November 30, 2010

Cuti Akhir Tahun 2010..

Setiap kali cuti sekolah tiba, pasti ada aje program nak jalan-jalan satu keluarga. Nampaknya yang kecil, norliyana pun dah pandai jalan sendiri.. seronok la sikit cuti kali ni. Minggu pertama cuti pergi kursus di Bagan Lalang, Sepang. Best juga..sebab 3 hari dua malam je. Lagi pun, hari kedua suami bawa anak-anak datang ke situ. Nak mandi kolam katanya..bermalam hari kedua dan balik bersama-sama hari yang ketiga. Kursus dan bercuti bersama keluarga...

Minggu kedua, suami bawa kami sekeluarga ke Cameron Highlands pula. Puaslah makan strawberry coklat.. beli lagi strawberry, sampai rumah buat lagi.. nampaknya..kene pegi lagi beli strawberry ni..

November 05, 2010

Bahan P&P : Latihan Interaktif





Bismillahirrahmanirrahim..

Info ini sekadar bertujuan perkongsian ilmu dengan rakan-rakan sekalian.
Bermula 1 November 2010, saya teringin pula untuk membina satu lagi bahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan perisian HOT POTATOES (download). Perisian ini mengandungi banyak teknik yang boleh kita gunakan untuk membina bahan P & P yang menarik.

Jika sebelum ini saya telah membina SANTAI MINDA (menggunakan hot potatoes jcross), kali ini saya berharap dapat menyiapkan Latihan Interaktif berbentuk PMR (menggunakan hot potatoes jquiz)untuk kegunaan dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan di rumah. Latihan seperti ini bukan sahaja untuk mata pelajaran KHB, malah sesuai juga untuk mata pelajaran yang lain.

Contoh latihan (latihan ini hanya sebagai demo dan boleh diguna untuk tempoh 1-2 minggu sahaja, jika didapati "Not Found, The requested URL ..was not found on this server"
bermakna tempohnya telahpun tamat)
Klik pada latihan :

Latihan 1 (Tajuk rekacipta ting 3)

Harapan saya, semoga bahan ini dapat disimpan dalam bentuk CD dan dapat diberikan kepada semua murid-murid pada tahun 2011. Akhir kata, terima kasih kepada suami dan anak-anak yang memberi kerjasama dan galakan semasa proses pembinaan bahan ini.

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...