Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Bersyukur kepada Allah swt diberi peluang menulis di blog ini........... Berpesan-pesanlah... bertakwalah kepada Allah swt, jadilah anak soleh / solehah. Semoga segala usaha dan perjuanganmu diberkati oleh-Nya.
TITIPAN CIKGU NORLIZA
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
MODUL PEMBELAJARAN INI DIGUNAKAN SEPENUHNYA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (KLIK LINK)
November 06, 2009
November 05, 2009
Soalan Percubaan KHB-PK (1)
Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia.
Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP,
boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)
*******
Percubaan KH PK
October 29, 2009
October 21, 2009
Budaya Kerja Berpasukan.
MENGAMALKAN BUDAYA KERJA BERPASUKAN YANG KOMITED DAN
BERMOTIVASI
oleh
Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi
Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Budaya Kerja
Budaya kerja ialah cara kerja yang berdasarkan suatu sistem nilai yang dipegang oleh setiap pegawai dan kakitangan dalam organisasi. Cara kerja itu diamalkan seperti itu kerana sudah menjadi kebiasaan atau tradisi organisasi tersebut.
Nilai ialah sesuatu yang dipegang oleh organisasi itu. Ia diterima oleh seluruh masyarakat dalam organisasi itu. Jika apa yang dipegang itu adalah baik, maka nilai itu adalah baik atau positif. Jika tidak, ia adalah dianggap tidak baik atau negatif dan akan ditolak.
Jumlah kesemua nilai yang diamalkan/dihayati dalam kerja kita itu dikatakan sebagai budaya kerja. Jikalau nilai yang diamalkan adalah baik, maka sudah tentulah budaya kerja itu akan menghasilkan kerja yang sangat baik.
Contoh nilai yang baik
Contoh nilai yang tidak baik
:P
BERMOTIVASI
oleh
Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi
Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Budaya Kerja
Budaya kerja ialah cara kerja yang berdasarkan suatu sistem nilai yang dipegang oleh setiap pegawai dan kakitangan dalam organisasi. Cara kerja itu diamalkan seperti itu kerana sudah menjadi kebiasaan atau tradisi organisasi tersebut.
Nilai ialah sesuatu yang dipegang oleh organisasi itu. Ia diterima oleh seluruh masyarakat dalam organisasi itu. Jika apa yang dipegang itu adalah baik, maka nilai itu adalah baik atau positif. Jika tidak, ia adalah dianggap tidak baik atau negatif dan akan ditolak.
Jumlah kesemua nilai yang diamalkan/dihayati dalam kerja kita itu dikatakan sebagai budaya kerja. Jikalau nilai yang diamalkan adalah baik, maka sudah tentulah budaya kerja itu akan menghasilkan kerja yang sangat baik.
Contoh nilai yang baik
- tidak suka buang masa
- tunggu arahan baru buat kerja
- selalu berbincang/syura
- suka menghasilkan kerja yang paling baik
- tidak kira masa
- suka menolong/membantu
- buat kerja sepenuh hati
- taat kepada ketua/arahan
- mencontohi yang baik
- menjadi contoh kepada orang lain
- selalu senyum
- memberi keutamaan kepada pelanggan
- bangga dengan hasil kerja
- bangga dengan organisasi
- mengamalkan prinsip adil, ihsan
- jujur, benar, ikhlas, amanah
- tidak menyakiti orang lain
- menutup `aib orang lain
- sabar, jarang marah
- lembut, rendah diri
- mencari kebaikan orang
- memuji pada tempatnya
Contoh nilai yang tidak baik
- suka buang masa, melepak
- tidak tunggu arahan untuk membuat kerja
- buat kerja sendiri/tidak meminta pandangan orang lain
- tidak peduli tentang kualiti hasil kerja
- tunggu masa hendak balik
- tidak suka menolong/membantu
- buat kerja sambil lewa
- suka bantah
- mencontohi yang tidak baik
- tidak boleh dicontohi
- selalu masam sahaja
- benci pelanggan
- tidak bangga dengan hasil kerja
- benci kepada organisasi
- tidak berlaku adil, ihsan
- hasad, bohong, dengki, tidak boleh dipercayai
- menyakiti orang lain
- membuka rahsia orang
- tidak sabar, suka marah-marah
- kasar, sombong, bongkak
- mencari salah orang
- suka mengampu
:P
August 16, 2009
Santai Minda Kemahiran Hidup.
