TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Bersyukur kepada Ilahi kerana diberi peluang menulis di blog ini. Ia dibina khas untuk anak-anak murid saya. Semoga ilmu ini termasuk dalam perkara yang bermanfaat.
Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

February 27, 2018

Aktiviti 1 Tahun 2018 - Sudut RBT

Membuat sudut RBT untuk mempamerkan hasil kerja dan peta minda





Terima kasih kepada murid yang membantu.




February 21, 2018

Teknologi Pembuatan (Acuan)

Tingkatan 2 : Aplikasi Teknologi

2.1 Teknologi Pembuatan

Video menunjukkan cara membuat acuan menggunakan silikon

Sumber : Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=pmO5VoB7QVg&feature=youtu.be

Terima kasih

February 19, 2018

Peta Pemikiran : Bab 1 (Pengenalan Kepada RBT)

Nota paling comel dari Puteri Sofia (1B 2018)


Terima kasih Sofia!

1.1 - Dunia Reka Bentuk

Standard Kandungan :
1.0 Pengenalan Kepada RBT
1.1 Dunia Reka Bentuk

Standard Pembelajaran :
1.1.7 - Membina objek asas

Aktiviti Pembelajaran :
1. Murid dikehendaki membina objek asas dari bongkah-bongkah geometri.
2. Membuat lakaran reka bentuk hasil daripada pembinaan objek asas yang telah dibuat
3. Hasil kerja dipamerkan di ruang sudut RBT.

Ujian Penilaian dijalankan untuk menguji cantuman yang telah dibuat.

Sumber : youtube https://www.youtube.com/watch?v=lNbBzjAJFmg

Video menunjukkan cara membina pistol mainan daripada bongkah-bongkah geometri dan ujian dilaksanakan untuk menguji cantuman yang dibuat.



Dibawah ini adalah antara hasil kerja murid saya :
(Tingkatan 1A, 2018)

Aksi Kumpulan 3

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Kumpulan 2

Kumpulan 1


Projek pertama ini perlu dikemaskini dan diperbaiki cara penyambungan supaya lebih kukuh.
Cantuman bongkah silinder dan kuboid.
Tahniah 1A 2018 !





February 11, 2018

Bab 2 : Pengurusan Projek

Sumber : 2.1 Pengurusan Projek reka bentuk





Terima kasih

Bab 1 : 1.3.3 Invensi dan Inovasi dalam reka bentuk terkini

Sumber : Youtube dan Buku Teks RBT Tingkatan 1

1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk

1.3.3 Invensi dan Inovasi dalam reka bentuk terkini

A - Telefon pintar pengesan gempa bumi

Alat ini gabungan hasil gabungan tenaga ahli seismologi dan pemaju aplikasi bagi mengesan gempa bumi.
Aplikasi percuma  Android dikenali MyShake

Kegunaan aplikasi :

  • mengambil dan mentafsir aktiviti gempa bumi berdekatan
  • menganggarkan lokasi gempa bumi
  • menyatakan magnitud dan masa sebenar (real-time)
  • menyampaikan maklumat kepada pengkalan data pusat untuk dianalisis.



B - Pengesan Ergo (ergo sensor)
   
       Kegunaan alat :

  •        menganalisis kedudukan anda lurus atau bengkok semasa menggunakan skrin komputer.
  •        memaparkan maklumat pada skrin masa yang sesuai untuk berdiri dan berehat.
  •        dapat memutuskan bekalan kuasa secara automatik apabila meninggalkan paparan pada skrin.




Teknologi Makanan

Sumber : Facebook https://www.facebook.com/GelinlerDunyasii/videos/789519164551471/

Teknologi Makanan

Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...