October 22, 2011

Perkongsian Ilmu : Membina bahan P&P untuk Program Procas ERT Daerah Kuala Langat





Pada 12 Oktober 2011, bertempat di Makmal Komputer SMK Jenjarom, melaksanakan aktiviti perkongsian ilmu bersama guru-guru ERT daerah Kuala Langat. Membina bahan P&P Program Procas ERT untuk digunapakai pada tahun 2012. Penghargaan ini disampaikan oleh Puan Hajah Foziah binti Haji Mohd Azahari, Pengetua SMK Jenjarom. Semoga aktiviti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan guru-guru ERT di daerah ini.



October 09, 2011

Debaran KHB 10/10/11 - PMR 2011


Terasa debaran untuk menduduki peperiksaan PMR bagi MP KHB. Maklumlah esok hari yang ditunggu-tunggu...kannn!
Cikgu doakan murid2 dapat menjawab semua 60 soalan dengan tepat. Bekalan ilmu yang dituntut selama 3 tahun jangan disia-siakan. Buat sehabis baik ye!
Bila cikgu tengok jumlah pengunjung pada malam ni..(09/10/11- Ahad) ..WOW, cukup mengejutkan. Tak pernah rasanya dalam sehari mencecah 600+ ni,, biasanya cuma 100 -200 je,
Terima kasih kerana sudi gunakan blog ni untuk ulangkaji..
Akhir kata,,, cikgu doakan semua berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti.
USAHA TANGGA KEJAYAAN!  INSYAALLAH

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...