May 16, 2015

May 15, 2015

PEMBENTANGAN BAHAN INOVATIF (PETA ALIR INTERAKTIF)

  Bertempat di Bilik Serindit, PPD Kuala Langat


 



Peserta berkumpulan (puan Suhaili dan puan salmah - smk bandar bantimg), peserta individu (puan ayuni- smk bandar banting) dan saya (cikgu norliza)














SLIDE POWER POINT PEMBENTANGAN INOVATIF 2015

KLIK POP OUT UNTUK PREVIEW
KLIK DI SINI JIKA TIADA PREVIEW

May 14, 2015

PERSEDIAAN PEMBENTANGAN CALON GURU INOVATIF DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2015



Assalamualaikum.

Setelah dua hari tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri Taklimat Pemeriksaan PT3 di SMK Bandar Utama Damansara Utama 3, hari ini saya kembali ke sekolah untuk bertugas seperti biasa. Terlihat di atas meja, berhelai-helai surat dan jemputan menghadiri majlis.. alangkah terkejutnya, rupanya ada surat untuk menghadiri pembentangan calon guru di PPD Kuala Langat.

Satu apa pun belum buat. Bahan dah lama ada, cuma belum kemaskini. Tapi, sebelum sediakan powerpoint untuk pembentangan itu, saya perlu siapkan dulu kerja yang PK Pentadbiran arahkan (Dialog Prestasi UB1 Tingkatan 5)... pening sekejap.

Sarapan dulu, kemudian mulakan kerja. Selepas habis kelas 3RK, saya terus buka laptop dan mulakan kerja dialog prestasi sehingga jam 3.00 petang. Alhamdulillah siap.. Email kepada PK Pentadbiran dan rakan-rakan GKMP yang lain.

Sampai rumah jam 4.00 petang, terus mulakan buat powerpoint untuk pembentangan esok. Semoga dipermudahkan segala-galanya..Terima kasih encik suamiku... kerana belikan komputer baru untuk tahun 2015 ni..
Displaying P_20150514_162701.jpg
2015


May 13, 2015

Contoh item KHB-ERT (Ujian Sumatif 2)

Ujian sumatif 2 :
Tajuk : 
Teras - Semua tajuk tingkatan 1
Elektif - Pakaian tingkatan 1

Taklimat latihan pemeriksaan pt3

Pada 12 dan 13 Mei 2015 telah menghadiri satu taklimat latihan pemeriksaan penskoran PT3 bertempat di SMK Bandar Utama Damansara 3. Sekolah kluster. Cantik.

Pengisian taklimat ini ialah untuk melatih Kpkw dan pkw setiap daerah memetuhi Panduan Penskoran yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. In syaa Allah akan ditaklimatkan juga di daerah masing-masing nanti.

Harapan saya, semoga cikgu-cikgu di sekolah nanti memahami dan mematuhi panduan penskoran yang diberikan dan melaksnakannya dengan lebih telus.

:)
Dari kiri : saya (cikgu norliza), puan suzana dan cik bibah.

May 10, 2015

CONTOH BORANG JSI BAGI PENGGUBALAN ITEM KHB

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi Jadual Spesifikasi Item yang kosong. Bolehlah digunakan semasa pembinaan item nanti. Untuk makluman, maklumat PT3 ini diperolehi dari rakan setugas dan semasa menghadiri bengkel pembinaan item khb.

PT3 :
Bahagian A (20 soalan) - 60 markah
10 soalan aras rendah (30 markah)
10 soalan aras sederhana (30 markah)

Bahagian B (4 soalan) - 40 markah
1 soalan aras sederhana (10 markah)
3 soalan aras tinggi (30 markah)

KESIMPULANNYA : PEMBAHAGIAN SOALAN IALAH 30:40:30

Mari kita berkongsi item...
email kepada saya : norliza.jais@yes.my (email baru) - email lama dah overloaded

BLOG KBAT : http://khbjpns.blogspot.com/

KLIK POP-OUT UNTUK PREVIEW DAN DOWNLOAD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...