Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kerana pada hari ini saya dapat menghadiri satu majlis sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor, bertempat di Dewan D, MAEPS UPM Serdang dan telah mendapat anugerah Guru Inovasi dalam ICT Negeri Selangor.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan ini, terutama keluarga tersayang, rakan-rakan setugas dan murid-murid yang dikasihi di SMK Telok Datok, PPD Kuala Langat dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Tidak lupa juga penghargaan kepada semua pengunjung blog yang sudi mengunjungi blog ini.
Justeru itu, dalam kesyukuran ingin saya berkongsi pengalaman detik-detik istimewa dalam majlis yang julung kalinya saya hadiri bersama rakan-rakan pengunjung blog ini. Semoga ia menjadi pendorong ke arah usaha-usaha yang lebih baik. Insya-Allah.
 |
| Coretan dari Buku Cenderamata |
 |
| Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran II sambil diperhatikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. |
 |
| Alhamdulillah... Syukur kerana telah mendapat pengiktirafan ini. |
 |
| Bersama Puan Latifah dari SMK Jalan Bukit Kajang. Penerima Anugerah Pemimpin dalam ICT |
|
 |
| Bersama Tn Hj Abdul Wahid bin Takat, mantan pengetua SMK Telok Datok. Kini bertugas di SMK Taman Sri Muda Shah Alam. |
 |
| Sentiasa bersama suamiku. Peneman setia walau di mana sahaja. |
 |
| Menunggu majlis bermula... |
 |
| Persembahan dari murid-murid |
 |
| Pentas yang indah... |