TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
Showing posts with label KISAHKU. Show all posts
Showing posts with label KISAHKU. Show all posts

January 14, 2024

SELAMAT TAHUN BARU 2024

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Setelah sekian lama tidak menulis di ruangan blog GALERI CIKGU NORLIZA, hari ini saya gagahkan diri untuk mencoret segala kenangan yang masih ada dalam ingatan sepanjang tahun 2023.

Saya mencari-cari mana post saya sepanjang tahun 2023, rupanya hanya SATU sahaja dan saya telah tukar kepada status "draft" memandangkan post tersebut bukan post ilmiah dan hanya sekadar mencari sedikit bantuan dari rakan-rakan yang mengenali dan simpati.


Terasa berat meninggalkan tahun 2023 yang sarat dengan pengalaman dan kenangan pahit  manis, semuanya masih tersimpan kemas dalam ingatan. Tahun 2023, pakej lengkap menjalani portfolio PK KOKURIKULUM, yang pada mulanya saya fikir "mudah je" rupanya bukanlah tugas biasa-biasa. Mungkin ini lah masanya mendidik diri dalam pengurusan kesabaran yang tahap tertinggi (Hanya Allah swt yang maha mengetahui), dan Alhamdulillah saya telah melaluinya dengan agak BAIK.

Terima kasih Allah, yang memudahkan segala urusan dan SEBENARNYA memang Allah yang memudahkan. 

Semoga tahun-tahun mendatang lebih baik dari sebelumnya dan semua dengan izin-Nya.


Terima kasih pengunjung-pengunjung BLOG GALERI CIKGU NORLIZA yang masih setia, semoga bahan yang dicari bermanfaat dan memberi kebaikan kepada saya dan penggunanya.




April 15, 2022

TERIMA KASIH

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terima kasih diucapkan kepada pihak JPN Sabah yang menitipkan sijil dan hadiah sempena PELANCARAN APLIKASI MODUL IRRBT (INTEGRATED RESOURCE) MATA PELAJARAN REKA BENTUK & TEKNOLOGI (RBT) SEKOLAH MENENGAH NEGERI SABAH TAHUN 2022

Tanda ingatan dan kenangan dalam perkhidmatan.


Cantik..


February 15, 2022

February 11, 2022

VIDEO SI COMEL NADEERA

KENANGAN BERSAMA MU TAKKAN DILUPAKAN.
2.3.2017 - 3.5.2017

August 27, 2021

HARI INI, HARI ULANGTAHUN KELAHIRANKU..


ASSALAMUALAIKUM.
DOA YANG BAIK-BAIK. PASTI DAPAT YANG BAIK-BAIK
ITU JANJI ALLAH.




TERIMA KASIH

June 05, 2021

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah, selesai mendapatkan vaksin.



May 16, 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI DAN SELAMAT HARI GURU 2021

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Rindu nak menulis dalam blog sendiri, bercerita tentang diri dan keluarga.. 

(selain PDP dan PDPR..)


Alhamdulillah, syukur dikurniakan Aidilfitri dan Hari Guru walaupun dengan gaya NORMAL BAHARU.

Perlu hadapinya, entah sampai bila. Syukur jangan berhenti sambil berharap dan berdoa semoga semuanya kembali seperti biasa. 

Dikesempatan ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan murid yang sudi menggunakan MODUL PEMBELAJARAN dan BBM LAIN yang saya sediakan. Sesungguhnya sumbangan tuan/puan amat besar ertinya kepada saya dan sebahagian besar telah diinfakkan kepada yang selayaknya. Semoga Allah swt memberkatinya. 

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU. DAN SELAMANYA SEBAGAI GURU.




NORMAL BAHARU





January 21, 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021 (PEMBELAJARAN NORMA BAHARU)

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera buat semua murid dan  rakan guru

walau di mana juga berada.


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021, selamat menghadapi cara pembelajaran NORMA BAHARU.


KUATKAN SEMANGAT, TERUS MAJU KE HADAPAN. 

KITA JAGA KITA

KITA MESTI MENANG

DOA, USAHA, TAWAKKAL... KITA PASTI CEMERLANG


TERIMA KASIH

November 03, 2020

SEMUA KU CORET DI SINI

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Diharap post kali ini, diterima dengan POSITIF oleh semua sebagaimana POSITIF nya saya menerima ujian ini. Macam biasa, saya catat di sini untuk berkongsi cita rasa.

