TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
Showing posts with label 2015. Show all posts
Showing posts with label 2015. Show all posts

December 30, 2015

Kaji selidik kunjungan blog dari 20.10.2014 hingga 30.12.2015

Alhamdulillah..


Kesimpulannya :

1. Soal selidik yang dijalankan selama setahun ini telah mendapat 835 undian.

2. Lebih 50% guru @ murid yang mengunjungi blog ini memang suka menimba ilmu pengetahuan dan tidak mensia-siakan kemudahan teknologi yang ada.

3. Hanya 6% mengunjungi blog ini untuk suka-suka.


Kajian 20.10.2014 sehingga 30.12.2015

Terima kasih kepada semua yang sudi menjawab soal selidik dari blog ini.


September 19, 2015

Berehat sebentar di Pantai Cunang, Tanjung Sepat, Selangor

Pada 18.9.2015... saya bersama rakan pentaksir kawasan Puan Suzana di bawa oleh Cik Bibah, ke Pantai Cunang selesai sahaja Taklimat PT3 di PKG Batu Laut. Lokasinya di tepi pantai dalam kawasan perkampungan orang asli daerah ini menyebabkan saya teringin melawat kawasan ini.

Memang cantik dan bersih. Angin yang lembut dan cuaca yang redup memang nyaman sekali untuk berehat selepas bekerja.





























Seronok kat sini.. boleh datang lagi...

Lawatan pendaarasan VLE-Frog di SMK Salak Tinggi, Sepang

Pada 17.9.2015, bertempat di SMK Salak Tinggi, Sepang, kumpulan GKMP Teknik & Vokasional dan GKMP Sains & Matematik sangat beruntung kerana dapat  berkunjung ke sekolah ini untuk melihat kejayaan perlaksanaan VLE oleh guru-guru dan pelajarnya. Memang sangat membanggakan kerana seluruh pentadbir dan guru-gurunya sangat komited dalam perlaksanaan dasar kerajaan ini.

Semoga lawatan ini memberi semangat kepada kami untuk mengikuti jejak kejayaan yang telah dilaksanakan oleh SMK Salak Tinggi ini. Terima kasih kepada pengetua dan semua guru kerana melayani kami dengan mesra sekali.

Sesi bergambar bersama pengetua sebelum pulang
Puan Norma binti Daud (Pengetua)
Puan Marziean binti Mohd Sapian (Guru VLE)

Taklimat sebelum lawatan oleh PPD Kuala Langat

Pemerhatian penggunaan VLE
Guru-guru otai berminat untuk mendalami VLE bersama guru KHB
Melihat sendiri penggunaan VLE dalam kalangan murid KHB-KT Tingkatan 1
Bersama Puan Karimah bt Mukhtar (guru KHB SMK salak Tinggi)

Terima kasih

Lawatan penandaarasan ke SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

Pada 17.9.2015, PPD Kuala Langat telah menganjurkan satu lawatan GKMP Teknik & Vokasional dan GKMP Sains dan Matematik ke SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara. Diketuai oleh Encik Zaki, pegawai di PPD Kuala Langat, kami mengunjungi sekolah ini untuk melihat suasana pembelajaran abad ke-21 (21st Century Learning)
Tepat jam 9.30 pagi, berada di SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara. Ruang legar utama menempatkan skrin TV yang memaparkan profil sekolah dan maklumat-maklumat akademik untuk ditonton oleh murid-murid sekolah ini sebelum memulakan pembelajaran
Skrin besar dalam bilik mesyuarat memaparkan profil sekolah dan info program hari ini
Puan Hajah Omme Kalthom binti Md Sharif (Pengetua), menjelaskan perkembangan pembelajaran abad ke-21 di sekolah harian .
Suasana pusat sumber yang menempatkan keperluan ICT untuk pembelajaran


Suasana sekolah yang sangat bersih, damai dan ceria
Banner perasmian kelas rintis untuk program ini.
Bahan bantu belajar di susun di belakang kelas. Kelihatan kelengkapan ICT diletakkan di sudut ini untuk memudahkan pelajar mencari maklumat semasa sesi pembelajaran
Papan kenyataan yang sangat ceria dan dipenuhi info pembelajaran semasa
Sesi menemuramah murid tingkatan 1.
GKMP Teknik dan Vokasional di daerah ini bersama guru yang mengiringi kami sepanjang program berlangsung

Alhamdulillah, terima kasih tuan rumah yang menjamu kami dengan sarapan pagi setibanya di sini. Lawatan ini dapat menambah ilmu dan pengalaman saya untuk digunakan di sekolah sendiri nanti.

Antara perkara penting yang dipelajari :

1. Pemimpin yang berpengetahuan, bertanggungjawab, bersemangat dan berdedikasi.
2. Kemudahan sedia ada digunakan sebaiknya. Kebanyakan yang ada hasil kerjasama PIBG.
3. Kerjasama padu dari semua guru.

Tahniah SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara... semoga terus cemerlang.. Terima kasih untuk lawatan ini.


August 13, 2015

Koleksi tajuk untuk latih tubi Pentaksiran Tingkatan 3 (KHB-ERT)

Assalamualaikum

Perkongsian Ilmu.. Semua tajuk soalan dipilih berdasarkan (Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah dilaksanakan dari Tingkatan 1 hingga 3. Semoga dapat dimanfaatkan.



