TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
Showing posts with label AKTIVITI DALAM P-P. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI DALAM P-P. Show all posts

April 25, 2014

Aktiviti masakan bersama 3 rk tahun 2014

Amali membuat biskut samperit dan ban batu karang menggunakan kaedah gaul dan ramas

February 22, 2012

Aktiviti Dalam Kelas Rekacipta 2012

 
 
 

Aktiviti pembelajaran di dalam kelas 3B/2012

**********************

catatan cikgu norliza:

Yang saya suka bila datang sekolah.....
jumpa rakan-rakan sekerja... 
masuk kelas... 
mengajar... 
membuat aktiviti... 
isi rekod mengajar....
buat refleksi.....
buat penambahbaikan setiap kali.... 
makan di kantin...
Tapi, kalaulah itu saja yang kita kena buat.
Macam mana kerja-kerja lain? Kelas tambahan.. 
aktiviti kelab....
aktiviti peringkat daerah...
 peringkat sekolah...
isi stok..isi LO... 
kemaskini fail...
mesyuarat sekolah....  
daerah dan macam-macam lagi lah (malas nak tulis) . 
Penatnya jadi cikgu ni.. Tapi saya suka.

Yang saya tak suka bila datang sekolah...
bila ada yang susah nak beri kerjasama... 
bila ada yang suka mengelak tugas.... 
bila ada yang sambil lewa.. 
bila ada yang tidak bersungguh-sungguh... 
bila ada yang suka beri banyak alasan... 
bila ada yang suka beri cadangan aje (tapi tak reti nak buat)... 
bila ada yang kata dia sibuk sangat mengalahkan menteri  ...
bila ada yang suka menyalahkan saya bila apa2 yang buruk terjadi...
bila ada yang perli-perli saya...yang ni memang sesangat saya tak suka... 

Bukannya saya ni baik sangat... Cuma berharap "orang-orang ni" ... cepatlah dapat HIDAYAH!

:( mOOD TAk BaiK..
- rasa lega sedikit bila dah luahkan kat blog ni.


May 03, 2010

Tingkatan 3 : Jahitan Kuilting (Aktiviti Murid 3C Tahun 2010

Bertempat di Bengkel Elektronik (bengkel sementara untuk Jahitan), murid-murid 3C memulakan pelajaran jahitan dengan menyiapkan modul pembelajaran, secara teori. Seminggu kemudian, murid-murid dikehendaki menjahit jahitan sampel kuilting supaya mereka tahu rupa bentuk jahitan tersebut. Jahitan Kuilting ialah corak timbul yang dihasilkan daripada 3 lapisan fabrik.

Murid-murid kelas ini semuanya telah siap menjahit sampel jahitan hiasan -kuilting. Pada mulanya memang agak sukar mengajar murid kelas "bijak" ini untuk menjahit. Syaratnya mudah saja.. hasil kerja akan dinilai dan markah akan ditambah dalam ujian topikal Jahitan pada minggu hadapan. Jadi, dengan bersungguh-sungguh mereka menjahit menggunakan mesin dan jahitan tangan untuk tampal hias. Dalam masa 1 jam, jahitan kuilting  sudah pun siap.

Sebenarnya mereka ni boleh menjahit, cantik atau tak cantik,, itu penilaian akhir. Jika dibuat secara berterusan, dan dipandu dengan kaedah yang betul, mungkin minat dan kebolehan ini akan menjadi satu kerjaya buat mereka suatu hari nanti.

February 21, 2009

Aktiviti : Kerja Kursus KHB 2009

Ini adalah gambar aktiviti dalam perlaksanaan Kerja Kursus KHB oleh murid-murid
Tingkatan 3 Adil 2009. Pada masa ini, 50% pelajar hampir siap proses kemasan.


Sepatutnya pelajar memakai apron semasa kerja amali, tetapi disebabkan apron tersebut terlalu uzur, maka lebih selesa mereka bekerja tanpa memakainya..

Pelajar yang ramai serta ruangan kerja yang kecil memaksa pelajar ini membuat kemasan di laluan tepi bengkel. Cuaca hari ini panas, tetapi pengadang biru di sebelah menjadikan ruangan ini gelap dan lampu sentiasa dipasang.

Tew Pei Ni, ketua kelas ini selesa melunjurkan kakinya semasa amali walaupun keadaan ini adalah salah.

Untuk tatapan murid-murid Tingkatan 3 Adil, serta semua warga SMK Telok Datok.
  • Disebabkan bangunan bersebelahan bengkel kayu logam ini akan dirobohkan, maka pengadang biru dipasang dan menjadikan laluan ke tempat ini agak gelap.
  • Oleh kerana keadaan yang serba kekurangan ini, bengkel kayu yang sepatutnya menempatkan alatan dan bahan untuk kerja kayu, terpaksa juga digunakan untuk amali lain seperti jahitan dan masakan.
  • Bengkel masakan dan jahitan yang dulunya cantik dan selesa kini telah tiada dan menumpang di bengkel kayu logam dan enjin.
  • Diharap pelajar dan guru-guru dapat memahami keadaan ini, dan memberikan kerjasama sepenuhnya supaya proses P & P dapat dijalankan dan kerja kursus dapat dilaksanakan dengan sempurna. Laksanakanlah tugas dengan penuh bertanggungjawab.
  • Sama-samalah kita berdoa semoga bangunan baru itu cepat siap dan kita dapat laksanakan kerja kursus dan menjalankan P & P dengan rasa gembira....dan selesa.......
Pesanan : Ketua Panitia KHB, SMK Telok Datok.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...