TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Bersyukur kepada Ilahi kerana diberi peluang menulis di blog ini. Ia dibina khas untuk anak-anak murid saya. Semoga ilmu ini termasuk dalam perkara yang bermanfaat.
Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

August 03, 2015

Ulangkaji Menjelang Percubaan PT3

Di akhir post ini ada set soalan latih tubi

Setelah selesai sukatan pelajaran tingkatan 3 dan perlaksanaan PBS, maka bermulalah latih tubi (program peningkatan prestasi) kepada semua calon PT3 khb tahun ini.

 

Kedatangan yang kurang memuaskan dan aktiviti mengulangkaji yang membosankan mungkin penyebab ETR sukar untuk dicapai. Usaha yang bagaimana harus saya lakukan untuk menghadapi murid-murid ini?. 

Menegur setiap kesalahan bukanlah cara yang terbaik.. malah, mungkin mendatangkan ketidakselesaan.

Anak-anak kini terlalu selesa agaknya. Mulut ini tak berhenti beristighfar melihat anak didik terbaring mengalas kertas soalan di kepala dan nampak begitu selesa.
Jika ditegur, esok pastinya tak hadir. 
Wahai tuhanku, hambamu ini mengharapkan kekuatan fizikal dan mental, kesabaran tahap tertinggi, kepandaian ilmu pengetahuan untuk menghadapi generasi ini. Kawan-kawan, ajarkan saya!!!


MOGA DAPAT DIMANFAATKAN

Latih tubi Set 1_ KHB-PK dan Skema Jawapan 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...