TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

December 21, 2020

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) BAGI MP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) TAHUN 2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Berikut ialah senarai Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi mata pelajaran RBT tahun 2021 yang telah dilengkapkan dengan catatan perlaksanaan DOKUMEN PENJAJARAN 2.0. RPT ini ditulis dalam msword dan boleh edit mengikut kesesuaian. 

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan RPT ini, silalah penuhi maklumat dibawah. (Email kepada : norliza.jais@gmail.com)

1. NAMA :
2. ALAMAT EMAIL YANG AKTIF DAN BETUL :
3. NYATAKAN PILIHAN RPT :

PREVIEW DI BAWAH:

1. RBT Tingkatan 1 

2. RBT Tingkatan 2 

3. RBT Tingkatan 3 


MOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT MANFAAT - TERIMA KASIH

TINGKATAN 1

 

TINGKATAN 2

 

TINGKATAN 3

December 07, 2020

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)


Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

 

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

 

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

 

  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.


November 04, 2020

M42 : Reka Bentuk Makanan

 PDPC ONLINE SEPANJANG PKPB

✅MINGGU PEMBELAJARAN ( 4.11.2020/RABU)

✳️Minggu 42 

✅TINGKATAN: 2

✅TAJUK: REKA BENTUK MAKANAN

✅STANDARD PEMBELAJARAN :

2.6.1 MENTAKRIFKAN REKA BENTUK MAKANAN

2.6.2 MENJELASKAN KEPENTINGAN REKA BENTUK MAKANAN


✅PANDUAN PEMBELAJARAN

1️⃣ Murid2 perlu merujuk buku teks pd m/s 146 - 149

2️⃣ Murid2 perlu menonton video pembelajaran yang disediakan dan klik pd pautan 

https://youtu.be/VfKR3RJRpgA

3️⃣ Murid perlu menjawab soalan yang diberikn dan klik pd pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfbxLBFkxFI3AvH6TcWhax7LN2ZdmR8M6cLxht58T6Kj8VHJw/viewform?usp=sf_link


4️⃣ Murid juga dikehendaki melengkapkan modul pd m/s 62 - 63


🌺 Terima kasih krn dpt membuat latihan yang diberikn

✳️Teruskan usaha untuk belajar. Setiap kejayaan datangnya dari usaha.


✳️Sekiranya murid menghadapi sebarang masalah, boleh pm cikgu

Terima kasih

M42 : Reka Bentuk Fesyen

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd murid2 yang cikgu sayangi. Semoga kamu semua berada dlm keadaan sihat disamping mengamalkan *Norma BAru* dlm kehidupan.


PDPC ONLINE PADA MINGGU INI ADALAH *SAMBUNGAN* DARIPADA SUBTOPIK MINGGU LEPAS


✅MINGGU PEMBELAJARAN ( 04/11/2020 - 08/11/2020)

✳️Minggu 42

✅TINGKATAN: 1

✅TAJUK: REKA BENTUK   FESYEN 

✅STANDARD PEMBELAJARAN :

5.2.1 DEFINSI REKA BENTUK FESYEN

5.2.2 JENIS REKA BENTUK FESYEN

5.2.3 TEKNIK CANTUMAN DAN PENGGUNAAN ALATAN DALAM PROSES PENYEDIAAN REKA BENTUK FESYEN


✅PANDUAN PEMBELAJARAN

1️⃣ Murid2 perlu merujuk buku teks pd m/s 134- 141


2️⃣ Murid2 perlu menonton video pembelajaran yang disediakan dan klik pd pautan 

https://youtu.be/6iJn3Yru49s


3️⃣ Murid juga dikehendaki melengkapkan modul pd m/s 70 - 76


4️⃣Murid perlu menjawab latihan yang cikgu diberikan dalam pautan google form ini

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe9zTOTO4WPHm6JY0e0RtZPrdycW3HMf9H_wzIQm8y6Dzimqw/viewform?usp=sf_link 



🌺 Terima kasih krn membuat nota yang diberikn

✳️Teruskan usaha untuk belajar. Setiap kejayaan datangnya daripada usaha.


✳️Sekiranya murid menghadapi sebarang masalah, boleh pm cikgu


*#dudukdirumah*

*#stayathome*

November 03, 2020

SEMUA KU CORET DI SINI

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Diharap post kali ini, diterima dengan POSITIF oleh semua sebagaimana POSITIF nya saya menerima ujian ini. Macam biasa, saya catat di sini untuk berkongsi cita rasa.

