TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

June 10, 2010

Majalah Oh Majalah..

Dah lama rasanya tak menulis di blog. Sibuk betul la 2 minggu sebelum cuti ni. Kena pulak jadi ajk majalah.. memang banyak betul kerjanya. Mungkin orang lain pun pernah jadi memegang jawatan ni. Tapi bagi saya yang baru pertama kali dan bersama-sama kawan-kawan juga yang pertama kali memang la agak payah.

     Dari hari pertama dapat tahu jadi ajk majalah ni, rasanya tugas mengajar dan panitia dah jadi no.2 dan 3. Banyak perkara kena fikirkan. Mungkin juga kerana prinsip saya yang tidak suka memandang remeh pada setiap tugas, maka bertambah berat juga kepala otak dibuatnya. saya menguruskan pemilihan ajk di kalangan pelajar dan mengagihkan tugas kepada mereka mengikut kata hati sendiri (maklumlah, tiada pengalaman)..
Dan segalanya pun bermula lah...

     Sepanjang masa pelajar berulang-alik bertanya apa nak buat. Cikgu-cikgu pun sibuk nak mengajar serta buat hal masing-masing. Namun begitu, saya tetap memikirkan tentang majalah sekolah ni. Mula lah buat surat untuk cari penaja pulak.. Zaman yang agak meleset agaknya, tiada penaja nak menaja! Yang ada bagi respon, tak dapat nak bagi sponsor kerana tiada peruntukan.. ok, takpe la..cuti nanti ajk cari lagi.

     Bahan karya pelajar sekolah dikutip, tak cukup bahan, tak dapat sambutan. Murid-murid dah tak minat lagi nak menulis. Kenapa ya? Kemudian, ajk ambil gambar kelas, persatuan, kelab dan lain-lain. Berkejar ke sana ke mari cari guru dan murid. Penat betul ajk pelajar ni. Berkorban masa dan tenaga untuk majalah. Itu belum lagi kena marah! Sabo je la. 

   Masa semakin suntuk! Kumpul maklumat. Alamak! banyaknya bahan takde lagi walaupun sepatutnya semua nya patut ada.. Jadi, berkampung la kitaorang kat makmal komputer. Kelas kena masuk juga. Mujurla musim peperiksaan. Tak perlu buat persediaan sebelum kelas. Cuma kena duduk dalam kelas je. Tapi, hati tak senang. Ada seorang ajk guru yang baik hati menggantikan kelas yang sepatutnya saya masuk. Jadi boleh la buat kerja. Masa makan pun kena cepat. Rasanya nak berbual lama sikit kat kantin pun tak sempat. Rugi masa sebab banyak kerja.

   Apa yang banyak kerja tu? Sebenarnya, kami ajk majalah edit semua gambar yang diambil oleh ajk pelajar. Mungkin masa tu, kelam kabut, jadi tak perasan ada yang tak kena dengan semua gambar yang diambil. Oleh itu, semua gambar diedit dengan photoshop. Sori ye.. kalau nanti ada gambar yang... ehm...ehm...

     Akhirnya, sampailah masa yang ditunggu-tunggu. Syarikat pencetak datang untuk ambil bahan. Tapi, ada sedikit masalah. Bahan masih tak cukup dan dia tak mahu guna gambar yang telah diedit tu.. Nak buat macam mana ye.. Geram betul. Tapi saya ber je bahan yang ada.

     Hari Isnin pertama cuti sekolah, beberapa ajk datang lagi ke sekolah lagi untuk kumpulkan maklumat yang belum beri. Hari Selasa, edit pulak kalau ada ejaan yang salah. Di rumah, mengadap lagi Deraf Majalah ni siang dan malam takut ada lagi yang kurang. Kemudian hari Khamis, serah semua bahan yang tinggal kepada  Syarikat pencetak. Jadi, sekarang ni tunggu je la hasilnya. Alhamdulillah..

     Maka, barulah bermulanya CUTI SEKOLAH SAYA!


   

May 20, 2010

Satu Penghargaan...

Pada 20 Mei 2010, Khamis dan bertempat di Dewan Sri Jugra, merupakan detik yang teristimewa buat saya. Di sini saya merasakan bertuahnya saya menggalas tugas sebagai seorang guru. Penghargaan yang saya terima ini saya tujukan khas buat anak-anak murid saya yang sangat disayangi. Semoga anak-anak murid saya  mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2010, Insyaallah..


Anugerah Guru Inovasi Sekolah Menengah kerana memperkenalkan Santai Minda (Set teka silang kata berdasarkan sukatan mata pelajaran KHB-ERT dari Tingkatan 1 hingga 3) untuk program ulangkaji kepada murid-murid Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR.


Bergambar kenangan bersama Tuan Haji Abdul Wahid bin Takat (Pengetua SMK Telok Datok) dan Puan Hajah Tokiah Binti Remot (Mantan Pengetua SMK Telok Datok).


