TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

November 04, 2020

M42 : Reka Bentuk Makanan

 PDPC ONLINE SEPANJANG PKPB

✅MINGGU PEMBELAJARAN ( 4.11.2020/RABU)

✳️Minggu 42 

✅TINGKATAN: 2

✅TAJUK: REKA BENTUK MAKANAN

✅STANDARD PEMBELAJARAN :

2.6.1 MENTAKRIFKAN REKA BENTUK MAKANAN

2.6.2 MENJELASKAN KEPENTINGAN REKA BENTUK MAKANAN


✅PANDUAN PEMBELAJARAN

1️⃣ Murid2 perlu merujuk buku teks pd m/s 146 - 149

2️⃣ Murid2 perlu menonton video pembelajaran yang disediakan dan klik pd pautan 

https://youtu.be/VfKR3RJRpgA

3️⃣ Murid perlu menjawab soalan yang diberikn dan klik pd pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfbxLBFkxFI3AvH6TcWhax7LN2ZdmR8M6cLxht58T6Kj8VHJw/viewform?usp=sf_link


4️⃣ Murid juga dikehendaki melengkapkan modul pd m/s 62 - 63


🌺 Terima kasih krn dpt membuat latihan yang diberikn

✳️Teruskan usaha untuk belajar. Setiap kejayaan datangnya dari usaha.


✳️Sekiranya murid menghadapi sebarang masalah, boleh pm cikgu

Terima kasih

M42 : Reka Bentuk Fesyen

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd murid2 yang cikgu sayangi. Semoga kamu semua berada dlm keadaan sihat disamping mengamalkan *Norma BAru* dlm kehidupan.


PDPC ONLINE PADA MINGGU INI ADALAH *SAMBUNGAN* DARIPADA SUBTOPIK MINGGU LEPAS


✅MINGGU PEMBELAJARAN ( 04/11/2020 - 08/11/2020)

✳️Minggu 42

✅TINGKATAN: 1

✅TAJUK: REKA BENTUK   FESYEN 

✅STANDARD PEMBELAJARAN :

5.2.1 DEFINSI REKA BENTUK FESYEN

5.2.2 JENIS REKA BENTUK FESYEN

5.2.3 TEKNIK CANTUMAN DAN PENGGUNAAN ALATAN DALAM PROSES PENYEDIAAN REKA BENTUK FESYEN


✅PANDUAN PEMBELAJARAN

1️⃣ Murid2 perlu merujuk buku teks pd m/s 134- 141


2️⃣ Murid2 perlu menonton video pembelajaran yang disediakan dan klik pd pautan 

https://youtu.be/6iJn3Yru49s


3️⃣ Murid juga dikehendaki melengkapkan modul pd m/s 70 - 76


4️⃣Murid perlu menjawab latihan yang cikgu diberikan dalam pautan google form ini

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe9zTOTO4WPHm6JY0e0RtZPrdycW3HMf9H_wzIQm8y6Dzimqw/viewform?usp=sf_link 



🌺 Terima kasih krn membuat nota yang diberikn

✳️Teruskan usaha untuk belajar. Setiap kejayaan datangnya daripada usaha.


✳️Sekiranya murid menghadapi sebarang masalah, boleh pm cikgu


*#dudukdirumah*

*#stayathome*

November 03, 2020

SEMUA KU CORET DI SINI

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Diharap post kali ini, diterima dengan POSITIF oleh semua sebagaimana POSITIF nya saya menerima ujian ini. Macam biasa, saya catat di sini untuk berkongsi cita rasa.

Saya dan laptop memang berpisah tiada.. 😍😍


**************

31.10.2020 / SABTU (1)

Menjalani SWAB TEST  di Klinik Siti Kota Warisan. 

Setelah mengetahui rakan sekerja suami positif, (Suami wajib swab di tempat kerja) kami, 5 beranak terus membuat ujian SWAB di Klinik Swasta. (Klinik Siti di Kota Warisan) atas inisiatif sendiri.

Kos menjalani SWAB ini RM280.00 seorang X 5 orang = RM1400.00. Jumlah yang agak besar kan. boleh beli barang kesukaan saya, tapi takpelah. Kesihatan, nyawa, lebih utama. 

Setelah bersetuju, masa yang ditetapkan 10.00 pagi-11.00 pagi sahaja untuk menjalani ujian ini melalui drive thru (dari dalam kereta je)

Lepas SWAB TEST, terus balik rumah. Dengan rasa bertanggungjawab kami kuarantin diri. Makanlah apa je yang ada dirumah. Rutin di rumah macam biasa.

Dalam masa yang sama, keputusan SWAB suami di tempat kerja sah POSITIF. Atas dasar tanggungjawab, dari awal memang dia dah kuarantin diri dalam bilik. Sendiri.

Pengalaman yang tak mungkin dilupa


1.11.2020 / AHAD (2)

Dapat Keputusan

Pihak Klinik Siti menghantar keputusan SWAB TEST untuk 3 orang anak yang NEGATIF. Alhamdulillah. Berdebar juga bila lagi 2 keputusan belum diumum. Tunggu hari Isnin katanya...


Suami, masih dalam bilik kuarantin diri. Tak sihat, batuk dan hilang selera makan. 

