December 29, 2014

Buku Manual Pengurusan Sekolah 2015

Ya Allah, permudahkanlah urusanku serta urusan rakan-rakan sekerjaku dalam tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. Berkatilah ya Allah. Aamiin.

December 24, 2014

Sumbangan kepada mangsa banjir

Semoga dipermudahkan segala urusan petugas-petugas dan mangsa-mangsa banjir

December 21, 2014

Pada zaman dahulu...1976

Tahun kelahiran saya.. saya yang masih bayi dikendong oleh embah. (Alfatihah kepada arwah embah Esah).

Alhamdulillah, sehingga kini saya masih ingat setiap ruang dalam rumah kecil ini. Rindu... Lapan orang isi rumah pada tahun itu  dan semua ditanggung oleh arwah bapak.. (Alfatihah kepada Jais bin Mior.. semoga rohmu dicucuri rahmat Allah swt).

...rindu...pada semua yang berhak ke atas diriku...

December 19, 2014

Masih dalam mood cuti sekolah

Assalamualaikum.

Dua minggu telahpun berlalu, cuti sekolah masih lagi berbaki dua minggu. Sebenarnya masih banyak juga yang belum siap dilaksanakan. Dalam senarai kerja semasa cuti, sepatutnya saya telah siapkan modul KHB-ERT dan KHB-PK bagi tingkatan 3 tahun 2015, tapi sehingga hari ini masih belum bermula.

Seronoknya bercuti..









 Kat Penang, best juga. Cuma terkilan sebab beli jeruk Pak Ali sikit sangat..
#belum pernah ke Langkawi#



November 25, 2014

October 09, 2014

Takwim persekolahan 2015 dan Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2015


Perancangan Tahun 2015 :


Takwim persekolahan 2015 :

Klik link ini : http://www.moe.gov.my/v/takwim-sekolah-2014

Jadual Hari Kelepasan Am Negeri-negeri :

Klik link ini : http://www.kabinet.gov.my/images/stories/kelepasanam/2015_merged.pdf

LATIHAN INTERAKTIF KHB : i- THINK

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepikan diri tanpa sebarang penulisan ilmiah tentang subjek KHB, Alhamdulillah hari ini saya diilhamkan untuk membina satu lagi bahan pdp secara online. Insyaa Allah akan digunakan sepenuhnya pada tahun hadapan.

Oleh kerana pada tahun ini, latih tubi hanya menggunakan kertas-kertas sahaja, latihan seperti ini tidak sempat saya hasilkan. Walaubagaimanapun, saya cuba untuk upload beberapa latihan interaktif dalam usaha untuk mengaktifkan penggunaan VLE-Frog dan menjimatkan penggunaan kertas.


Cuba lihat di bahagian atas blog ini, LATIHAN INTERAKTIF .. Try ye nanti.. ikut sahaja arahan yang dituliskan.

opps.. latihan ini bertempoh, jika lebih dari tarikh yang dituliskan, maksudnya tempoh untuk buat latihan telah tamat.


terima kasih. doakan istiqomah.

October 04, 2014

kursus ithink dalam talian

Alhamdulillah... semua telah selesai.
Rasa sangat gembira walaupun hanya dapat capai cukup-cukup markah lulus 60%

"Ithink tidak membebankan, ia sangat membantu saya untuk bersedia menghadapi murid abad ke-21. Insyaa Allah, akan saya gunakan ilmu KBAT ini utk ulangkaji PT3 dan PS tahun hadapan".

Guru-guru yg masih belum menjalani ithinkonline ini diharap cuba selesaikannya danaplikasikan dalam pdp di kelas. Ia tentu sangat menarik..

Tqvm :)




September 02, 2014

Alhamdulillah dapat sijil dari GOOGLE...Certificate of Achievement

Alhamdulillah...

Hari ini telah berjaya menduduki Basic Exam..