Saya dan laptop memang berpisah tiada.. 😍😍


**************

31.10.2020 / SABTU (1)

Menjalani SWAB TEST  di Klinik Siti Kota Warisan. 

Setelah mengetahui rakan sekerja suami positif, (Suami wajib swab di tempat kerja) kami, 5 beranak terus membuat ujian SWAB di Klinik Swasta. (Klinik Siti di Kota Warisan) atas inisiatif sendiri.

Kos menjalani SWAB ini RM280.00 seorang X 5 orang = RM1400.00. Jumlah yang agak besar kan. boleh beli barang kesukaan saya, tapi takpelah. Kesihatan, nyawa, lebih utama. 

Setelah bersetuju, masa yang ditetapkan 10.00 pagi-11.00 pagi sahaja untuk menjalani ujian ini melalui drive thru (dari dalam kereta je)

Lepas SWAB TEST, terus balik rumah. Dengan rasa bertanggungjawab kami kuarantin diri. Makanlah apa je yang ada dirumah. Rutin di rumah macam biasa.

Dalam masa yang sama, keputusan SWAB suami di tempat kerja sah POSITIF. Atas dasar tanggungjawab, dari awal memang dia dah kuarantin diri dalam bilik. Sendiri.

Pengalaman yang tak mungkin dilupa


1.11.2020 / AHAD (2)

Dapat Keputusan

Pihak Klinik Siti menghantar keputusan SWAB TEST untuk 3 orang anak yang NEGATIF. Alhamdulillah. Berdebar juga bila lagi 2 keputusan belum diumum. Tunggu hari Isnin katanya...


Suami, masih dalam bilik kuarantin diri. Tak sihat, batuk dan hilang selera makan. 

Pihak hospital call suami selepas keputusan dari tempat kerja diperolehi. Bersiap sedia, kemas beg dengan segala keperluan di hospital nanti. Kitorang ... tengok dari jauh je.

Lepas Solat Asar, ambulan datang...

Gambar ni ada orang bagi. Masa tu tak terfikir ambil gambar. 

Kata suami, van ni ambil semua pesakit dan berkumpul di Klinik Telok Datok. Ada 35 orang katanya. Naik bas dan terus ke Hospital Sg Buluh. Kesian dia...
Takpe, pahala berganda sebab SABAR.. Keluarga kita kan sentiasa pilihan ALLAH.. 
💕💕💕👪


Malam...
Sanitasi seluruh rumah..

Dalam bilik dan balkoni

Seluruh ruang dalam rumah

kereta pun kena juga.


Lepas tu, semua tido sama2 di ruang tamu..

Gelang pink 1~14.11.2020



2.11.2020 / ISNIN (3)

Keputusan Seterusnya..

Seperti yang sudah dijangka, Saya dan seorang anak lelaki sah POSITIF juga.
Sama macam suami, 

Terima kasih kerana menjemput kami.

Arif dan mak

Di rumah, pandai-pandailah.. tengah hari tadi, cik shikin dah hantar makanan, malam dah habis..

Afiq masak kari ayam untuk makan malam



3.11.2020 / SELASA (4)

Rutin Baharu dalam Normal Baharu

Bermula episod pemulihan diri. Di sini, kami yang baharu... X-Ray, ambil darah dan check suhu, BP harian. 

Sarapan pagi

Makan tengah hari



Lebih kurang pukul 3.30 petang, beberapa pesakit dipanggil untuk dipindahkan ke wad lain, termasuk saya. Alhamdulillah, keadaan makin baik. Pindah wad untuk pemulihan diri seterusnya.

Wad Base (D.O). Tempatnya macam dewan orang ramai. Dilengkapkan dengan katil dan peralatan lain. Dalam bilik bersama saya ada 10 orang. Bilik berhawa dingin. Alhamdulillah, selesa sangat. Cuma tandasnya jauh sikit. 
Katil saya

Makan malam di wad Base


4.11.2020 / RABU (5)

Rutin Baharu dalam Normal Baharu + Kelas PDPR

Suasana sejuk pagi ni, sebab hujan + bilik pasang aircond.
Selepas call, video call semua yang penting2. kita teruskan aktiviti lain.
Hari Rabu, kena ada kelas la.. RBT untuk tingkatan 1 dan 2.

Kelas PDPR Minggu 42 dan 43 ni terpaksa guna voice message dalam Whatsapp je. Cikgu tak larat nak menaip panjang2.
Arif dalam wad yang lain. (Gambar ihsan dari kawan suami yang kebetulan sama dengan wad Arif)

Di rumah, anak-anak menjaga diri masing2. Dah pandai oder makanan dari kawan2 katanya. Maklumlah, kat kawasan kami takde Grab Food, Panda ke.. semua takde..

