TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

December 31, 2013

Selamat Tinggal 2013

Terlalu banyak kenangan dan catatan perjalanan tahun ini...
Semoga banyak lagi catatan perjalanan yang indah-indah di tahun akan datang.
Buat semua pengunjung blog, saya memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kekurangan. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah swt jua..
Buat anak-anakku, semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian. Teruskan perjuangan untuk menjadi insan syumul di bumi Allah ini.

December 19, 2013

KEPUTUSAN PMR 2013

Pada hari ini, telah diumumkan keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah bagi tahun 2013. Berikut ialah keputusan bagi mata pelajaran KHB di sekolah saya. Alhamdulillah, pencapaian 100% lulus.

20 orang calon dan Gred Purata 1.35

53 orang calon dan Gred Purata 1.89

46 orang calon dan Gred Purata 1.78

29 orang calon dan Gred Purata 1.79

*********************

TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON PMR 2013 YANG TELAH MENINGKATKAN PRESTASI SEKOLAH

Displaying 20131219_110229.jpg
Bersama anak didik yang cemerlang 9A dalam PMR, Maisarah Dzulkifli
Displaying 20131219_105430.jpg
Murid-murid mengambil giliran untuk mengambil slip peperiksaan
Displaying 20131219_111401.jpg
Barisan beberapa guru yang sangat dedikasi dan cemerlang dengan cara yang tersendiri. TAHNIAH CIKGU!.  

December 10, 2013

Seminar i-THINK Negeri Selangor 2013

 


Pada 4 dan 5 Disember 2013, saya telah menghadiri seminar i-think anjuran MPCK Selangor. Sebenarnya ia melibatkan 700 orang guru yang terdiri daripada pengetua dan penolong kanan serta guru besar. Jadi saya hadir kerana menggantikan kehadiran PK Pentadbiran sekolah saya..

Antara pengisian seminar ialah majlis perasmian dan pelancran buku i-THINK yang berjudul "THINK BEYOND" selain pembentangan dan perkongsian amalan i-THINK di sekolah-sekolah rintis Malaysia.

Secara khususnya, keseluruhan kandungan seminar ini adalah untuk mempromosikan kepentingan i-THINK dalam PdP dan PBS ke arah membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


OBJEKTIF :
1. Berkongsi pengalaman bersama-sama sekolah rintis i-THINK
2. Berkongsi dapatan lawatan penandaarasan sekolah-sekolah di London
3. Menyebarluaskan program i-THINK kepada seluruh warga pendidik Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Menunjukkan hubung kait dan integrasi i-THINK dengan PBS, VLE dan KBAT (HOTS) bagi melahirkan murid untuk berfikir pada aras tinggi.










November 29, 2013

PERANCANGAN STRATEGIK 2014-2016

Deraf Perancangan Strategik telah dimuatnaik dalam VLE-Frog. Masih perlu dikemaskini pada tahun 2014.


Perancangan Strategik telah difailkan untuk memudahkan semakan. Penambahbaikan akan dilakukan pada tahun 2014.



Pendokumentasian Perancangan Strategik Sekolah  (Bidang) Salinan wajib untuk sekolah


-      Jadual Rumusan Program Kurikulum
-      Maklumat ringkas/dokumentasi program bidang
-      Salinanrumusan setiap unit kurikulum
-      Jadual Rumusan Program HEM dan semua bidang lain.

  
-        Pengenalan:
§  Visi, Misi (sama dengan KPM/JPN/PPD)
§  Matlamat, Piagam Pelanggan, Motto
§  Maklumat penting sekolah
§  Carta Organisasi
-        Analisis SWOC/SWOT Kurikulum
-        Pelan Strategik Kurikulum
-        Satu salinan PS dari setiap unit Kurikulum
-        Diikuti SWOC, PS dan Salinan unit HEM/KoKu/BK/PKI/KEW...


-        Pelan Taktikal Bidang (Kurikulum/HEM/KoKu/BK/PKI/KEW...)
-        Pelan OPerasiBidang (ikut bilangan program)
-        Salinan PT untuk semua unit

Buku 4: Rekod Keberkesanan Program Sekolah 2014

Buku 5: Pelan Taktikal & Operasi Sekolah 2015




Perhatian:

1.   GPK boleh menyimpan satu set perancangan bidang dan unit-unit di bawahnya untuk memudahkan pemantauan atau tindakan lanjut (tidak diwajibkan). Salinan wajib oleh Pengetua/Guru Besar (perancangan bidang dan unit) sahaja.
2. Penyelaras Sukan & Permainan, Penyelaras Kelab & Persatuan dan Penyelaras Unit Beruniform boleh menyimpan satu set perancangan kumpulannya dan unit-unit di bawahnya untuk memudahkan pemantauan atau tindakan lanjut.
3.   Catatan rasmi(wajib)  dalam mekanisma pemantauan perlu dicatat pada pelan operasi dalam folderGuru Besar/Pengetua dan Unit-unit sahaja. Catatan hanya dengan tulisan tangan sahaja. 
4. Laporan tahunan perlu ditaip (Buku 1: Laporan 2013, Buku 4: Laporan 2014-akhir tahun).

