TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

January 24, 2014

Mesyuarat / Taklimat / Bengkel Bulan Januari 2014

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Di samping sibuk menjalankan aktiviti dalam kelas melaksanakan pbs, menjalankan tugas pentadbiran, saya juga perlu menghadiri taklimat, mesyuarat dan bengkel.

13.1.2014 :
Perbincangan Penambahbaikan Perancangan Strategik 2014-2016 (klik). Ia perlu dicetak dan di simpan dalam folder dan dihantar kepada pengetua untuk semakan.

16.1.2014 :
Mesyuarat Unit Majalah Tinta bil 1/2014

22.1.2014 :
Penataran Pentaksiran Di Peringkat Menengah Rendah Mulai 2014 bertempat di Bilik Kuliah (Auditorium) Sekolah Seri Puteri, Persiaran Tasik 63000 Cyberjaya.

Penambahbaikan PMR berdasarkan PBS sepenuhnya akan dilaksanakan mulai 2014 seperti yang terkandung dalam surat pekeliling Ikhtisas Lembaga Peperiksaan Bil. 2/2011 : "Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi Penilaian Menengah Rendah  (PMR) mulai tahun 2012 bertarikh 14 Februari 2011"

23.1.2014
Bengkel Pengurusan Sistem Fail Arked bagi Pengetua dan Pembantu Tadbir Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat.

Sebenarnya ia lebih kepada lawatan penandaarasan perlaksanaan sistem fail baru yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2015.


"Oleh itu, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengurusan sistem fail yang sepatutnya dilakukan oleh kerani di sekolah. Guru-guru Ketua Panitia dan semua setiausaha unit Ko kurikulum, HEM dan lain-lain hanya perlu menguruskan folder sokongan yang berkaitan"

Bahan ini saya dapati dari SMK Perempuan Sri Aman :

KLASIFIKASI FAIL SEKOLAH - Format Pengharmonian
 
 1. Senarai Klasifikasi Fail - Format Pengharmonian

KLASIFIKASI FAIL SEKOLAH - Transaksi dan Diskripsi

1. Klasifikasi Fail 100 - Pengurusan Pentadbiran
2. Klasifikasi Fail 200 - Pengurusan Tanah, Bangunan dan Infrastruktur
3. Klasifikasi Fail 300 - Pengurusan Aset dan Stor
4. Klasifikasi Fail 400 - Pengurusan Kewangan
5. Klasifikasi Fail 500 - Pengurusan Sumber Manusia
6. Klasifikasi Fail 600 - Tadbir-urus Sekolah
7. Klasifikasi Fail 700 - Pengurusan Murid
8. Klasifikasi Fail 800 - Pengurusan Ko Kurikulum
9. Klasifikasi Fail 900 - Pengurusan Asrama

January 21, 2014

Tingkatan 3 : Pemasaran (Merancang Perniagaan)

Dalam tajuk pemasaran, murid tingkatan 3 (KHB-PK) pada tahun ini dikehendaki menyediakan satu perancangan perniagaan. Dalam kelas telah dibincangkan tentang lokasi perniagaan ialah di Bandar Sungai Emas Banting.

Berdasarkan contoh yang diberi, murid boleh merujuk dan menggunakannya untuk merancang perniagaan sendiri.

Semoga Berjaya!!


KLIK DI SINI UNTUK PREVIEW DAN DOWNLOAD



January 09, 2014

KONSUMERISME TINGKATAN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MINGGU 1)


BERIT NASIONAL - PORTAL 1 MALAYSIA


HARI PENGGUNA

HARI PENGGUNA 2

KUASA PENGGUNA

LAGU PENGGUNA



January 01, 2014

Selamat datang 2014

Selamat tahun baru 2014 buat semua. Moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Moga tahun ini lebih hebat semangat dan kekuatan menghadapi segala ujian.
Buat anak-anakku, Muhammad Zul Fadhli, moga terus cemerlang di tempat baru. Kuatkan imanmu untuk mengejar cita-cita mulia
Buat Muhammad Afiq, moga tercapai mencapai keputusan cemerlang dlm UPSR & PSRA.
Buat Muhammad Arif, moga cemerlang mcm tahun lepas.
Buat puteriku Norliyana, moga lulus cemerlang dalam peperiksaan KECIL tak lama lagi.
Ya Allah, makbulkan doaku..Aamin.
Belajar rajin- rajin anakku, Muhammad Zul Fadhli  @ Maahad Tahfiz ihya alahmadi, sg kelambu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...