TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
Showing posts with label KISAH ANAK-ANAK. Show all posts
Showing posts with label KISAH ANAK-ANAK. Show all posts

February 11, 2022

VIDEO SI COMEL NADEERA

KENANGAN BERSAMA MU TAKKAN DILUPAKAN.
2.3.2017 - 3.5.2017

November 03, 2020

SEMUA KU CORET DI SINI

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Diharap post kali ini, diterima dengan POSITIF oleh semua sebagaimana POSITIF nya saya menerima ujian ini. Macam biasa, saya catat di sini untuk berkongsi cita rasa.

Saya dan laptop memang berpisah tiada.. 😍😍


**************

31.10.2020 / SABTU (1)

Menjalani SWAB TEST  di Klinik Siti Kota Warisan. 

Setelah mengetahui rakan sekerja suami positif, (Suami wajib swab di tempat kerja) kami, 5 beranak terus membuat ujian SWAB di Klinik Swasta. (Klinik Siti di Kota Warisan) atas inisiatif sendiri.

Kos menjalani SWAB ini RM280.00 seorang X 5 orang = RM1400.00. Jumlah yang agak besar kan. boleh beli barang kesukaan saya, tapi takpelah. Kesihatan, nyawa, lebih utama. 

Setelah bersetuju, masa yang ditetapkan 10.00 pagi-11.00 pagi sahaja untuk menjalani ujian ini melalui drive thru (dari dalam kereta je)

Lepas SWAB TEST, terus balik rumah. Dengan rasa bertanggungjawab kami kuarantin diri. Makanlah apa je yang ada dirumah. Rutin di rumah macam biasa.

Dalam masa yang sama, keputusan SWAB suami di tempat kerja sah POSITIF. Atas dasar tanggungjawab, dari awal memang dia dah kuarantin diri dalam bilik. Sendiri.

Pengalaman yang tak mungkin dilupa


1.11.2020 / AHAD (2)

Dapat Keputusan

Pihak Klinik Siti menghantar keputusan SWAB TEST untuk 3 orang anak yang NEGATIF. Alhamdulillah. Berdebar juga bila lagi 2 keputusan belum diumum. Tunggu hari Isnin katanya...


Suami, masih dalam bilik kuarantin diri. Tak sihat, batuk dan hilang selera makan. 

Pihak hospital call suami selepas keputusan dari tempat kerja diperolehi. Bersiap sedia, kemas beg dengan segala keperluan di hospital nanti. Kitorang ... tengok dari jauh je.

Lepas Solat Asar, ambulan datang...

Gambar ni ada orang bagi. Masa tu tak terfikir ambil gambar. 

Kata suami, van ni ambil semua pesakit dan berkumpul di Klinik Telok Datok. Ada 35 orang katanya. Naik bas dan terus ke Hospital Sg Buluh. Kesian dia...
Takpe, pahala berganda sebab SABAR.. Keluarga kita kan sentiasa pilihan ALLAH.. 
💕💕💕👪


Malam...
Sanitasi seluruh rumah..

Dalam bilik dan balkoni

Seluruh ruang dalam rumah

kereta pun kena juga.


Lepas tu, semua tido sama2 di ruang tamu..

Gelang pink 1~14.11.2020



2.11.2020 / ISNIN (3)

Keputusan Seterusnya..

Seperti yang sudah dijangka, Saya dan seorang anak lelaki sah POSITIF juga.
Sama macam suami, 

Terima kasih kerana menjemput kami.

Arif dan mak

Di rumah, pandai-pandailah.. tengah hari tadi, cik shikin dah hantar makanan, malam dah habis..

Afiq masak kari ayam untuk makan malam



3.11.2020 / SELASA (4)

Rutin Baharu dalam Normal Baharu

Bermula episod pemulihan diri. Di sini, kami yang baharu... X-Ray, ambil darah dan check suhu, BP harian. 

Sarapan pagi

Makan tengah hari



Lebih kurang pukul 3.30 petang, beberapa pesakit dipanggil untuk dipindahkan ke wad lain, termasuk saya. Alhamdulillah, keadaan makin baik. Pindah wad untuk pemulihan diri seterusnya.

Wad Base (D.O). Tempatnya macam dewan orang ramai. Dilengkapkan dengan katil dan peralatan lain. Dalam bilik bersama saya ada 10 orang. Bilik berhawa dingin. Alhamdulillah, selesa sangat. Cuma tandasnya jauh sikit. 
Katil saya

Makan malam di wad Base


4.11.2020 / RABU (5)

Rutin Baharu dalam Normal Baharu + Kelas PDPR

Suasana sejuk pagi ni, sebab hujan + bilik pasang aircond.
Selepas call, video call semua yang penting2. kita teruskan aktiviti lain.
Hari Rabu, kena ada kelas la.. RBT untuk tingkatan 1 dan 2.

Kelas PDPR Minggu 42 dan 43 ni terpaksa guna voice message dalam Whatsapp je. Cikgu tak larat nak menaip panjang2.
Arif dalam wad yang lain. (Gambar ihsan dari kawan suami yang kebetulan sama dengan wad Arif)

Di rumah, anak-anak menjaga diri masing2. Dah pandai oder makanan dari kawan2 katanya. Maklumlah, kat kawasan kami takde Grab Food, Panda ke.. semua takde..