Saya dan laptop memang berpisah tiada.. 😍😍


**************

31.10.2020 / SABTU (1)

Menjalani SWAB TEST  di Klinik Siti Kota Warisan. 

Setelah mengetahui rakan sekerja suami positif, (Suami wajib swab di tempat kerja) kami, 5 beranak terus membuat ujian SWAB di Klinik Swasta. (Klinik Siti di Kota Warisan) atas inisiatif sendiri.

Kos menjalani SWAB ini RM280.00 seorang X 5 orang = RM1400.00. Jumlah yang agak besar kan. boleh beli barang kesukaan saya, tapi takpelah. Kesihatan, nyawa, lebih utama. 

Setelah bersetuju, masa yang ditetapkan 10.00 pagi-11.00 pagi sahaja untuk menjalani ujian ini melalui drive thru (dari dalam kereta je)

Lepas SWAB TEST, terus balik rumah. Dengan rasa bertanggungjawab kami kuarantin diri. Makanlah apa je yang ada dirumah. Rutin di rumah macam biasa.

Dalam masa yang sama, keputusan SWAB suami di tempat kerja sah POSITIF. Atas dasar tanggungjawab, dari awal memang dia dah kuarantin diri dalam bilik. Sendiri.

Pengalaman yang tak mungkin dilupa


1.11.2020 / AHAD (2)

Dapat Keputusan

Pihak Klinik Siti menghantar keputusan SWAB TEST untuk 3 orang anak yang NEGATIF. Alhamdulillah. Berdebar juga bila lagi 2 keputusan belum diumum. Tunggu hari Isnin katanya...


Suami, masih dalam bilik kuarantin diri. Tak sihat, batuk dan hilang selera makan. 

Pihak hospital call suami selepas keputusan dari tempat kerja diperolehi. Bersiap sedia, kemas beg dengan segala keperluan di hospital nanti. Kitorang ... tengok dari jauh je.

Lepas Solat Asar, ambulan datang...

Gambar ni ada orang bagi. Masa tu tak terfikir ambil gambar. 

Kata suami, van ni ambil semua pesakit dan berkumpul di Klinik Telok Datok. Ada 35 orang katanya. Naik bas dan terus ke Hospital Sg Buluh. Kesian dia...
Takpe, pahala berganda sebab SABAR.. Keluarga kita kan sentiasa pilihan ALLAH.. 
💕💕💕👪


Malam...
Sanitasi seluruh rumah..

Dalam bilik dan balkoni

Seluruh ruang dalam rumah

kereta pun kena juga.


Lepas tu, semua tido sama2 di ruang tamu..

Gelang pink 1~14.11.2020



2.11.2020 / ISNIN (3)

Keputusan Seterusnya..

Seperti yang sudah dijangka, Saya dan seorang anak lelaki sah POSITIF juga.
Sama macam suami, 

Terima kasih kerana menjemput kami.

Arif dan mak

Di rumah, pandai-pandailah.. tengah hari tadi, cik shikin dah hantar makanan, malam dah habis..

Afiq masak kari ayam untuk makan malam



3.11.2020 / SELASA (4)

Rutin Baharu dalam Normal Baharu

Bermula episod pemulihan diri. Di sini, kami yang baharu... X-Ray, ambil darah dan check suhu, BP harian. 

Sarapan pagi

Makan tengah hari



Lebih kurang pukul 3.30 petang, beberapa pesakit dipanggil untuk dipindahkan ke wad lain, termasuk saya. Alhamdulillah, keadaan makin baik. Pindah wad untuk pemulihan diri seterusnya.

Wad Base (D.O). Tempatnya macam dewan orang ramai. Dilengkapkan dengan katil dan peralatan lain. Dalam bilik bersama saya ada 10 orang. Bilik berhawa dingin. Alhamdulillah, selesa sangat. Cuma tandasnya jauh sikit. 
Katil saya

Makan malam di wad Base


4.11.2020 / RABU (5)

Rutin Baharu dalam Normal Baharu + Kelas PDPR

Suasana sejuk pagi ni, sebab hujan + bilik pasang aircond.
Selepas call, video call semua yang penting2. kita teruskan aktiviti lain.
Hari Rabu, kena ada kelas la.. RBT untuk tingkatan 1 dan 2.