Melintang
| |||||||
1
|
Mengumpul, merekod, menyimpan maklumat
berkaitan projek.
| ||||||
3
|
Lakaran idea atau lakaran ____.
| ||||||
4
|
Pelarut syelek.
| ||||||
5
|
Unjuran ____ mempunyai tiga pandangan.
| ||||||
6
|
Pelarut cat licau
| ||||||
7
|
Kertas ini digunakan untuk melicinkan
permukaan kayu.
| ||||||
9
|
Nama lain bagi pandangan atas.
| ||||||
10
|
Kemasan berkilat, lutsinar dan mamaparkan
warna asal kayu.
| ||||||
12
|
Proses awal dalam perkembangan idea
reka bentuk.
| ||||||
13
|
Lapisan terakhir dalam kemasan.
| ||||||
14
|
Kaedah kemasan menggunakan
pemampat udara.
| ||||||
Menegak
| |||||||
2
|
Lakaran pertama dalam reka bentuk projek
ialah ___ masalah.
| ||||||
5
| |||||||
8
|
Bahan kemasan ini menjadikan permukaan
projek berkilau, licin dan kalis air.
| ||||||
11
|
Digunakan untuk menghias projek.
| ||||||
Selamat Mencuba!
|
|
|
|
|
| |||
|
|
|
| |||||
|
|
| ||||||
July 26, 2009
Pemantauan PBS pada 23 Julai 2009.
Pada 23 Julai 2009, Khamis yang lalu, pemantauan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) oleh Pentaksir Negeri Selangor bagi matapelajaran KHB-PK dan KHB-KT telah dijalankan di sekolah saya.
Pemantauan ini telah dilaksanakan oleh :
Pemantauan ini telah dilaksanakan oleh :
- Encik Zulkifli bin Mohd Salleh (Pentaksir Negeri KHB-PK),
- Encik Jamil bin Ghafor Khan (Pentaksir Negeri KHB-KT) dan
- Encik Hafandi bin Basri (Ketua Pentaksir Kawasan daerah Kuala Langat
- Memastikan perlaksanaan program PBS berjalan lancar.
- Memastikan pentaksiran dilakukan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan.
- Untuk mendapatkan maklumat pelaksanaan program PBS dan menyampaikan laporan kepada urusetia di JPN.
Encik Zulkifli dan Encik Jamil sedang meneliti Fail Pengurusan yang disediakan.
Encik Zulkifli memberi penerangan ringkas tentang cara penyimpanan evidens yang betul kepada Encik Zori (Guru KHB-KT)
Pada pendapat saya, hasil dari pemantauan pihak pentaksir negeri, didapati :
- Pemantauan ini lebih kepada 'spot-check', kerana ia tidak dimaklumkan dan pemilihan sekolah secara rawak.
- Fail induk dan fail pengurusan bagi setiap matapelajaran (KHB-KT, KHB-ERT, KHB-PN dan KHB-PK) perlu disediakan dan lengkap.
- Pemantauan ini hanya untuk melihat pengurusan fail.
- Pihak Pentadbir Sekolah perlu mengetahui perjalanan PBS ini dengan tepat dan betul.
- Secara keseluruhannya, jika kita telah melengkapkan semua dokumen yang perlu dengan betul, kemungkinan tidak ada sebarang masalah. Kebaikannya, kita dapat maklumat yang lebih tepat tentang perjalanan program PBS ini.
Terima kasih kepada Pentaksir Negeri Selangor yang sudi berkunjung ke sekolah saya. Segala maklumat dan penambahbaikan akan dilaksanakan selepas ini. Terima kasih kepada guru KHB-KT (Encik Zori bin Harun) dan guru KHB-PK (Cik Nurhayati binti Hamzah) kerana telah menyediakan fail pengurusan yang agak lengkap. Terima Kasih juga kepada GKB Teknik dan Vokasional Puan Noriza binti Awang yang sudi menunggu bersama dalam pemantauan PBS ini dan belanja kami makan tengah hari.
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)