Kawan belikan katanya


5.11.2020 / KHAMIS (6)

Lawatan doktor

Seawal 7.30 pagi, doktor dengan mesra menyapa setiap pesakit. Bertanya khabar, dan mencatat apa saja aduan dari pesakit. 

Saya puna ambil peluang bertanya, "bila saya boleh keluar, doktor?"

Katanya, " Jika tiada simptom, kena tunggu sekurang-kurangnnya hingga hari ke-10, di sini, sehingga virus hilang".

Lega rasanya.. Tunggulah sehingga Rabu 10.11.2020 ye..

6.11.2020 / JUMAAT (7)

Masih lagi aktiviti seperti biasa.

Setiap hari petugas membersihkan katil pesakit yang bertukar ganti.

 

7.11.2020 / SABTU (8)

Aktiviti seperti biasa. Semoga pulih dan cepat balik rumah macam orang lain.

8.11.2020 / AHAD (9)

Gembira rasanya bila doktor kata tak perlu tunggu sehingga Selasa. 
Isnin dah boleh balik rumah. Syukur.. Alhamdulillah.

9.11.2020 / ISNIN (10)

Balik ke rumah.. Alhamdulillah

Gambar kenangan di Pusat Kawalan Kusta Negara (bangunan untuk menempatkan pesakit COVID yang stabil)




Lokasi yang selalunya saya duduk melihat keadaan di luar. Depan pintu masuk yang dikunci.

Sesekali tengok google maps untuk mengetahui lokasi anak. Maklumlah terpisah.

Salah satu hikmah di sini, berjumpa ramai teman baru. bertukar ganti setiap hari.


SUASANA YANG TENANG DAN DAMAI DI SINI...




*********

Alhamdulillah, kita pulang ke rumah ya.


*********

Rupanya, bila ibu2 yang POSITIF di sini, memang sangat HEBAT. Sentiasa memikirkan anak, suami yang sihat walaupun sebenarnya diri sendiri tidak sihat.

Semoga Allah mengurniakan pahala berlipat ganda buat kalian.

Buat frontliner, terima kasih kerana sudi mendekati kami. Usahamu tidak sia2. Semuanya pasti dibalas oleh Allah dengan sebaik2 balasan. 


****************


Dari Jauh, Doakan Kami.

Hospital Sg Buluh.


September 10, 2018

Happy Birthday Abang Zul Fadhli

9918

Didoakan segala kebaikan untukmu, di dunia dan akhirat anakku..



May 30, 2017

Ramadhan 1438H

Assalamualaikum

Selamat berpuasa kepada semua umat muslimin. Semoga ibadat puasa kita pada tahun ini lebih baik dari sebelumnya

Mungkin ini tahun kesedihan bagi saya dan keluarga, tapi saya yakin ada hikmah disebaliknya.

Kenangan dari anak istimewa saya.. Nor Nadeera (2.3.2017 - 3.5.2017)


We love you..

April 27, 2014

September 09, 2013

Selamat Hari Lahir Anakku..

Buat anakanda Muhammad Zul Fadhli...Semoga diberkati usiamu, dirahmati Allah swt dan cemerlang dunia dan akhirat. Jadilah anak yang soleh, beriman dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Selamat menduduki peperiksaan UPSR esok, mudah-mudahan dimakbulkan doamu untuk ke Maahad Tahfiz nanti. Doa bonda sentiasa mengiringimu....

June 08, 2009

Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2009

Sempena cuti sekolah ni, saya sekeluarga pulang ke kampung di Kota Tinggi Johor. Di sana sempatlah juga melawat Air Terjun Kota Tinggi. Tempat ni lebih kurang 20 km dari bandar Kota Tinggi. Bayaran yang dikenakan ialah RM 10.00 untuk dewasa dan RM 5.00 untuk kanak-kanak. Tempat ni bersih, ada pekerja yang membersihkan kawasan dan ada juga pekerja yang memastikan keselamatan pengunjung. Tempat ini telah banyak pengubahsuaian, ada wetworld.. Sudah lama rasanya tidak menjejakkan kaki di sini. Dulu pergi dengan kawan-kawan, sekarang ni pergi bersama keluarga.. Seronoknya!






Sehari sebelum pulang ke Banting, sempat juga singgah ke Taman Buaya Telok Sengat, Kota Tinggi. Tempat ni hanya lebih kurang 30 km je dari rumah saya. Untuk masuk ke tempat ni, bayaran yang dikenakan ialah RM 8.00 (dewasa) dan RM 4.00 untuk kanak-kanak. Tapi kalau pergi ramai-ramai, tauke tu bagi diskaun..






Pada minggu kedua cuti sekolah iaitu 9 dan 10 Jun, bawa anak-anak ke kelas asas renang bertempat di Kolam Renang Kelab Golf Sri Morib, anjuran Kolej Komuniti. Bayaran yang dikenakan ialah RM 10.00 untuk setiap individu. Tempat ini bersebelahan Hotel Impian, Morib. Selama dua hari di sini, hasilnya Zul Fadhli dah boleh berenang tapi Afiq perlu belajar lagi pada masa akan datang.. dia kata "Afiq bukan tak berani, cuma takut lemas je" ...




Seronoknya bercuti kali ni. Rasa hilang penat bekerja walaupun sebenarnya kertas periksa belum lagi bertanda..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...