TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

June 18, 2011

SENI KRAF DARI FABRIK FELT

Hari ini 18 Jun 2011, menghadiri kursus anjuran Kolej Komuniti di Pantai Morib sempena Karnival Morib..
Seni kraftangan dari fabrik felt ini sangat mudah dan comel..












June 10, 2011

LASAGNA AYAM

 selepas dimasak...

sebelum dibakar..
BAHAN-BAHAN

SOS CENDAWAN:
1 tin sup cendawan kimball (dimasak dulu)

SOS DAGING/AYAM :
1 botol sos spageti kimball
400 g daging / ayam kisar (1paket)
1 biji  bawang besar - potong dadu
4 biji bawang putih - potong dadu
1 sudu oregano
sedikit minyak untuk menumis
(CARA MASAK SOS SPAGETI : tumis bawang besar dan bawang putih.. masukkan semua bahan lain. masak sehingga ayam masak..matikan api.)

sekotak lasagna

1/2 paket keju  - cheddar / mozarella.. (cheddar aje pun sedap)

CARA MEMBUATNYA:
1. Sediakan bekas untuk memasak lasagna (bekas kaserol) yang boleh masuk dalam oven.
2. lapiskan sos daging...
3. letakkan kepingan lasagna diatasnya..
4. lapiskan sos cendawan dan keju...
5. ulangi langkah 2, 3 dan 4 hingga habis,,
pastikan lapisan paling atas ialah sos daging dan keju....
6. bakar selama 30 minit dalam suhu 190 darjah celcius..

* lasagna segera tidak perlu dimasak seperti pasta lain..

SELAMAT MENCUBA!

My New House..

Belum siap lagi..
Pindah ke sini 15 mei 2011..

May 09, 2011

Yang Mana Lebih Baik?

Musim peperiksaan kian terasa.. Buat anak-anak didik tentu sedang sibuk mengulangkaji pelajaran tak kiralah apa jua caranya. Motivasi telah diberi, nasihat pun dah banyak kali. Sekarang ni sedang cuba sedaya upaya menggunakan segala teknik yang ada untuk mendapat kejayaan. Pada pandangan cikgu.. apa yang kamu buat, pasti akan dapat. Jika baik dan betul, maka bahagialah.. Jika masih dibuai mimpi.. alamat mimpi jugalah dapatnya..

Buat rakan guru, tentunya pada ketika ini sedang sibuk menguruskan kerja kursus murid-murid. Mengejar murid-murid yang belum siapkan lagi tugasan yang wajib. Nak bagi kosong rasa kasihan dan tak sampai hati, maka terpaksalah memujuk anak murid agar menyiapkan kerja kursus..

Tak selesai dengan kerja kursus saja, silibus juga perlu dihadiskan segera.. Ulangkaji perlu dibuat sepanjang masa. Kelas tambahan pun tak lama lagi nak mula. Pada ketika ini, ada juga yang buat keputusan untuk menghabiskan isi pelajaran dengan teori saja. Sedangkan semua guru KHB maklum, tugasan mengajar KHB bukan teori sahaja, malah perlu juga latihan amalinya.. Ini hanyalah pendapat saya, selalunya saya menghabiskan satu pelajaran dengan teori dan amali secara berturutan.. Hasilnya, saya dapati, murid lebih memahami isi pelajaran berbanding teori sahaja.

Saya sering sampai ke sekolah pada pukul 7.20 (lewat kerana menghantar anak ke tadika) dan biasanya terus membuka bengkel. Suatu hari, saya datang lebih awal dari waktu tersebut. Kelas pertama bermula pukul 7.35 pagi. Murid-murid nampak saya membuka bengkel awal, mereka terus datang ke bengkel untuk memulakan amali jahitan walaupun loceng sekolah belum lagi dibunyikan. Sebenarnya, saya berasa amat bangga kerana saya tahu, murid-murid ini berminat dengan amali jahitan sedangkan mereka pun tahu, waktu pepbelajaran belum lagi bermula..

Secara kesimpulannya, pada pendapat saya, aktiviti amali perlulah dilaksanakan kerana ia bukan saja menyeronokkan, malah ingatan murid juga lebih baik dibandingkan jika disuruh membaca nota sahaja. Janganlah terlalu mengejarkan untuk menghabiskan silibus sahaja dan memaksa murid menjawab soalan sepanjang masa.. tentu itu sangat membosankan! Yang mana lebih baik.. guru dan murid sama-sama tentukan.

