August 27, 2017

Ulangtahun Kelahiran Saya... 27 Ogos 2017

Alhamdulillah

Sempena ulangtahun kelahiran saya tahun ini, saya gantikan laptop lama yang telah 7 tahun berkhidmat dengan si merah ni.
Semoga panjang usianya.


Kemudian, saya beli juga projektor LCD Epson ni juga.. RM1400
In Syaa Allah akan digunakan untuk mengajar.
Ini hak peribadi tau.. bukan sekolah punya ye.

Yang satu lagi tu, si Panjang Leher nya saya beli juga.
Awal tahun 2016..Bukan hadiah hari jadi, tapi rezeki berlebihan,
Jadi, belilah satu.


Malam 27 Ogos 2017, en suami belanja makan. 
Saya suka kek, iceblended coklat dan potato skin je.


Semua yang saya beli bukan untuk diri saya..Untuk kepuasan mengajar
cikgu lah kata kan...

Oleh itu, bersyukurlah..

Alhamdulillah.



August 13, 2017

Standard Kandungan dalam RBT Tingkatan 1 Mulai 2017

Isi Kandungan :

1.0  PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

      1.1  Dunia Reka Bentuk
      1.2  Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi
      1.3  Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk

2.0  PENGURUSAN PROJEK

      2.1  Pengurusan Projek Reka Bentuk

3.0  PROSES REKA BENTUK

      3.1  Projek Brief

4.0  LAKARAN

      4.1  Lakaran Piktorial

5.0  APLIKASI TEKNOLOGI

      5.1  Reka Bentuk Sistem Fertigasi
      5.2  Reka Bentuk Fesyen

August 11, 2017

DSKP RBT Tingkatan 2 mulai 2018

Sumber :
http://bpk.moe.gov.my/index.php/muat-turun-dokumen/kssm/

(Link di atas menyediakan DSKP semua mata pelajaran dan PELAPORAN)

Klik pop-out untuk preview

Kursus RBT Tingkatan 2

Assalamualaikum

Pada 9.8.2017 saya telah menghadiri kursus penyebaran DSKP bagi mata pelajaran RBT Tingkatan 2 di PPD Sepang. Kursus bermula 8.00 pagi - 4.00 petang. Alhamdulillah, banyak ilmu baru diperolehi dan terima kasih kepada semua Jurulatih Utama dan rakan-rakan yang menyumbangkan idea.

Dari kiri : Cikgu Linda, Cikgu Wahida, Cikgu Siti, Cikgu Liza dan Cikgu Amani
(Projek Teknologi Pembuatan dan Reka Bentuk Elektrik)
Hasil kerja - Reka Bentuk elektrik

Hasil kerja Teknologi Pembuatan

Standard Kandungan dalam Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2

1. PENYELESAIAN MASALAH SECARA INVENTIF - 6 jam (3 minggu)
2. APLIKASI TEKNOLOGI
    2.1 Teknologi Pembuatan - 10 jam (5 minggu)
    2.2 Reka Bentuk Mekanikal - 10 jam (5 minggu)
    2.3 Reka Bentuk Elektrik - 10 jam (5 minggu)
    2.4 Reka Bentuk Elektronik - 10 jam (5 minggu)
    2.5 Reka Bentuk Akuaponik - 10 jam (5 minggu)
    2.6 Reka Bentuk Makanan - 8 jam (4 minggu)

Jumlahnya 64 jam (32 minggu)

Berikut ialah contoh-contoh perkongsian hasil kerja guru-guru dalam kursus RBT Tingkatan 2

Reka Bentuk Makanan - dari telur-telur

Reka Bentuk Sistem Akuaponik - buat akuarium dan tanaman sayuran

Reka Bentuk Elektrik - buat kipas

Reka Bentuk Mekanikal - buat spinner

Reka Bentuk Makanan - buat pembungkusan makanan

Reka Bentuk Elektronik - buat Lampu picit
(Ini projek kumpulan kami..hehe)


Perkongsian hasil kerja rakan-rakan peserta kursus. Semoga ianya boleh menjadi ilham kepada pdpc tahun hadapan

:)

Tambahan :
Bahan di bawah berkaitan Reka Bentuk Elektronik.
Semasa kursus, tiada amali dilaksanakan.
Guru dikehendaki memuat turun aplikasi magnetcode melalui android.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...