Ini yang saya dapat.. 83%

Bagi yang berminat ingin menduduki ujian ini dengan tujuan untuk mengetahui prestasi masing-masing tentang penggunaan Google.

*Cubalah... jangan asyik guna je kemudahan tu... cubalah nilai diri sikit..  :)

Klik link ini untuk maklumat lanjut...
http://frogasia.com/edutechcpd/google-cpd-module/



Once you have completed all the lessons and are comfortable with the concepts, take the Basics Exam.

Google Apps Basic Skills Exam

The Google Basics Exam consists of 30 multiple-choice questions covering the topics listed above. You must answer all 30 questions in order to complete the exam. If you pass, you will receive a Google Basics exam certificate by email.

KOLEKSI SOALAN PT3 - KHB

SILA KLIK LINK :

1. LATIH TUBI 1

2. KHB-PK

3. KHB-ERT

4. PERCUBAAN KHB-PK

5. KERJA PAIP 

6. PEMASARAN 

7. BAHAGIAN B 

8. KOLEKSI SOALAN KHB-KT

July 02, 2014

Memperbaiki Rancangan Pengajaran Harian berpandukan PPPM

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa (4 Ramadhan 1435H)

Hari ini saya ingin berkongsi tentang penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Merujuk kepada PPPM yang telah dikemaskini pada 29 April 2014, saya mengemaskini semula Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang telah saya sediakan pada awal tahun.

Di sini saya tunjukkan penulisan RPH yang telah saya sediakan :



Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pada Tarikh : 01/07/2014 (SELASA)

Nama Guru : NORLIZA BINTI JAIS


Tingkatan 3 : KEMAHIRAN HIDUP (EKONOMI RUMAH TANGGA) (3 RK)
Waktu
:
9.30 – 10.05 pagi
Topik
:
ELEKTRONIK
Terperinci

HASIL PEMBELAJARAN ELEKTRONIK :

c. Penghasilan projek
Aras 1
·          Membentuk kaki komponen
·          Memasang komponen berpandukan lukisan skematik atau lukisan bergambar
·          Menyemak semula kedudukan komponen berpandukan lukisan skematik
·          Memateri semua kaki atau tamatan komponen
·          Memotong kaki komponen yang berlebihan dengan kemas
·          Menguji projek yang telah siap dan membuat pembaikan jika perlu
·         Membersih dan menyimpan semua alatan tangan dan bahan

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

1.     Murid membuat pemasangan komponen, memateri dan memotong kaki komponen.
2.     Membersih dan menyimpan semua alatan setelah selesai amali.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (Merujuk PPPM)
B3 – mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan membentuk semua kaki komponen, memasang semua komponen dan memateri semua kaki komponen berpandukan lukisan bergambar.
B4 – prosedur :
      (i) kaedah yang betul , (ii) komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban yang betul.
B5 – daya usaha  (sempurna)
      (i) Pematerian kemas (ii) Pematerian kukuh (iii)Kekutuban betul
      (iv) mengamalkan langkah keselamatan diri dan alatan

BAHAN BANTU BELAJAR ;
1.     Set elektronik pengelip berirama.
2.     Alatan tangan pematerian
Kerja Rumah
:

Refleksi
:


Status
:
Menunggu Kelulusan
Komen
:




Terima kasih...

 

June 26, 2014

Mengisi Modul Perekodan

Hari ini 26.6.2014, menghadiri Taklimat Pemasangan Instrumen PT3  & Menyemak skrip jawapan. 

Kemudian saya cuba download Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB-PK Tingkatan 1 - 3 untuk kali kedua..
Saya sedari yang didownload pada bulan April 2014 ada banyak perbezaannya dengan modul yang saya download pada 25 Jun 2014.

Penat saya tanya kawan-kawan daerah ni untuk mendapatkan kepastian.. Ramai yang masih belum download rupanya.

