November 27, 2008

Blueberry Cheese Tart - Kaedah Gaul dan Ramas

Tajuk : Kaedah membuat biskut dan kek

Hasil Pembelajaran :
Pelajar dapat mengetahui jenis pastri yang dapat dihasilkan dari kaedah gaul dan ramas.
  • Antara jenis biskut dan kek yang dihasilkan daripada kaedah gaul dan ramas (rujuk blog archive bulan Ogos 2008) ialah biskut kacang dan ban batu karang. Resepi ini adalah contoh pastri yang dihasilkan dari kaedah yang sama.
BLUEBERRY CHEESE TART
Bahan-bahan:
Doh pastri

250gm marjerin
80gm gula aising
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila


Filling

250g Philadelphia cream cheese
60g gula aising
20g marjerin
1 biji telur
Blueberry filling secukupnya


Kaedah penyediaan:

1. Satukan semua bahan pastri dan uli sehingga menjadi doh.

2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat.

3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.


4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

5. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan marjerin sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.

6. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka.
8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.
Inilah rupa blueberry cheese tart comel yang telah siap...
SELAMAT MENCUBA !
Jika ada sebarang pertanyaan, sila tulis dibahagian comment...

November 09, 2008

Afiq - Graduation Day (8 Nov 2008)

Semoga Afiq menjadi anak yang soleh... Selamat Maju Jaya Anakku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...