December 29, 2012

TERIMA KASIH SEMUA..

Rekod pengunjung pada jam 10.15 malam (29.12.12)...
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

INI MUNGKIN ENTRI TERAKHIR UNTUK TAHUN 2012..
SESUATU YANG INDAH UNTUK JADI KENANG-KENGANGAN APABILA BERSARA KELAK (JIKA PANJANG UMUR)..
SESUATU YANG SANGAT MENGGEMBIRAKAN KERANA SEMAKIN RAMAI YANG SUDI BRKUNJUNG KE BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.. (MASUK PERTANDINGAN BLOG PENDIDIKAN PUN KALAHHHH)..

BUAT PENGUNJUNG BLOG SAYA,
SAYA INGIN MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN DI ATAS SEGALA KESILAPAN YANG TELAH SAYA LAKUKAN, MOHON HALALKAN APA SAHAJA YANG BUKAN MILIK SAYA..
BUAT SESIAPA SAHAJA YANG TELAH COPY BAHAN DARI BLOG INI, JANGANLAH RISAU KERANA SAYA SENTIASA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI BAHAN (KERANA ITULAH SAYA UPLOAD BAHAN TERSEBUT DI SINI)

SEMOGA PADA TAHUN-TAHUN YANG MENDATANG, SEMANGAT DAN AZAM SAYA TIDAK AKAN BERKURANG UNTUK MEMAJUKAN LAGI BLOG INI.

INSYAALLAH..

December 28, 2012

Mesyuarat pengurusan HEM & Mesyuarat kokurikulum

Menghadiri mesyuarat HEM
Masa    ; 8.30 - 10.00 pagi
Tempat; Dewan SMKTD
Mesyuarat pengurusan kokurikulum
Masa    ; 10.30 - 12 .00 tengah hari
Tempat; Dewan SMK Telok Datok.




December 27, 2012

MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 TAHUN 2013 DAN MESYUARAT PANITIA BIL 1 2013

Hari ini menghadiri mesyuarat kurikulum yang bermula 8.30 - 10.30 pagi, bertempat di Bilik Wawasan SMK Telok Datok. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua jawatankuasa kurikulum baru bagi tahun 2013. Ini bertujuan untuk membincangkan strategi peningkatan prestasi bagi tahun 2013.

Seterusnya mesyuarat panitia bermula 11.00 pagi - 1.00 petang..membincangkan KPI dan Strategi peningkatan prestasi



2012-12-27 10.30.38.jpg

2012-12-27 10.28.26.jpg

2012-12-27 10.28.10.jpg

2012-12-27 10.27.57.jpg

2012-12-27 10.24.52.jpg

2012-12-27 10.24.43.jpg













December 26, 2012

MESYUARAT GURU BIL 1 TAHUN 2013

Assalamualaikum.

Suasana menjelang persekolahan kian terasa. Didahului dengan mesyuarat guru yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang (5 jam). Banyak perkara baru yang perlu dilaksanakan. Ini adalah kesan dari pengumuman keputusan PMR2012 baru-baru ini. Beberapa strategi perlu difikirkan dan dilakukan untuk menambahkan lagi peningkatan prestasi murid  bagi calon PMR 2013.

2012-12-26 09.06.03.jpg
Dipengerusikan oleh Puan Soaidah binti Duriat (Pengetua SMKTD)

2012-12-26 09.06.21.jpg
Semua guru yang hadir mendengar dengan teliti setiap amanat yang disampaikan
Mesyuarat ini dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, doa dan ikrar integriti guru agar semua guru mendapat semangat baru untuk melaksanakan tugas pada tahun 2013 nanti.

Mesyuarat guru kali pertama memang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua guru. Ini kerana pada hari ini, semua guru mendapat lantikan tugas baru untuk dilaksanakan, selain boleh merancang dengan teliti bersama panitia masing-masing strategi yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran da pembelajaran nanti.

Pada hari ini saya sangat bersyukur dan berbangga kerana telah mendapat anugerah atas pencapaian mata pelajaran cemerlang dalam PMR 2012.  Mata pelajaran KHB-KT, KHB-PK dan KHB-PN telah mencatat pencapaian mengekalkan prestasi 100% lulus serta peningkatan dalam gred purata. Bagi mata pelajaran KHB-ERT, seorang murid gagal namun ia tetap mencatat keputusan yang cemerlang iaitu peningkatan gred purata dan peratus A ialah 60%(mendapat tempat kedua di peringkat daerah Kuala Langat) Alhamdulillah.. segala usaha yang dicurahkan kepada murid rasa berbaloi dengan pencapaian keputusan seperti ini...

Antara perkara baharu yang perlu diambil berat ialah :
"Kuota Latihan Pelajar"... apa tu?

Jadi, untuk perkara ini akan dibincangkan pada mesyuarat kurikulum pada hari esok iaitu 27.12.12 (8.00 - 10.00 pagi)

seterusnya bersambung dengan mesyuarat panitia (10.30 - 1.00 petang)

.....> azam baru untuk tahun 2013.. bekerja dengan seikhlas hati..














































December 19, 2012

Keputusan PMR 2012

Tahniah diucapkan kepada yg berjaya.
Yang kurang bernasib baik diharap dapat tingkatkan lagi usaha..