Kawan belikan katanya


5.11.2020 / KHAMIS (6)

Lawatan doktor

Seawal 7.30 pagi, doktor dengan mesra menyapa setiap pesakit. Bertanya khabar, dan mencatat apa saja aduan dari pesakit. 

Saya puna ambil peluang bertanya, "bila saya boleh keluar, doktor?"

Katanya, " Jika tiada simptom, kena tunggu sekurang-kurangnnya hingga hari ke-10, di sini, sehingga virus hilang".

Lega rasanya.. Tunggulah sehingga Rabu 10.11.2020 ye..

6.11.2020 / JUMAAT (7)

Masih lagi aktiviti seperti biasa.

Setiap hari petugas membersihkan katil pesakit yang bertukar ganti.

 

7.11.2020 / SABTU (8)

Aktiviti seperti biasa. Semoga pulih dan cepat balik rumah macam orang lain.

8.11.2020 / AHAD (9)

Gembira rasanya bila doktor kata tak perlu tunggu sehingga Selasa. 
Isnin dah boleh balik rumah. Syukur.. Alhamdulillah.

9.11.2020 / ISNIN (10)

Balik ke rumah.. Alhamdulillah

Gambar kenangan di Pusat Kawalan Kusta Negara (bangunan untuk menempatkan pesakit COVID yang stabil)




Lokasi yang selalunya saya duduk melihat keadaan di luar. Depan pintu masuk yang dikunci.

Sesekali tengok google maps untuk mengetahui lokasi anak. Maklumlah terpisah.

Salah satu hikmah di sini, berjumpa ramai teman baru. bertukar ganti setiap hari.


SUASANA YANG TENANG DAN DAMAI DI SINI...




*********

Alhamdulillah, kita pulang ke rumah ya.


*********

Rupanya, bila ibu2 yang POSITIF di sini, memang sangat HEBAT. Sentiasa memikirkan anak, suami yang sihat walaupun sebenarnya diri sendiri tidak sihat.

Semoga Allah mengurniakan pahala berlipat ganda buat kalian.

Buat frontliner, terima kasih kerana sudi mendekati kami. Usahamu tidak sia2. Semuanya pasti dibalas oleh Allah dengan sebaik2 balasan. 


****************


Dari Jauh, Doakan Kami.

Hospital Sg Buluh.


March 20, 2020

Wabak Covid-19 Tahun 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sedih dan wajib redha atas apa yang berlaku.
Semuanya adalah dengan kehendak Allah swt Yang Maha Berkuasa.

Ingatlah, Hari Akhirat itu ada. Percayalah kepada Allah swt yang menciptakan kita,
serta Nabi Muhammad saw yang menjadi Pesuruh-Nya juga telah memberitahu tentang khabar ini.

Ya Allah, ampuni kami dan lindungilah kami.

Maksud istilah kuarantin dalam hadis ini

Wahai covid-19, kamu juga makhluk Allah.. pergilah kamu jauh dari dunia ini.
Semoga Allah swt melindungi kami semua dan kami dapat terus beribadat kerana Allah.
Aamiin.

November 21, 2019

KURSUS MEMBINA BLOG PENDIDIKAN

ASSALAMUALAIKUM

SEKADAR PERKONGSIAN ILMU SUPAYA IA TIDAK HILANG, DAN SEMOGA  AKAN TERUS BERTAMBAH ILHAM SERTA REZEKI DAPAT DIKONGSI BERSAMA



January 21, 2019

Majlis penyerahan surat arahan penempatan

24.12.2018



Program Penyayang

Pelancaran pada 14.1.2019






cikgu liza berbaju biru tuu...


Salam perpisahan untuk warga SMK Telok Datok

Tarikh 18.1.2019 merupakan tarikh terakhir saya dapat berkhidmat di SMK Telok Datok kerana pada 21.1.2019 saya diarahkan berpindah ke SMK Jugra.

Semoga hijrah ini menjadikan saya insan yang lebih bersyukur dan lebih bertakwa kepada Allah swt.

sebelah pengetua dan pn maimon (sama2 berpindah)


Bersama rakan di Bilik Operasi
Sahabat paling lama di SMKTD

terima kasih atas segalanya

terima kasih sahabat

Merentas desa terakhir di SMKTD
kemaskan meja untuk GKMP baru


key-out terakhir di SMK TD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...