Bersama rakan-rakan seperjuangan yang menerima anugerah semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Langat.


Sijil Penghargaan....


Cenderamata....


Buku Cenderamata...


Coretan dari Buku Cenderamata...

Alhamdulillah...:)

May 19, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (17 Mei 2010)

Barisan Guru-guru SMKTD...bagi tahun 2010.

Guru-guru Bidang Teknik & Vokasional

Duduk dari Kiri : Puan Jaaronah, En Zori, En Zahari, Puan Hjh Mariam, Tn Hj Abdul Wahid, Puan Noriza, Puan Norliza Jais, Cik Adzlina, Puan Nazahiyah.
Berdiri dari Kiri : Puan Azilawati, Puan Fatimah, Puan Armi Fahrin, Puan Nik Hanani, Puan Azuriah, Puan Halenna, Cik Nurhayati, Puan Azuwin, Cik Siti Fatimah, Cik Faizah, Puan Zaliha, Puan Samilah, Cik Hidayah, Puan Mashitah.

SEMOGA MAJU JAYA !

May 03, 2010

Tingkatan 3 : Jahitan Kuilting (Aktiviti Murid 3C Tahun 2010

Bertempat di Bengkel Elektronik (bengkel sementara untuk Jahitan), murid-murid 3C memulakan pelajaran jahitan dengan menyiapkan modul pembelajaran, secara teori. Seminggu kemudian, murid-murid dikehendaki menjahit jahitan sampel kuilting supaya mereka tahu rupa bentuk jahitan tersebut. Jahitan Kuilting ialah corak timbul yang dihasilkan daripada 3 lapisan fabrik.

Murid-murid kelas ini semuanya telah siap menjahit sampel jahitan hiasan -kuilting. Pada mulanya memang agak sukar mengajar murid kelas "bijak" ini untuk menjahit. Syaratnya mudah saja.. hasil kerja akan dinilai dan markah akan ditambah dalam ujian topikal Jahitan pada minggu hadapan. Jadi, dengan bersungguh-sungguh mereka menjahit menggunakan mesin dan jahitan tangan untuk tampal hias. Dalam masa 1 jam, jahitan kuilting  sudah pun siap.

Sebenarnya mereka ni boleh menjahit, cantik atau tak cantik,, itu penilaian akhir. Jika dibuat secara berterusan, dan dipandu dengan kaedah yang betul, mungkin minat dan kebolehan ini akan menjadi satu kerjaya buat mereka suatu hari nanti.

April 27, 2010

PBS Tak siap lagi....

kemanisannya Pictures, Images and Photos

Tahun 2010 merupakan tahun yang begitu mencabar buat saya.. Pada kebiasaannya pada hujung bulan Mac saya telah berjaya menyiapkan pendokumentasian murid-murid tingkatan 3, tapi pada tahun ini apa telah terjadi? Hampir penghujung bulan April pun masih belum siap lagi. Mungkin ada beberapa sebab perlu diambil perhatian "beberapa pihak" untuk menangani masalah guru seperti saya.
          Pengurusan Panitia Kemahiran Hidup di kebanyakan sekolah mengkin lebih kurang sama. Ini termasuklah pengurusan bengkel-bengkel kemahiran hidup, pengurusan fail panitia, pengurusan fail PBS (Fail Individu murid-murid, Fail Penskoran, Fail Induk Pengurusan PBS), Pengurusan Pembelian bahan dan alatan keperluan Panitia KHB (termasuk merekod dalam buku stok, mengisi Borang Pesanan dsb). Dan yang paling penting, "tanpa bantuan dari mana-mana pembantu". Di samping itu juga, ditambah lagi "tugasan tambahan" dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah... Ini mungkin perkara biasa yang perlu dilakukan oleh guru-guru.
         Mudah-mudahan saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan sempurna..
Apa yang penting?....
1. Siapkan PBS dulu
2. Lepas tu , Majalah sekolah.
3. Lepas tu, Laman Informasi
4. Lepas tu, barulah fail-fail....
5. .....

:(

April 13, 2010

Latihan Interaktif

Saya baru saja menyiapkan beberapa set teka silang kata yang dinamakan Santai Minda berbentuk Latihan Interaktif. Latihan ini boleh digunakan oleh semua murid yang mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di Malaysia. Ia adalah percuma!

Jika berminat hendak mencuba latihan ini, sila klik Latihan Interaktif. Terdapat beberapa set yang saya sediakan dan akan ditambah lagi dari semasa ke semasa.

Ikuti arahan sebagai panduan untuk menggunakan Santai Minda ini. Alamilah suasana pembelajaran yang berbeza dan menguji pengetahuan anda!!

Selamat Mencuba... Sila beri komen yang membina agar penambahbaikan dapat dilakukan..

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...