Dalam panduan PPPM yang baru, semua tajuk ada band 1-6.. Barulah senang nak buat keje..
Yang saya download pada bulan April tu memang tiada band 1-6 ni. Ia lebih mirip DSP yang lama cuma dibuang huruf 'E' yang di hujung tu.
Contohnya B1D1E1 di tukar jadi B1D1 je.. Ha... Macam tu la..


Maaflah kawan-kawan daerah Kuala Langat..Alhamdulillah hari ini saya telah pun dapat jawapannya..

#Blog ni blog saya... Jadi, tuan-tuan Lembaga dan JPN janganlah marah saya ye.. Semua maklumat di sini untuk memudahkan kerja saya saja..

Kalau ada yang baca...salah pulak tu maklumat dari saya ni...mintak maaf la ye.. #
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat... Layarilah WEB lembaga...

Tqvm;)
 KOLEKSI GAMBAR TAKLIMAT

Displaying IMG-20140626-WA0011.jpg
Peserta taklimat KHB-PK

Displaying IMG-20140626-WA0013.jpg
Sesi perbincangan Penandaan Skema Jawapan

Displaying IMG-20140626-WA0014.jpg
Mendengar taklimat...  :)

 KANDUNGAN PPPM 
 
sebahagian dari PPPM KHB-PK tingkatan 3

June 25, 2014

LAMAN WEB LP

Pemberitahuan

Capaian ke Portal Lembaga Peperiksaan

25 June 2014
Dimaklumkan bahawa Portal Lembaga Peperiksaan (LP) "www.moe.gov.my/lp"  tidak dapat diakses oleh pengguna buat sementara waktu.
Sehubungan itu, pengguna bolehlah membuat capaian sementara ke Portal Lembaga Peperiksaan pada alamat www.lp.edu.my.


Diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan


LAMAN WEB LEMBAGA PEPERIKSAAN YANG LAMA :

http://www.moe.gov.my/lp

LAMAN WEB LEMBAGA PEPERIKSAAN YANG BARU :

http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?lang=en


DOWNLOAD APA-APA SAJA..SEBELUM LINE SIBUK JE !! (sekadar ingatan)

June 24, 2014

JOGATHON PERDANA PIBG SMK TELOK DATOK

Kad ini telah diterima pada 24.6.2014 (Selasa). Dikehendaki menyerahkan semula kepada sekolah sebelum 22.8.2014 (jumaat).
Jumlah minimum kutipan murid RM50.00 & guru RM100.00.
Semoga berjaya!!

Majlis sambutan hari lahir

Selamat Hari Lahir.. Semoga diberkati usiamu.

June 20, 2014

PBS - Pentaksiran Sekolah..

Masih dalam proses.. Lepas siap manual ni.. Baru boleh key in MODUL PEREKODAN PPPM secara offline..

;)

June 17, 2014

Pentaksiran T3 : Taklimat Pemasangan Instrumen dan Pemeriksaan Skrip Jawapan (PT3) Tahun 2014

Bagi mata pelajaran KHB semua pilihan di daerah Kuala Langat.
Surat Panggilan Mesyuarat dari Jabatan Pelajaran Selangor
Kesilapan Teknikal oleh PPD : Nama saya sebagai Pkw. Kpkw ialah Puan Siti Hajar dari SMK Jugra.

May 05, 2014

MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID MULAI TAHUN 2014

Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid disediakan bagi membantu gurumerekod perkembangan penguasaan pembelajaran murid dalam Pentaksiran Sekolah (PS) berpandukan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

** Untuk maklumat lanjut sila klik dan download modul yang dikeluarkan oleh KPM.

sumber : http://web.moe.gov.my/lp/


May 02, 2014

Bengkel Transformasi Kecerdasan Emosi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (TKEdP)

Dirasmikan oleh Tuan Mohd Kassim s.i.s
(Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Selangor.
Bertempat di Dewan Utama, JPS

Ucapan perasmian

  Displaying 20140502_161045.jpg


Displaying 20140502_143633.jpg

April 29, 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...