TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

January 28, 2024

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN - REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RPT RBT) BAGI TINGKATAN 1, 2 DAN 3 SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berikut ialah senarai Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi mata pelajaran RBT SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 yang telah dilengkapkan dengan catatan perlaksanaan DSKP. RPT ini ditulis dalam MS EXCELL  dan boleh edit mengikut kesesuaian


1. RPT RBT TING 1

2. RPT RBT TING 2

3. RPT RBT TING 3



Jika ada yang berminat untuk mendapatkan RPT ini, silalah penuhi maklumat dibawah. Email kepada : norliza.jais2@gmail.com
1. NAMA :
2. ALAMAT EMAIL YANG AKTIF DAN BETUL :
3. NYATAKAN PILIHAN RPT :


MOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT MANFAAT - TERIMA KASIH

TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 DAN HARI KELEPASAN AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Untuk rujukan :

TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025


HARI KELEPASAN AM

January 14, 2024

SELAMAT TAHUN BARU 2024

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Setelah sekian lama tidak menulis di ruangan blog GALERI CIKGU NORLIZA, hari ini saya gagahkan diri untuk mencoret segala kenangan yang masih ada dalam ingatan sepanjang tahun 2023.

Saya mencari-cari mana post saya sepanjang tahun 2023, rupanya hanya SATU sahaja dan saya telah tukar kepada status "draft" memandangkan post tersebut bukan post ilmiah dan hanya sekadar mencari sedikit bantuan dari rakan-rakan yang mengenali dan simpati.


Terasa berat meninggalkan tahun 2023 yang sarat dengan pengalaman dan kenangan pahit  manis, semuanya masih tersimpan kemas dalam ingatan. Tahun 2023, pakej lengkap menjalani portfolio PK KOKURIKULUM, yang pada mulanya saya fikir "mudah je" rupanya bukanlah tugas biasa-biasa. Mungkin ini lah masanya mendidik diri dalam pengurusan kesabaran yang tahap tertinggi (Hanya Allah swt yang maha mengetahui), dan Alhamdulillah saya telah melaluinya dengan agak BAIK.

Terima kasih Allah, yang memudahkan segala urusan dan SEBENARNYA memang Allah yang memudahkan. 

Semoga tahun-tahun mendatang lebih baik dari sebelumnya dan semua dengan izin-Nya.


Terima kasih pengunjung-pengunjung BLOG GALERI CIKGU NORLIZA yang masih setia, semoga bahan yang dicari bermanfaat dan memberi kebaikan kepada saya dan penggunanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...