia, disertai oleh calon-calon PT3 2015 yang mengambil mata pelajaran KHB-PK. Semoga kalian berjaya dengan cemerlang..

bersama Puan Nadrah dan Puan Hidayah (guru mata pelajaran KHB-PK di SAMUS)
Pelajar-pelajar lelaki

Pelajar-pelajar perempuan

GOOD LUCK PT3 2015!!

June 03, 2015

Kelas Tambahan Cuti Sekolah (Pertengahan Tahun ) 2015

Jadual Kelas Tambahan telah diedar sejak bulan Mac lagi.. Jadi, amanah yang diberi, mestilah ditunaikan. Walaupun jumlah murid tidaklah ramai seperti kelas biasa, kelas tetap dilaksanakan. Mungkin ramai yang telah merancang aktiviti bersama keluarga. Maklumlah, cuti sekolah. Lagipun minggu pertama cuti ni saya tak kemana-mana.. Seronok juga buat kelas masa cuti ni sebab bebas. Anak kecil saya sentiasa bersama sebagai jurufoto sepanjang kelas diadakan.

Buat anak-anak didik cikgu, semoga usaha kalian datang ke sekolah pada waktu cuti ini unuk menuntut ilmu akan dikurniakan ganjaran yang setimpal nanti. Cikgu doakan kalian cemerlang dalam PT3 tahun 2015.

Semoga ia menjadi kenang-kenangan KITA dan SMKTD nanti.

KHAMIS (4.6.2015) - KELAS 3KAA DAN 3RK











 SELASA (2.6.2015) - KELAS 3A DAN 3D











 ISNIN (1.6.2015) - KELAS 3C







Di sini saya kongsikan latihan menterjemah litar skematik yang saya gunakan untuk ulangkaji bersama murid-murid ini. Semoga dapat dimanfaatkan.

KLIK POP OUT UNTUK PREVIEW DAN DOWNLOAD..

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PT3 DI SEK MEN AGAMA TENGKU AMPUAN RAHIMAH, SUNGAI MANGGIS

Pada hari terakhir persekolahan, 29.5.2015, saya telah menerima satu tawaran sebagai penceramah program Perkampungan Ilmu di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Rahimah. Syukur Alhamdulillah, aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik. Sasaran peserta ialah murid-murid KHB-PK tingkatan 3.








semoga dapat dimanfaatkan




October 04, 2012

Teknik menjawab soalan KHB

Teknik yang paling sesuai semasa menjawab soalan objektif adalah :

1. Dengan cara memotong pilihan jawapan yang salah...dengan mengetepikan beberapa pilihan yang secara jelasnya salah dapat mengurangkan pilihan jawapan yang ada...jadi peratus pilihan jawapan yang betul akan semakin besar...

2. Namun begitu cara yang paling berkesan adalah pemahaman kita berkenaan dengan kehendak soalan dan pemahaman kita mengenai topik yang disoal...jika kita paham...sebarang soalan tak akan menjadi masalah lagi...

3. Jika soalan menghendaki menyusun langkah.. pastikan kita yakin dengan 2 perkara utama.. iaitu langkah pertama dan langkah terakhir sahaja.. kemudian rujuk pada jawapan yang diberikan..
kemungkinan besar hanya ada satu jawapan sahaja.. maka itulah jawapannya.

4. Jika soalan menghendaki pernyataan yang manakah benar.. dan anda benar-benar keliru dengan jawapan yang diberikan.. pilih sahaja jawapan yang paling panjang.. mungkin itu jawapannya..

5. Jika anda seorang yang sangat malas.. dan hanya bergantung kepada nasib sahaja.. insaflah... namun begitu, ada satu teknik yang mungkin berkesan iaitu... jawablah jawapan AAAAA untuk semua 60 soalan yang ada.. haha.. gurau je... tapi, boleh cuba!



July 27, 2011

Teknik Menjawab Soalan Objektif

Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)


******* 


1. BACA, KEMUDIAN TELITI DAN FAHAMI KEHENDAK SOALAN.
  • Baca kesemua pilihan jawapan.
  • Jangan memilih secara TERGESA-GESA. Jawab soalan yang mudah  dahulu. Soalan bergambar biasanya soalan yang mudah



2.INGAT! PILIHLAH JAWAPAN YANG KAMU TAHU SALAH DAHULU.
  • Langkah pertama, potong pilihan jawapan yang salah.
  • Baki jawapan mungkin dua sahaja.
  • Cara ini memudahkan pemilihan jawapan.

3. PERHATIKAN JAWAPAN DENGAN TELITI DAN TERPERINCI.
  • Perhatikan panjang dan pendek pilihan jawapan yang diberi
  • Kebiasaannya yang panjang itulah jawapan yang betul.

Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan, Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Semoga semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...