TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

July 26, 2009

Pemantauan PBS pada 23 Julai 2009.

Pada 23 Julai 2009, Khamis yang lalu, pemantauan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) oleh Pentaksir Negeri Selangor bagi matapelajaran KHB-PK dan KHB-KT telah dijalankan di sekolah saya.

Pemantauan ini telah dilaksanakan oleh :

  1. Encik Zulkifli bin Mohd Salleh (Pentaksir Negeri KHB-PK),
  2. Encik Jamil bin Ghafor Khan (Pentaksir Negeri KHB-KT) dan
  3. Encik Hafandi bin Basri (Ketua Pentaksir Kawasan daerah Kuala Langat
Pemantauan ini bertujuan untuk :
  1. Memastikan perlaksanaan program PBS berjalan lancar.
  2. Memastikan pentaksiran dilakukan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan.
  3. Untuk mendapatkan maklumat pelaksanaan program PBS dan menyampaikan laporan kepada urusetia di JPN.
Encik Zulkifli dan Encik Jamil sedang meneliti Fail Pengurusan yang disediakan.
Encik Zulkifli memberi penerangan ringkas tentang cara penyimpanan evidens yang betul kepada Encik Zori (Guru KHB-KT)
Pada pendapat saya, hasil dari pemantauan pihak pentaksir negeri, didapati :
  1. Pemantauan ini lebih kepada 'spot-check', kerana ia tidak dimaklumkan dan pemilihan sekolah secara rawak.
  2. Fail induk dan fail pengurusan bagi setiap matapelajaran (KHB-KT, KHB-ERT, KHB-PN dan KHB-PK) perlu disediakan dan lengkap.
  3. Pemantauan ini hanya untuk melihat pengurusan fail.
  4. Pihak Pentadbir Sekolah perlu mengetahui perjalanan PBS ini dengan tepat dan betul.
  5. Secara keseluruhannya, jika kita telah melengkapkan semua dokumen yang perlu dengan betul, kemungkinan tidak ada sebarang masalah. Kebaikannya, kita dapat maklumat yang lebih tepat tentang perjalanan program PBS ini.
Terima kasih kepada Pentaksir Negeri Selangor yang sudi berkunjung ke sekolah saya. Segala maklumat dan penambahbaikan akan dilaksanakan selepas ini. Terima kasih kepada guru KHB-KT (Encik Zori bin Harun) dan guru KHB-PK (Cik Nurhayati binti Hamzah) kerana telah menyediakan fail pengurusan yang agak lengkap. Terima Kasih juga kepada GKB Teknik dan Vokasional Puan Noriza binti Awang yang sudi menunggu bersama dalam pemantauan PBS ini dan belanja kami makan tengah hari.
:)

July 02, 2009

Pertandingan Memasak

Gambar kenangan :
Dari kiri : Tan Sze Jing, Norsyuhadah, Cikgu Nurhayati, Deborah dan Puan Norliza.
Pasukan dari SMK Telok Datok bersama hasil masakannya.
Pasukan SMK Telok Datok mendapat Tempat Ketiga
dalam
Pertandingan Memasak Peringkat Daerah Kuala Langat
Tahun 2009 !
TAHNIAH..

July 01, 2009

Pertandingan Memasak Peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2009

Pengenalan :

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 - 3) telah didedahkan kepada Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah sejak tahun 1997. Pertandingan ini dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan tajaan Nestle Product Sdn. Bhd. sedikit sebanyak telah dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk minat pelajar memilih elektif, khususnya dalam bidang berkaitan dengan masakan.

Objektif :


  • memupuk minat suka memasak
  • mencungkil bakat / kreativiti pelajar
  • menjadikan bidang masakan sebagai satu kerjaya
  • memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan
  • menimbulkan kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan seimbang dalam kehidupan

Pada 30 Jun 2009, hari Selasa dan bertempat di SMK Tanjung Sepat, telah diadakan Pertandingan Memasak Peringkat Daerah Kuala Langat bagi tahun 2009. Dalam pertandingan ini, 12 sekolah yang mempunyai pilihan KHB-ERT wajib menghantar wakil ke peringkat daerah. Namun begitu, terdapat 3 buah sekolah yang tidak menyertainya.