Kelas PDPR Minggu 42 dan 43 ni terpaksa guna voice message dalam Whatsapp je. Cikgu tak larat nak menaip panjang2.
Arif dalam wad yang lain. (Gambar ihsan dari kawan suami yang kebetulan sama dengan wad Arif)

Di rumah, anak-anak menjaga diri masing2. Dah pandai oder makanan dari kawan2 katanya. Maklumlah, kat kawasan kami takde Grab Food, Panda ke.. semua takde..

Kawan belikan katanya


5.11.2020 / KHAMIS (6)

Lawatan doktor

Seawal 7.30 pagi, doktor dengan mesra menyapa setiap pesakit. Bertanya khabar, dan mencatat apa saja aduan dari pesakit. 

Saya puna ambil peluang bertanya, "bila saya boleh keluar, doktor?"

Katanya, " Jika tiada simptom, kena tunggu sekurang-kurangnnya hingga hari ke-10, di sini, sehingga virus hilang".

Lega rasanya.. Tunggulah sehingga Rabu 10.11.2020 ye..

6.11.2020 / JUMAAT (7)

Masih lagi aktiviti seperti biasa.

Setiap hari petugas membersihkan katil pesakit yang bertukar ganti.

 

7.11.2020 / SABTU (8)

Aktiviti seperti biasa. Semoga pulih dan cepat balik rumah macam orang lain.

8.11.2020 / AHAD (9)

Gembira rasanya bila doktor kata tak perlu tunggu sehingga Selasa. 
Isnin dah boleh balik rumah. Syukur.. Alhamdulillah.

9.11.2020 / ISNIN (10)

Balik ke rumah.. Alhamdulillah

Gambar kenangan di Pusat Kawalan Kusta Negara (bangunan untuk menempatkan pesakit COVID yang stabil)




Lokasi yang selalunya saya duduk melihat keadaan di luar. Depan pintu masuk yang dikunci.

Sesekali tengok google maps untuk mengetahui lokasi anak. Maklumlah terpisah.

Salah satu hikmah di sini, berjumpa ramai teman baru. bertukar ganti setiap hari.


SUASANA YANG TENANG DAN DAMAI DI SINI...




*********

Alhamdulillah, kita pulang ke rumah ya.


*********

Rupanya, bila ibu2 yang POSITIF di sini, memang sangat HEBAT. Sentiasa memikirkan anak, suami yang sihat walaupun sebenarnya diri sendiri tidak sihat.

Semoga Allah mengurniakan pahala berlipat ganda buat kalian.

Buat frontliner, terima kasih kerana sudi mendekati kami. Usahamu tidak sia2. Semuanya pasti dibalas oleh Allah dengan sebaik2 balasan. 


****************


Dari Jauh, Doakan Kami.

Hospital Sg Buluh.


October 27, 2020

M41 - REKA BENTUK AKUAPONIK (Laporan / Dokumentasi) - Kaedah PdPR Berasaskan Projek

TINGKATAN 2

M41 - 28.10.2020 / RABU


STANDARD PEMBELAJARAN :

KANDUNGAN ASAS


2.5.6  Membina model reka bentuk sistem akuaponik

KANDUNGAN TAMBAHAN

2.5.7  Menilai model reka bentuk sistem akuaponik                                                                     

2.5.8  Mencadangkan penambah baikan reka bentuk sistem akuaponik yg lebih efisien.  





PANDUAN PEMBELAJARAN

1. Murid dikehendaki menonton video pembelajaran:

2. Murid menyediakan model yang mudah dan menyiapkan laporan.

3. Hantar selepas sekolah dibuka dan maklumkan kepada guru jika telah siap melalui whatsapp.

4. Markah akan di rekodkan.


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH:

TP

TAFSIRAN

1

Menyatakan maksud reka bentuk sistem akuaponik

2

Menerangkan kelebihan sistem akuaponik

3

Melakar dan membina model reka bentuk sistem akuaponik

4

Menganalisis model reka bentuk sistem akuaponik selepas pengujian dibuat

5

Memberi justifikasi model reka bentuk akuaponik berdasarkan elemen dan prinsip reka bentuk

6

Menghasilkan laporan lengkap model reka bentuk sistem akuaponik.

M41 - FERTIGASI (Kaedah PdPR Berasaskan Projek)

TINGKATAN 1

M41 - 28.10.2020 / RABU


STANDARD PEMBELAJARAN:

KANDUNGAN ASAS

5.1.6   Membina mock-up atau model struktur reka bentuk  baharu sistem fertigasi

 

KANDUNGAN PELENGKAP

Memperinci ujian bagi mengukur tahap keberkesanan model struktur reka bentuk fertigasi

Menjana keputusan ujian tahap keberkesanan.








