Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Bersyukur kepada Allah swt diberi peluang menulis di blog ini........... Berpesan-pesanlah... bertakwalah kepada Allah swt, jadilah anak soleh / solehah. Semoga segala usaha dan perjuanganmu diberkati oleh-Nya.
TITIPAN CIKGU NORLIZA
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
MODUL PEMBELAJARAN INI DIGUNAKAN SEPENUHNYA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (KLIK LINK)
Alhamdulillah, perkembangan yang semakin positif dan kita hampir menuju kemenangan dalam menangani isu Covid-19. Semoga Allah swt sentiasa menyayangi dan menyelamatkan kita dari musibah ini.
Justeru, pembelajaran dan pengajaran masih perlu diteruskan dengan Normal Baharu. Walaupun keadaan atau suasana agak sukar dan tidak seperti sebelum ini, ia tetap perlu dilaksanakan. Semoga ganjaran yang Allah swt akan beri nanti lebih besar dan banyak kerana ditambah sifat sabar dan tabah dalam menghadapi ujian-Nya. Aamiin.
TAJUK:
2.0 APLIKASI TEKNOLOGI (2.3 Reka Bentuk Elektrik)
STANDARD PEMBELAJARAN:
2.3.6 Membina gajet elektrik berfungsi.
2.3.7 Membuat pengujian dan penilaian kefungsian gajet.
2.3.8 Mencadang penambahbaikan ke atas reka bentuk gajet yang telah dibina