Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Bersyukur kepada Allah swt diberi peluang menulis di blog ini........... Berpesan-pesanlah... bertakwalah kepada Allah swt, jadilah anak soleh / solehah. Semoga segala usaha dan perjuanganmu diberkati oleh-Nya.
TITIPAN CIKGU NORLIZA
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
MODUL PEMBELAJARAN INI DIGUNAKAN SEPENUHNYA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (KLIK LINK)
Buat kali pertama post berkenaan aktiviti sejak memegang jawatan GPK Hal Ehwal Murid di SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat.
SMK Telok Panglima Garang mempunyai 3240 murid dikemaskini pada 31 Julai 2025. Mempunyai 88 kelas dari peralihan hingga tingkatan 6 atas.
Saya mula memegang jawatan ini pada 1.3.2024 dan telah 1 tahun 5 bulan di sini. Kesibukan tugas menyebabkan saya hampir melupakan hobi yang saya minati sejak tahun 2008 iaitu membangunkan blog pendidikan.
Mungkin selepas ini, pembaca blog mungkin tidak lagi menjumpai bahan terbaru berkaitan RBT, tapi yang sedia ada masih ada untuk rujukan jika ada yang berminat.
Video pendek ini, sebahagian tanggungjawab GPK HEM. Lucu tapi benar.
Berikut ialah senarai Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi mata pelajaran RBT SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 yang telah dilengkapkan dengan catatan perlaksanaan DSKP. RPT ini ditulis dalam MS EXCELL dan boleh edit mengikut kesesuaian
Jika ada yang berminat untuk mendapatkan RPT ini, silalah penuhi maklumat dibawah. Email kepada : norliza.jais2@gmail.com 1. NAMA : 2. ALAMAT EMAIL YANG AKTIF DAN BETUL : 3. NYATAKAN PILIHAN RPT :
MOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT MANFAAT - TERIMA KASIH
Setelah sekian lama tidak menulis di ruangan blog GALERI CIKGU NORLIZA, hari ini saya gagahkan diri untuk mencoret segala kenangan yang masih ada dalam ingatan sepanjang tahun 2023.
Saya mencari-cari mana post saya sepanjang tahun 2023, rupanya hanya SATU sahaja dan saya telah tukar kepada status "draft" memandangkan post tersebut bukan post ilmiah dan hanya sekadar mencari sedikit bantuan dari rakan-rakan yang mengenali dan simpati.
Terasa berat meninggalkan tahun 2023 yang sarat dengan pengalaman dan kenangan pahit manis, semuanya masih tersimpan kemas dalam ingatan. Tahun 2023, pakej lengkap menjalani portfolio PK KOKURIKULUM, yang pada mulanya saya fikir "mudah je" rupanya bukanlah tugas biasa-biasa. Mungkin ini lah masanya mendidik diri dalam pengurusan kesabaran yang tahap tertinggi (Hanya Allah swt yang maha mengetahui), dan Alhamdulillah saya telah melaluinya dengan agak BAIK.
Terima kasih Allah, yang memudahkan segala urusan dan SEBENARNYA memang Allah yang memudahkan.
Semoga tahun-tahun mendatang lebih baik dari sebelumnya dan semua dengan izin-Nya.
Terima kasih pengunjung-pengunjung BLOG GALERI CIKGU NORLIZA yang masih setia, semoga bahan yang dicari bermanfaat dan memberi kebaikan kepada saya dan penggunanya.
Alhamdulillah, berkongsi kegembiraan dalam BLOG GALERI CIKGU NORLIZA atas pencapaian menerima ANUGERAH KHAS : KANDUNGAN DIGITAL semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Langat Bagi tahun 2022. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang atas penerimaan hadiah istimewa ini.
PENULIS BLOG - NORLIZA JAIS
PENERIMA ANUGERAH KHAS KANDUNGAN DIGITAL (SEKOLAH MENENGAH)
SELAMAT HARI GURU, BUAT SEMUA RAKAN YANG BERGELAR "GURU"
TEMA HARI GURU 2022 :
GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA
Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.
Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.
Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf “S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf “E” pula bermaksud etika dan empati, huruf “J” bermaksud jati diri, huruf “A” bermaksud adab sopan, huruf “H” bermaksud harmoni, huruf “T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf “E bermaksud eksplorasi, huruf “R” bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud artikulasi.
Terima kasih diucapkan kepada pihak JPN Sabah yang menitipkan sijil dan hadiah sempena PELANCARAN APLIKASI MODUL IRRBT (INTEGRATED RESOURCE) MATA PELAJARAN REKA BENTUK & TEKNOLOGI (RBT) SEKOLAH MENENGAH NEGERI SABAH TAHUN 2022
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) pada tahun 2022/2023 dibina berdasarkan KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (Dokumen Penjajaran Kurikulum) REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
EDISI 2.
Antara bahan Catch Up Plan (CUP) yang disediakan ialah :
1. MODUL CUP - PEMULIHAN / PENGAYAAN UNTUK TINGKATAN 1 & RPT Tambahan Penggal 3.
2. MODUL CUP - PEMULIHAN / PENGAYAAN UNTUK TINGKATAN 2 & RPT Tambahan Penggal 3.
# RPT disertakan bersama modul supaya guru sebagai panduan penggunaan modul CUP
JIKA BERMINAT, BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI norliza.jais@gmail.com
SCREENSHOT RPT TAMBAHAN PENGGAL 3 - 2021/2022
CONTOH MODUL SELEPAS DICETAK
PANDUAN PENGGUNAAN RPT dan Kaedah Modular (MODUL CATCH UP) SEMASA PDPC
1. RPT Tambahan Penggal 3 dibina dan agihan Standard Kandungan (SK) dibuat mengikut minggu persekolahan yang ada. Oleh kerana tingkatan menengah rendah masih dalam mod penggiliran, dua minggu berturutan mempunyai kandungan SK yang sama (untuk murid kumpulan A dan B).
2. Setiap set mengikut SK hendaklah diselesaikan mengikut ketetapan dalam RPT Tambahan ( 4 masa dalam seminggu).
3. Modul pemulihan (bentuk soalan mudah) diberikan kepada murid yang mencapai TP 3 ke bawah manakala Modul Pengukuhan/penggayaan (bentuk soalan KBAT) diberikan kepada murid TP 4 dan ke atas.
4. Dalam masa yang sama, murid masih berpeluang memperbaiki TP dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek.
VIDEO PENERANGAN CATCH UP PLAN
Contoh :
Jika murid dalam kumpulan PEMULIHAN, murid akan selesaikan tugasan pemulihan pada M43 dan pada minggu 44, murid bolehlah mencuba membuat tugasan pengayaan di rumah. Jawapan bagi tugasan yang dibuat boleh disemak melalui QR code yang ditunjukkan,