------moga dipermudahkan urusanku------

November 27, 2013

BORANG-BORANG UNTUK PBS KHB - TINGKATAN 3

Perkongsian ilmu

Mungkin boleh digunakan untuk tahun depan. Kalau nak download, mula-mula sign-in gmail dulu ye.. lepas tu tekan anak panah.....   jangan tekan "share"..

link : https://docs.google.com/file/d/0B3B0jOrXg5ZDbG05UlVOWHJmaTNHdXI2NEFrVUh1Nk56MTdV/edit (klik)

November 24, 2013

Mcm best je...

At Gold Cost Palm Tree, Bagan Lalang, Sepang Selangor

November 23, 2013

GALERI CIKGU NORLIZA..

Assalamualaikum.


Agak sukar juga hendak mengubahsuai header blog ini setelah 3 tahun dengan stail yang sama. Anak yang kecil pun sudah meningkat remaja. Oleh itu, hari ini saya ubah header dengan tujuan hendak mendidik diri sendiri khasnya dan juga pengunjung blog ini amnya.. Sama-sama kita hayatinya.

*********

sumber : http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/12/hidup-untuk-mati.html

Hayati falsafah kematian. Apakah ia?

(1)-Manusia akan diadili oleh Allah.
Dengan itu, kita tidak akan menzalimi orang lain. Bahkan, kita juga akan banyak bersabar jika kita dizalimi, kerana kita tahu, satu hari kita akan mendapat keadilan.

(2)-Manusia mati tidak membawa harta dan keluarga.
Yang akan kita bawa bertemu Allah ialah amal soleh. Kerana itulah, kita akan lebih bersemangat untuk melaksanakan ketaatan, kerana kita tahu bahawa inilah asset kita kelak.

(3)-Ajal itu tidak diketahui bila akan terjadi.
Maka, kita akan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan kita. Bahkan, kita juga tidak akan menjadi suka bertanggug-tangguh.

Dan inilah juga yang Rasulallah sabdakan dalam hadis riwayat Tabrani- "Orang yang mengingati maut akan dimuliakan Allah dengan tiga perkara iaitu (1)-segera bertaubat, (2)-merasa qana'ah dan (3)-menjadi bersungguh-sungguh dalam beribadat.

Kesimpulan.
Memperingati maut itu sangat penting. Kerana itu, Rasulallah apabila melihat para sahabat Baginda lalai sedikit, Baginda akan datang mengetuk pintu rumah mereka sebanyak tiga kali dan menyeru, "Apakah tidak sampai peringatan kepada kalian tentang kematian?"- hadis riwayat Baihaqi.

Sedarlah, kita mati hanya sekali. Kerana itu, pilihlah cara kematian yang terbaik.

Dan ingatlah juga bahawa kematian sedang mengintai kita dari jarak yang dekat tanpa kita sedari. Siapa tahu?



"Live as a muslim or die as a muslim? I prefer both!"

October 19, 2013

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi ilmu berkaitan kedua-dua perkara di atas.

Rasanya semua warga pendidik dikehendaki menyediakannya sebelum sesi persekolahan tahun ini berakhir. Termasuklah saya sendiri.

Antara perkara yang perlu disediakan ialah ;

A. Borang LNPT (yang perlu diisi oleh PYD)
  1. Bahagian 1 - Maklumat Pegawai 
    Bahagian 2 - Kegiatan dan Sumbangan di luar tugas rasmi/latihan
     3.  Lampiran - Sasaran Kerja Tahunan (KLIK)
  • Penetapan Sasaran Kerja Tahunan
  • Kajian Semula Sasaran Kerja Tahunan Pertengahan Tahun
  • Laporan dan Ulasan Keseluruhan Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Pada Akhir Tahun


2. PBPPP




Inilah sebahagian kerja yang perlu dilengkapkan dan dihantar kepada pengetua pada 21 Oktober 2013.

October 05, 2013

Taklimat E-prestasi dan e-pangkat

Pada hari ini, telah menghadiri LADAP bertajuk e-prestasi dan e-pangkat. Sebelum taklimat ini bermula, Tuan pengetua memperuntukan sedikit masa untuk overview PBPPP. Walaupun ia sesuatu yang baru, tugasan ini tidak boleh diambil mudah. Semua guru perlu menambahkan pengetahuan tentang isu-isu baru seperti ini.

Di sini saya ingin berkongsi dapatan hasil dari taklimat yang diberi  :

1. Slide ToT (Perlaksanaan dan Sistem e-Prestasi
2. Manual Pengguna (Perlaksanaan dan Sistem e-Prestasi)
3. Instrumen Penilaian Kompetensi (Guru dan Pemimpin Sekolah)

4. Instrumen dan Simulasi Keberhasilan (Guru dan Pemimpin Sekolah)

5. Borang Pemantauan



October 03, 2013

October 02, 2013

Sistem Analisa Kompetensi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
dengan kerjasama
MICROSOFT MALAYSIA

Sistem Analisa Kompetensi


sumber : http://ict-kpm.azurewebsites.net/


Nota:


Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan. 
Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakkan sistem:
26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur
17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan dan Johor
23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor

Makluman: 
* Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

..... saya dah siap !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...