BAB
TAJUK
SOALAN
1
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN
  • Amalan 4M
2
REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
(TINGKATAN 1)
  • Lakaran reka bentuk merujuk pernyatan masalah.
REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
(TINGKATAN 2)
  • Alatan tangan
  • Proses kerja penghasilan projek (mengukur, menanda dan memotong)
3
REKACIPTA
(TINGKATAN 3)
  • Jenis bahan dan kesesuaian penggunaanya
  • Menghasilkan projek rekacipta
4
ELEKTRIK (TINGKATAN 1)
  • 3 jenis wayar
  • alatan tangan dari segi fungsi.
  • Pendawaian plag 3 pin secara sistematik.
ELEKTRIK (TINGKATAN 3)
  • Membaca meter kWj
  • Mengira kos penggunaan tenaga elektrik
5
ELEKTRONIK (TINGKATAN 2)
  • Simbol komponen elektonik
  • Menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar.
ELEKTRONIK (TINGKATAN 3)
  • Komponen elektronik
  • Fungsi komponen elektronik
  • Membentuk semua kaki komponen, memasang semua komponen dan
  • Memateri semua kaki komponen berpandukan lukisan bergambar
6
LUKISAN TEKNIK (TINGKATAN 2)
  • Alatan tangan lukisan teknik
  • Melukis unjuran ortografik
7
PAIP (TINGKATAN 1)
  • 3 jenis perangkap.
  • fungsi perangkap
  • Penyelenggraan perangkap secara sistematik.
8
MASAKAN (TINGKATAN 2)
  • Jenis-jenis minuman
  • Bahan-bahan yang sesuai untuk jenis minuman
  • Menyediakan minuman berkhasiat / menyegarkan.
9
JAHITAN
(TINGKATAN 1)
  • bahagian mesin jahit
  • fungsi bahagian mesin jahit
  • Menjahit pada bahagian lurus, berpenjuru dan melengkung.
10
TEMPAT KEDIAMAN (TINGKATAN 3)
  • Jenis pembersihan
  • Pembersihan ruang-ruang kediaman menggunakan alat dan agen yang betul

11
TANAMAN HIASAN (TINGKATAN 1)
  • Keratan batang
  • Nisbah campuran medium semaian
  • Menyemai keratan batang dalam medium semaian
TANAMAN HIASAN (TINGKATAN 2)
  • Ciri tanaman hiasan dalam bekas yang sesuai untuk pemasuan semula.
  • Pemasuan semula tanaman hiasan.

ELEKTIF - ERT




12
PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN
(TINGKATAN 1)
  • Prinsip memasak
  • Aplikasi Memasak dengan haba lembap dan haba kering
PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN
(TINGKATAN 2)
  • Faktor utama merancang menu untuk makanan bekal
  • Membungkus makanan bekal menggunakan daun pisang atau kertas lilin.
13
BATER
(TINGKATAN 1)
  • Jenis-jenis bater
  • Pengertian bater
14
KUIH TEMPATAN
(TINGKATAN 1)
  • Aplikasi memasak kuih tempatan dengan kaedah mengukus
15
PAKAIAN
(TINGKATAN 1)
  • Prinsip pemilihan pakaian
  • Menjelaskan pemilihan stail  dan corak pakaian dengan bentuk badan.
16
JAHITAN
(TINGKATAN 1)
  • Lisu pemadan
  • Memanjang atau memendekkan pola skirt berkasing.
JAHITAN
(TINGKATAN 2)
  • Belah
  • Menjahit lengan padanan rata
JAHITAN
(TINGKATAN 3)
  • Jenis hiasan dalam jahitan
  • Pengertian kuilting, tampal hias dan tampal cantum
  • Menjahit tampal hias dengan sistematik.
17
KAEDAH MEMBUAT BISKUT DAN KEK
(TINGKATAN 3)
  • Kaedah putar
  • Memasak biskut dan kek kaedah putar
18
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN (TINGKATAN 1)
  • Jenis perniagaan (Perniagaan runcit, borong dan antarabangsa)
  • Kepentingan perniagaan kepada individu, masyarakat dan negara.
  • Perubahan dalam aktiviti perniagaan dahulu dan masa kini
  • Membanding beza perniagaan dulu dan masa kini.
  • Meramalkan perubahan perniagaan pada masa akan datang.
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN (TINGKATAN 2)
  • Mengenalpasti ciri Usahawan
  • Kelebihan menjadi usahawan berbanding makan gaji
  • Bidang kegiatan usahawan
  • Perkaitan kerjaya yang ingin diceburi dengan bidang keusahawanan
  • Membandingkan diri dengan ciri usahawan
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN (TINGKATAN 3)
  • Hak pengguna dan tanggungjawab pengguna
  • Kaitan antara  hak pengguna dengan tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.
  • Bentuk penyelewengan dan akta membantu pengguna
  • Kaitan antara penyelewengan, hak pengguna dan akta.
  • Penilaian tindakan yang perlu diambil terhadap penyelewengan oleh pengeluar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...