Pihak hospital call suami selepas keputusan dari tempat kerja diperolehi. Bersiap sedia, kemas beg dengan segala keperluan di hospital nanti. Kitorang ... tengok dari jauh je.

Lepas Solat Asar, ambulan datang...

Gambar ni ada orang bagi. Masa tu tak terfikir ambil gambar. 

Kata suami, van ni ambil semua pesakit dan berkumpul di Klinik Telok Datok. Ada 35 orang katanya. Naik bas dan terus ke Hospital Sg Buluh. Kesian dia...
Takpe, pahala berganda sebab SABAR.. Keluarga kita kan sentiasa pilihan ALLAH.. 
💕💕💕👪


Malam...
Sanitasi seluruh rumah..

Dalam bilik dan balkoni

Seluruh ruang dalam rumah

kereta pun kena juga.


Lepas tu, semua tido sama2 di ruang tamu..

Gelang pink 1~14.11.2020



2.11.2020 / ISNIN (3)

Keputusan Seterusnya..

Seperti yang sudah dijangka, Saya dan seorang anak lelaki sah POSITIF juga.
Sama macam suami, 

Terima kasih kerana menjemput kami.

Arif dan mak

Di rumah, pandai-pandailah.. tengah hari tadi, cik shikin dah hantar makanan, malam dah habis..

Afiq masak kari ayam untuk makan malam



3.11.2020 / SELASA (4)

Rutin Baharu dalam Normal Baharu

Bermula episod pemulihan diri. Di sini, kami yang baharu... X-Ray, ambil darah dan check suhu, BP harian. 

Sarapan pagi

Makan tengah hari



Lebih kurang pukul 3.30 petang, beberapa pesakit dipanggil untuk dipindahkan ke wad lain, termasuk saya. Alhamdulillah, keadaan makin baik. Pindah wad untuk pemulihan diri seterusnya.

Wad Base (D.O). Tempatnya macam dewan orang ramai. Dilengkapkan dengan katil dan peralatan lain. Dalam bilik bersama saya ada 10 orang. Bilik berhawa dingin. Alhamdulillah, selesa sangat. Cuma tandasnya jauh sikit. 
Katil saya

Makan malam di wad Base


4.11.2020 / RABU (5)

Rutin Baharu dalam Normal Baharu + Kelas PDPR

Suasana sejuk pagi ni, sebab hujan + bilik pasang aircond.
Selepas call, video call semua yang penting2. kita teruskan aktiviti lain.
Hari Rabu, kena ada kelas la.. RBT untuk tingkatan 1 dan 2.

Kelas PDPR Minggu 42 dan 43 ni terpaksa guna voice message dalam Whatsapp je. Cikgu tak larat nak menaip panjang2.
Arif dalam wad yang lain. (Gambar ihsan dari kawan suami yang kebetulan sama dengan wad Arif)

Di rumah, anak-anak menjaga diri masing2. Dah pandai oder makanan dari kawan2 katanya. Maklumlah, kat kawasan kami takde Grab Food, Panda ke.. semua takde..

Kawan belikan katanya


5.11.2020 / KHAMIS (6)

Lawatan doktor

Seawal 7.30 pagi, doktor dengan mesra menyapa setiap pesakit. Bertanya khabar, dan mencatat apa saja aduan dari pesakit. 

Saya puna ambil peluang bertanya, "bila saya boleh keluar, doktor?"

Katanya, " Jika tiada simptom, kena tunggu sekurang-kurangnnya hingga hari ke-10, di sini, sehingga virus hilang".

Lega rasanya.. Tunggulah sehingga Rabu 10.11.2020 ye..

6.11.2020 / JUMAAT (7)

Masih lagi aktiviti seperti biasa.

Setiap hari petugas membersihkan katil pesakit yang bertukar ganti.

 

7.11.2020 / SABTU (8)

Aktiviti seperti biasa. Semoga pulih dan cepat balik rumah macam orang lain.

8.11.2020 / AHAD (9)

Gembira rasanya bila doktor kata tak perlu tunggu sehingga Selasa. 
Isnin dah boleh balik rumah. Syukur.. Alhamdulillah.

9.11.2020 / ISNIN (10)

Balik ke rumah.. Alhamdulillah

Gambar kenangan di Pusat Kawalan Kusta Negara (bangunan untuk menempatkan pesakit COVID yang stabil)




Lokasi yang selalunya saya duduk melihat keadaan di luar. Depan pintu masuk yang dikunci.

Sesekali tengok google maps untuk mengetahui lokasi anak. Maklumlah terpisah.

Salah satu hikmah di sini, berjumpa ramai teman baru. bertukar ganti setiap hari.


SUASANA YANG TENANG DAN DAMAI DI SINI...




*********

Alhamdulillah, kita pulang ke rumah ya.


*********

Rupanya, bila ibu2 yang POSITIF di sini, memang sangat HEBAT. Sentiasa memikirkan anak, suami yang sihat walaupun sebenarnya diri sendiri tidak sihat.

Semoga Allah mengurniakan pahala berlipat ganda buat kalian.

Buat frontliner, terima kasih kerana sudi mendekati kami. Usahamu tidak sia2. Semuanya pasti dibalas oleh Allah dengan sebaik2 balasan. 


****************


Dari Jauh, Doakan Kami.

Hospital Sg Buluh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...