December 13, 2012

Ubahsuai Template

Hari ini dalam sejarah.. nak ubahsuai sikit-sikit je templete blog ni.. Tapi, rupanya banyak yang dah ter"delete". Masih lagi suka warna biru.. tapi nampak teruk pulak.. entahlah.. Nantilah tanya sapa-sapa yang pandai tentang blog ni.. pening.. dah 2 jam tapi tak jumpa jalan penyelesaiannya...

December 12, 2012

12.12.12

Apa yang istimewa sangat pada tarikh ni? Sebenarnya tiada apa-apa pun.
Tapi mungkin ia satu tarikh yang sangat senang untuk diingat..

Pada hari ini, saya baru sahaja menyiapkan e-splg yang sepatutnya disiapkan pada 30 November 2012 yang lalu. Ini linknya : http://apps1.moe.gov.my/splg/

Maklumat yang perlu dikemaskini dalam e-profile, kursus-kursus yang dihadiri pada tahun semasa dan lain-lain lagi...

Tarikh Notis : 12 Disember 2012

Sedikit Tips Cara-cara Untuk Muat Naik Gambar:-

1-Pastikan gambar yg hendak di muat naik sesuai untuk paparan kepada pihak pengurusan tertingggi KPM dan dalam format .jpg sahaja.

2-Pastikan nama gambar telah diubah kepada nombor kad pengenalan pengguna.
Cthnya:- 710102102345.jpg

3-Saiz gambar mesti kurang daripada 200 kb.

4-Gunakan browser 'Modzilla Firefox' atau 'Google Chrome' sahaja. Jangan gunakan browser 'Internet Explorer' kerana di dapati tidak stabil semasa memuat naik gambar.

Sekian dan terima kasih atas kerjasama semua pihak.



- Ini adalah petikan dari notis yang dituliskan dari web e-splg...


KURSUS DIHADIRI TAHUN SEMASA
   
SENARAI KEHADIRAN KURSUS LDP/ BERKUMPULAN YANG DIHADIRI
Bil
Nama Kursus
Status
Tugas
Anjuran
Tarikh Mula/
Tarikh Tamat
Tempoh
(Jam)
Status
1
CERAMAH GURU PENYAYANG DAN WAKAF SELANGOR TAKLIMAT LESSON STUDY
Peserta
SEKOLAH
24-3-2012/
24-3-2012
6
Dilaksana
             

SENARAI KEHADIRAN KURSUS LUAR (KKL) YANG DIHADIRI
Bil
Nama Kursus
Status
Tugas
Anjuran
Tarikh Mula/
Tarikh Tamat
Tempoh
(Jam)
Status
1
BENGKEL PEMBINAAN ITEM PERTENGAHAN TAHUN DAN PERCUBAAN PMR 2013 DAERAH KUALA LANGAT BAGI MATA PELAJARAN KHB-ERT.
Fasilitator
PPD
31-10-2012/
1-11-2012
16
2
KURSUS MEMASAK MENGGUNAKAN PERIUK TEKANAN TINGGI
Peserta
LAIN-LAIN
22-9-2012/
22-9-2012
2
3
BENGKEL PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
Peserta
PPD
25-6-2012/
25-6-2012
6
4
KURSUS MEMBUAT CHEESE & CHOCOLATE TART
Peserta
PPD
22-5-2012/
22-5-2012
6
5
KURSUS MEMBINA BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ONLINE
Peserta
LAIN-LAIN
12-5-2012/
12-5-2012
6
6
TAKLIMATBS PBS UNTUK TINGKATAN 1, 2012.
Fasilitator
LAIN-LAIN
8-5-2012/
8-5-2012
2
7
BENGKEL PEMBINAAN ITEM BAGI TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 3 UNTUK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Fasilitator
PPD
20-4-2012/
20-4-2012
8
8
KURSUS HOT POTATOES (J-QUIZ) MEMBINA BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Penceramah
PPD
18-2-2012/
18-2-2012
6
9
TAKLIMAT SBPA DAN KPI
Peserta
LAIN-LAIN
3-1-2012/
3-1-2012
6

December 08, 2012

Permandangan Selat Tebrau, Tanjung Balau dan Telok Sengat, Johor.

Semua gambar diambil menggunakan telefon android sahaja dan hasilnya amat memuaskan. Saya suka lihat permandangan laut dan awan. Lalu, saya abadikannya dalam blog kesayangan saya ini..

Jeti baru Telok Sengat. Kelihatan jambatan menghubugkan bandar Johor Baharu dan Desaru.

Pantai Tanjung Balau.. anginnya sangat kuat
Selat Tebrau. Kelihatan pembangunan yang pesat di negara jiran, Singapura.
Pantai Tanjung Balau
Selat Tebrau.. dekan dengan Zon Bebas Cukai..
Awan petang di Telok Sengat
Telok Sengat
Telok Sengat
Selat Tebrau.. Kelihatan Negara Singapura sangat dekat dengan Bandar Johor Baharu
Permandangan di Telok Sengat.
Selat Tebrau.. Anak-anak memerhati anak-anak ikan todak yang sangat banyak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...