Sekolah yang terlibat ialah :

  1. SMK Tanjung Sepat
  2. SMK Batu Laut
  3. SMK Jugra
  4. SMK Telok Datok
  5. SMK Banting
  6. SMK Sungai Manggis
  7. SMK Bukit Changgang
  8. SMK Telok Panglima Garang
  9. SMK Sijangkang Jaya
Sekolah yang tidak menyertai :
  1. SMK Jenjarom
  2. SMK Sultan Abdul Samad
  3. SMK Bandar Banting
Keputusan :
PERTAMA : SMK TANJUNG SEPAT
KEDUA : SMK TELOK PANGLIMA GARANG
KETIGA : SMK TELOK DATOK
Peserta dari SMK Telok Datok ialah :
  1. Norsyuhada binti Abdul Aziz
  2. Deborah
  3. Tan Sze Jing
Guru Pengiring :
  1. Puan Norliza binti Jais (mengajar KHB-ERT tingkatan 3)
  2. Cik Nurhayati binti Hamzah (mengajar KHB-ERT tingkatan 1 dan 2)
Gambar-gambar yang diambil semasa pertandingan :













Resepi :


NASMEE MAGGI
Bahan-bahan :

2 bungkus Mi MAGGI (dicelur)
1 cawan nasi
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
3 sudu sayur campur
½ bungkus perencah nasi goreng MAGGI
1 sudu sos tiram MAGGI
2 sudu kicap cair MAGGI
1 batang daun bawang
2 sudu bawang goreng
2 sudu minyak (untuk menumis)


Cara menyediakannya :

Panaskan kuali. Masukkan minyak.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili merah.
Masukkan perencah nasi goreng MAGGI.
Masukkan sayur campur, sos tiram MAGGI dan kicap cair MAGGI.
Gaul rata biarkan selama 2 minit.
Masukkan Mi MAGGI dan nasi. Gaul rata sehingga masak. Angkat.
Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.


AYAM GORENG DENGAN SOS CENDAWAN
Bahan-bahan :

300 gm daging ayam (bahagian dada – dipotong dadu)
½ sudu serbuk pati ayam MAGGI
½ kiub pati ayam MAGGI
1 sudu serbuk lada hitam
1 biji bawang putih di tumbuk
1 sudu serbuk oregano
1 sudu majerin (untuk glis pada periuk / kuali)

Sos Cendawan :

½ kiub pati ayam MAGGI
2 sudu kicap pekat MAGGI
2 sudu sos tiram MAGGI
2 helai daun bay
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
5 biji cendawan butang. (dihiris)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
200 ml air

Cara menyediakannya :

(A) Ayam goreng
Panaskan kuali, masukkan majerin.
Goreng ayam yang telah diperap dengan semua bahan selama 10 minit.
Angkat dan ketepikan.

(B) Sos Cendawan
Panaskan kuali.
Masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung ke dalam kuali tadi.
Masukkan air dan biarkan merenih selama 5 minit.
Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan seketika dan matikan api.
Tuangkan sos cendawan ke atas ayam goreng tadi.
Hidangkan.


SALAD PASTA KEKACANG
Bahan-bahan :

½ cawan pasta spiral
100 gm brokoli

100 gm bunga kobis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu kacang tanah (dipanggang dan ditumbuk)
1 sudu bijan (dipanggang)
1 keping keju chedar
½ sudu oregano
1 biji tomato

Air Rebusan :

1 sudu minyak masak
¼ kiub pati ayam MAGGI
1 sudu seasoning MAGGI
200 ml air

Cara menyediakannya :

Masukkan semua bahan untuk air rebusan ke dalam periuk.
Rebus sehingga mendidih. Celurkan brokoli, bunga kobis dan pasta berasingan.
Angkat, tapis dan masukkan semua bahan yang telah direbus ke dalam mangkuk.
Masukkan bawang, keju, kacang tanah, bijan dan oregano.
Gaul sebati dan masukkan dalam bekas yang sesuai.


AGAR-AGAR SAGU NESTLE
Bahan-bahan :

5 gm agar-agar
200 ml air
2 sudu susu pekat cap NESTLE
100 ml susu cair IDEAL NESTLE
½ sudu NESCAFE NESTLE
2 sudu MILO NESTLE
2 sudu cendol
2 sudu krim jagung
2 sudu sagu (direbus)
2 sudu gula

Cara menyediakannya :

Rebus agar-agar bersama air.
Setelah semua agar-agar larut, masukkan susu pekat, susu cair, nescafe dan milo.
Biarkan sehingga mendidih dan matikan api.
Masukkan cendol, krim jagung dan sagu kedalam 2 bekas berasingan. Masukkan agar-agar ke dalam bakas tadi.
Ketepikan dan biar agar-agar membeku.

hidangkan...
selamat mencuba!
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...