TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

October 28, 2010

Majalah Dah Terbit

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, dengan izinnya dapat diterbitkan majalah Tinta 2010 yang mengandungi 160 muka surat dengan tema "KESENIAN BATIK", hasil kerjasama daripada semua pihak terutamanya Sidang Redaksi 2010.

Harapan kami, semoga majalah ini dapat menjadi kenangan buat semua warga SMK Telok Datok terutamanya pelajar yang akan meninggalkan sekolah ini.

 Saya bagi pihak AJK Majalah Sekolah, ingin memohon kemaafan di atas kesilapan yang terkandung dalam penerbitan majalah pada tahun ini.

Khususnya kepada Jabatan Tingkatan 6 (TEDI) dan Kelab Guru dan Kakitangan, gambar kenangan tiada dalam majalah kerana kecuaian yang tidak disengajakan. 

Kepada semua penaja, terima kasih diucapkan di atas sumbangan yang diberikan.

Akhir kata, semoga warga SMK Telok Datok dapat menghayati titipan dari majalah ini dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Terima Kasih..

October 26, 2010

October 21, 2010

Kursus Pengurusan Kokurikulum Menggunakan SPS

21 Oktober 2010, bertempat di Makmal Komputer 1, menghadiri kursus Pengurusan Kokurikulum Menggunakan SPS. Senang je, tengok Adzlina... asyik gelak ketawa masa kursus.
Masa ni dah 1.15 petang.. belum mula lagi..tenaga pengajarnya belum datang so,  cikgu-cikgu belajar sendiri sebab tak mahu buang masa.

Hebat tak cikgu-cikgu SMK Telok Datok ni. Tak perlu ajar lagi.. mereka memang suka belajar cara belajar..



:) Habis pukul 3.00 petang,,

October 18, 2010

Malam Tautan Kasih : 16 Oktober 2010

Setiap tahun KGKT mesti mengadakan aktiviti jamuan akhir tahun..
Seronok juga bila dapat hadiri majlis seperti ini..





Terima kasih Hidayah kerana sudi ambil gambar akak semasa majlis tu..

October 11, 2010

Selamat Tinggal PMR 2010... Selamat datang PTK...

Tahniah kepada semua murid yang telah hadir dan menjawab soalan KHB pada hari ini. Semoga segala usaha selama ini menjanjikan kecemerlangan.

Pada 16 Oktober 2010, saya pula akan menduduki peperiksaan PTK. Berdebar la juga macam budak PMR. Kepada semua, doakanlah kejayaan saya ye..

Agaknya, soalan apa yang keluar nanti.?

October 06, 2010

semoga berjaya

Buat murid-murid tingkatan 3, cikgu ucapkan selamat menghadapi PMR. Banyakkan berdoa dan setiap usahamu pasti akan diberi kejayaan.. Insyaallah..

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...