PANDUAN PEMBELAJARAN:

1. Murid dikehendaki menonton video bertajuk Fertigasi - mock-up atau model separa berfungsi.

2. Murid membina mock-p atau model menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.

3. Merakamkan video dan hantar kepada guru untuk dinilai.

4. Markah akan direkodkan.


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH:

TP

TAFSIRAN

1

i. Mentakrifkan maksud sistem fertigasi.

ii. Menyatakan satu komponen utama sistem fertigasi.

2

i. Mengenal pasti dua komponen* utama fertigasi.

3

i. Merangka lakaran model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi dengan mengaplikasikan elemen*.

4

i. Menganalisis tiga elemen dalam reka bentuk sistem fertigasi mengikut prosedur*.

ii. Mempersembahkan data dalam bentuk jadual.

5

i. Membuat rumusan lakaran secara menyeluruh dari segi elemen, komponen dan bahan dengan daya usaha*.

6

i. Menghasilkan mock up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi.

ii. Memperinci ujian bagi mengukur tahap keberkesanan model struktur reka bentuk fertigasi.

iii. Menjana keputusan ujian tahap keberkesanan

 

Komponen - Dari segi kegunaan sistem fertigasi

Elemen- Garisan, bentuk, tekstur, saiz, warna atau arah.

Prosedur

     (i) Menyediakan borang soal selidik, atau

    (ii) Kenal pasti responden.

   (iii) Mengedar dan mengutip borang soal selidik / mencatat maklumat.

Daya usaha - Lakaran berlabel jenis elemen, komponen dan bahan yang digunakan


Berikut ialah contoh video yang telah dihantar oleh Ain Maisarah (1A)


TERIMA KASIH

October 23, 2020

M40 - KUIZ REKA BENTUK AKUAPONIK

MINGGU 40 - 21.10.2020 / RABU - PKPB

TINGKATAN 2

REKA BENTUK AKUAPONIK


STANDARD PEMBELAJARAN:

2.5.1    Menyatakan maksud dan menerangkan reka bentuk akuaponik.

2.5.2   Menjelaskan kelebihan reka bentuk akuaponik.

2.5.3   Mengenal pasti komponen akuaponik.


PANDUAN PEMBELAJARAN

1. Murid dikehendakimembaca buku teks bertajuk AKUAPONIK.🤓

2. Jawab kuiz mudah dari link yang diberikan.

Boleh cuba berulang kali untuk mendapat markah terbaik 🤩

3. Tugasan jangka panjang - menyemai biji benih tanaman.


Klik pada link untuk KUIZ REKA BENTUK AKUAPONIK:

https://forms.gle/cszyAk3HaV2uQnEq6


Klik pada link untuk RESPON MURID :

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1y2X2nQLGFo8EGvmCGUdFZChv1H7m9_7RfxF85aWUVZo/edit?usp=sharing


SELAMAT MENJAWAB..

🚗🚗🚗



M40 - KUIZ REKA BENTUK FERTIGASI

MINGGU 40 - 21.10.2020 / RABU - PKPB

TINGKATAN 1

REKA BENTUK FERTIGASI


STANDARD PEMBELAJARAN:

5.1.6   Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi.

PANDUAN PEMBELAJARAN:

1. Tugasan jangkan panjang - Murid dikehendaki menyiapkan mock-up dan menghubungi guru melalui whatsapp / google classroom (sambungan M39).

2. Murid membaca buku teks dan menjawab kuiz mudah dari link yang diberikan.


Klik pada link untuk KUIZ FERTIGASI :

https://forms.gle/uxi1AeBuyy6RAcGfA

Untuk respon murid, boleh view di link :

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1WTQ_VJwK5cr2o-6A7NZVmQajrWvgx7sxtL88vv5icNk/edit?usp=sharing

Selamat Menjawab!

🚗🚗🚗

FERTIGASI : MOCK-UP ATAU MODEL SEPARA BERFUNGSI

 

October 19, 2020

LAPORAN / CATATAN HARIAN KERANA PKPB DI SELANGOR MULAI 14.10.2020

 Assalamualaikum

Catatan Harian 

NORLIZA BINTI JAIS 

(PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI SMK JUGRA)

LINK : 

CATATAN HARIAN CIKGU NORLIZA JAIS



TERIMA KASIH

October 12, 2020

TINGKATAN 2 : AKUAPONIK

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT SEJAHTERA











TERIMA KASIH



October 11, 2020

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...