TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

August 10, 2025

PROGRAM GOTONG ROYONG PIBG - MADANI SEKOLAH KPM TAHUN 2025

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

TENTATIF PROGRAM

7.30 - 8.15 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi (Di Kantin)

8.15 - 8.30 pagi : Ucapan aluan Pengerusi Majlis

: Bacaan doa oleh Ustaz Zainurin bin Sukaimi

: Ucapan Pengetua (Pn Hjh Hanizam binti Kassim) / PIBG

: Taklimat ringkas oleh Penyelaras Program (Pn Hjh Noorhayati binti Husin)

: Agihan peralatan

8.30 - 12.00 tghari :

 Gotong Royong PIBG Madani

12.00 tghari : 

Bersurai
















Peranan GPK Hal Ehwal Murid

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Buat kali pertama post berkenaan aktiviti sejak memegang jawatan GPK Hal Ehwal Murid di SMK Telok Panglima Garang, Kuala Langat. 

SMK Telok Panglima Garang mempunyai 3240 murid dikemaskini pada 31 Julai 2025. Mempunyai 88 kelas dari peralihan hingga tingkatan 6 atas.

Saya mula memegang jawatan ini pada 1.3.2024 dan telah 1 tahun 5 bulan di sini. Kesibukan tugas menyebabkan saya hampir melupakan hobi yang saya minati sejak tahun 2008 iaitu membangunkan blog pendidikan.

Mungkin selepas ini, pembaca blog mungkin tidak lagi menjumpai bahan terbaru berkaitan RBT, tapi yang sedia ada masih ada untuk rujukan jika ada yang berminat.


Video pendek ini, sebahagian tanggungjawab GPK HEM. Lucu tapi benar.


Gambar diambil oleh murid 3Mulia 2025 :)




July 25, 2025

LAPORAN PRESTASI SAHSIAH SEHINGGA JULAI 2025

Semakan Prestasi Sahsiah 2025
Lencana Sekolah

Semakan Prestasi Sahsiah
Sehingga Julai 2025


January 28, 2024

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN - REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RPT RBT) BAGI TINGKATAN 1, 2 DAN 3 SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berikut ialah senarai Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi mata pelajaran RBT SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 yang telah dilengkapkan dengan catatan perlaksanaan DSKP. RPT ini ditulis dalam MS EXCELL  dan boleh edit mengikut kesesuaian


1. RPT RBT TING 1

2. RPT RBT TING 2

3. RPT RBT TING 3



Jika ada yang berminat untuk mendapatkan RPT ini, silalah penuhi maklumat dibawah. Email kepada : norliza.jais2@gmail.com
1. NAMA :
2. ALAMAT EMAIL YANG AKTIF DAN BETUL :
3. NYATAKAN PILIHAN RPT :


MOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT MANFAAT - TERIMA KASIH

TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 DAN HARI KELEPASAN AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Untuk rujukan :

TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025


HARI KELEPASAN AM

January 14, 2024

SELAMAT TAHUN BARU 2024

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Setelah sekian lama tidak menulis di ruangan blog GALERI CIKGU NORLIZA, hari ini saya gagahkan diri untuk mencoret segala kenangan yang masih ada dalam ingatan sepanjang tahun 2023.

Saya mencari-cari mana post saya sepanjang tahun 2023, rupanya hanya SATU sahaja dan saya telah tukar kepada status "draft" memandangkan post tersebut bukan post ilmiah dan hanya sekadar mencari sedikit bantuan dari rakan-rakan yang mengenali dan simpati.


Terasa berat meninggalkan tahun 2023 yang sarat dengan pengalaman dan kenangan pahit  manis, semuanya masih tersimpan kemas dalam ingatan. Tahun 2023, pakej lengkap menjalani portfolio PK KOKURIKULUM, yang pada mulanya saya fikir "mudah je" rupanya bukanlah tugas biasa-biasa. Mungkin ini lah masanya mendidik diri dalam pengurusan kesabaran yang tahap tertinggi (Hanya Allah swt yang maha mengetahui), dan Alhamdulillah saya telah melaluinya dengan agak BAIK.

Terima kasih Allah, yang memudahkan segala urusan dan SEBENARNYA memang Allah yang memudahkan. 

Semoga tahun-tahun mendatang lebih baik dari sebelumnya dan semua dengan izin-Nya.


Terima kasih pengunjung-pengunjung BLOG GALERI CIKGU NORLIZA yang masih setia, semoga bahan yang dicari bermanfaat dan memberi kebaikan kepada saya dan penggunanya.




December 20, 2022

MODUL RBT TINGKATAN 3

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ingin memiliki 

SOFTCOPY DALAM MSWORD -
MODUL PEMBELAJARAN RBT TINGKATAN 3 DAN SKEMA JAWAPANNYA 

SOFTCOPY DALAM MSWORD -
TEMPLATE PENDOKUMENTASIAN 2.1 PENGHASILAN PRODUK DAN PANDUAN 

SILAKAN PREVIEW DARI FILE DI BAWAH.

MODUL PEMBELAJARAN RBT TINGKATAN 3

TEMPLATE DOKUMENTASI 2.1 PENGHASILAN PRODUK


BAHAN YANG DISEDIAKAN IALAH :

1. MODUL PEMBELAJARAN RBT TINGKATAN 3(MSWORD) 

2. SKEMA 1.1 - REKA BENTUK MEKATRONIK

3. SKEMA 2.1 - PENGHASILAN PRODUK

4. SKEMA 3.1 - REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

5. TEMPLATE DOKUMENTASI (MSWORD) 

6. PANDUAN DOKUMENTASI 2.1 - PENGHASILAN PRODUK (PDF)


Jika ada yang berminat untuk mendapatkan SEMUA BAHAN DI ATAS ini, silalah penuhi maklumat dibawah. Kos upah penyediaan bahan ini ialah RM40.00



Email saya untuk maklumat lanjut  : norliza.jais2@gmail.com    (MELALUI EMAIL SAHAJA)


Nota :

Bahan modul dalam bentuk msword dan skema dalam bentuk PDF.

Ia akan diemailkan selepas pembayaran.



MOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT MANFAAT - TERIMA KASIH

terima kasih

December 16, 2022

Pertukaran Portfolio 2022 (PK Petang -PK Kokurikulum)

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah, terima tanggungjawab yang Allah swt telah amanahkan.

Semoga dipermudah segala urusanku.

Serah tugas PK Petang kepada PK Petang baharu SMK Sungai Manggis

Menerima tugas PK Kokurikulum di SMK Sungai Manggis


Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...