May 06, 2011

Masa Akan Menjadi Singkat..

Daripada Anas bin Malik r.a berkata : Rasululllah s.a.w bersabda ;

   " Tidak akan  menjadi Kiamat sehingga masa menjadi singkat , maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api."

H.R Tirmizi


Keterangan ;

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Itu yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah salah satu petanda hampirnya kiamat.

Buat anak-anak ku.. semoga sedikit ingatan ini dapat membimbingmu ke arah jalan yang Benar. Jalan yang mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.

Waktu yang panjang terasa singkat,
Amal ibadat belum dibuat,
Bulan berlalu hari dan saat,
Tanda dunia hampir kiamat.

Kenapa kita selalu lalai,
Waktu dibuang tidak dipakai,
Masalah umat berbagai-bagai,
Tanggungan kita belum selesai.

Doa Ibumu Sepanjang Hayat...Semoga kalian di Rahmati-Nya..

6 Mei 2011

April 17, 2011

Menuju Wawasan -UNIC

Lirik lagu.. sekadar memujuk hati..

Menuju Wawasan

Album : Menuju Wawasan
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

Umat islam harus cemerlang 
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat islam sentiasa boleh

Umat islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama' warisan ambiya'
Pegangan mereka harus diikuti
Ajaran sesat wajib hindari

Umat islam harus cemerlang hari ini
Umat islam sentiasa boleh

Akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

March 18, 2011

Apa Namanya Ye?

Kat Kampung Sekinchan, orang panggil benda ni "Udang Gertak". 
Tapi nama betulnya tak tau..
Boleh direbus atau digoreng.. sedap!
Buang kepala dan kaki je.

Hati-hati masa nak siang udang ni.. Tajam.
Lepas dah goreng pun kena hati-hati. Takut terluka jari-jemari.
Sebenarnya, saya tak tahu pun nama sebenar udang ni. 
Lagi satu.. tak pernah jumpa udang kat tempat lain. 
Cuma selalu jumpa kat Sekinchan je. Harganya dulu RM4.00 je sekilo..
Sekarang hampir RM8.00 sekilo..
Tapi, kalau dah suka...mesti beli punya..

Kursus Membina Bahan P-P (JCross)

 Pada 19.2.2011 (sabtu) telah diadakan kursus membina bahan P-P Mudah menggunakan perisian hot potatoes (J-Cross)


1.0              PENDAHULUAN

Pogram ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan Bidang Teknik dan Vokasional khususnya mata pelajaran KHB-ERT bagi membekalkan guru dengan kemahiran dalam bidang teknologi dan maklumat.. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

2.0              RASIONAL

(*)        Menyediakan peluang belajar seluas mungkin supaya guru mengamalkan budaya ilmu, berfikir dan belajar sepanjang hayat.

(*)        Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi untuk meningkatkan daya saing.


3.0              OBJEKTIF

(*)        Membina bahan pembelajaran dan pengajaran yang mudah dan berkesan untuk penggunaan di dalam kelas.

(*)        Meningkatkan penglibatan guru dalam bidang kemahiran dan ICT.

(*)        Memberi peluang guru berfikir secara kreatif dan inovatif  supaya dapat menghasilkan bahan pembelajaran yang lebih menarik perhatian murid.



4.0              PENGISIAN PROGRAM

(*)        Penghasilan bahan Pembelajaran dan Pengajaran menggunakan Perisian Hot Potatoes (JCross) iaitu teka silang kata mudah sesuai digunakan sebagai aktiviti pembelajaran.  .

(*)        Pengumpulan bahan yang dihasilkan mengikut tajuk.

 Pembantu Peribadi yang sangat berjasa.. Puan Mashitah binti Mohd Akib


Peserta khusyuk menyediakan bahan P-P mudah.. teka silang kata. laa.

 Sesekali membantu rakan-rakan yang dalam "kesulitan".

Majlis penutup.. Biasala... Penyampaian  sijil-sijil untuk saya dan rakan-rakan..
oleh PK Pentadbiran (Puan Hajah Mariam binti Haji Badar).
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...