TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
Showing posts with label BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM). Show all posts
Showing posts with label BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM). Show all posts

December 26, 2016

Persediaan Tahun 2017

Assalamualaikum

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya, maka bermulalah sesi baru 2017. Kebiasaannya pada waktu / minggu terakhir ini saya menyediakan modul untuk setiap murid. Jumlah murid ikut PAT Tingkatan 2 Tahun 2016. Jika bertambah murinya, akan difotostat lagi.

Bahan softcopy ni boleh diedit. Saya tambahkan koleksi soalan. Mudah untuk ulangkaji.

Modul Pembelajaran saya :
http://norlizajais.blogspot.my/2016/05/bahan-bantu-belajar.html

Semoga dipermudahkan urusan kita pada tahun 2017 nanti.

Displaying IMG_20161226_194433.jpg
Setiap murid akan melengkapkan modul ini merujuk buku teks

January 02, 2016

Bahan Bantu Belajar 2016

Alhamdulillah, telah siap dicetak untuk diedarkan kepada murid saya tahun 2016. Jumlah sebenar murid, belum diketahui lagi, tapi saya buat anggaran ada penambahan murid seperti biasa pada setiap tahun.

Jumlah kos cetakan semua 100 unit ini ialah RM 414.00.

Semoga kerja-kerja tahun ini, menjadi lebih mudah.

Kalau ada yang berminat nak softcopy bahan-bahan ni, klik link ini.
MODUL PEMBELAJARAN

Cikgu boleh edit bahan ini mengikut kesesuaian, boleh ditambah dengan koleksi soalan PT3.
TQ.



December 14, 2010

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Jahitan Asas dan Jahitan Hiasan

Dalam pengurusan bengkel, perkara utama yang perlu difikirkan ialah keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Selain itu, keadaan bengkel yang kemas, cantik dan kondusif juga perlu difikirkan supaya aktiviti pembelajaran menjadi berkesan.

Penggunan bahan bantu mengajar (BBM) juga perlu dititik beratkan kerana, BBM itu bukan sekadar hiasan yang mencantik atau menceriakan bengkel, malah dapat digunakan di dalam kelas dengan baik. BBM itu sebaiknya dapat dilihat, disentuh dan dihayati isi kandungannya.

Di sini saya menunjukkan beberapa BBM bertajuk 'Jahitan asas dan jahitan hiasan' yang sesuai diletakkan di dinding kelas / bengkel kerana telah disediakan penyangkut yang sesuai. BBM ini amat mudah difahami kerana ia adalah dalam bentuk yang sebenar. Murid-murid boleh melihat contoh ini dan terus menyediakan sampel untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Modul 1 bertajuk jahitan asas. 

Setiap set bersaiz 43cm X 31cm dan diperbuat dari bod plastik dan sampel jahitan sebenar. Terdapat 13 unit dalam tajuk Jahitan Asas dan Jahitan Hiasan.
 
 BBM 1 : Cara Menjahit Renda (cara 1)

 BBM 2 : Menjahit Renda (cara 2)

 BBM 3 : Jahit Sembat Susup

 BBM 4 : Menjahit Kun (cara 1)

 BBM 5 : Menjahit Kun (cara 2)

 BBM 6 : Jahit Jelujur Halus

 BBM 7 : Jahit Jelujur Kasar

 BBM 8 : Jahitan Silang Pangkah

 BBM 9 : Jahitan Bulu Ayam

 BBM 10 : Jahitan Insang Pari

:
 BBM 11 : Jahitan Rantai

BBM 12 : Jahitan Kuku Kambing

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk tempahan. Sila tinggalkan nama dan alamat sekolah ke nombor telefon 012-3227288. Tuan/puan boleh menggunakan LO untuk pembelian. Jangan risau, tiada kos penghantaran dikenakan dan BBM ini akan terus dihantar ke sekolah atau alamat yang disertakan.

Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...