TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

May 30, 2009

Pertandingan Memasak Peringkat Daerah 2009 (Siri 1)

Jumaat, 29 Mei 2009 jam 3.00 petang ,saya menghadiri satu mesyuarat pertandingan memasak peringkat daerah tahun 2009 di SMK Tg Sepat dan ditemani suami dan anak-anak. Maklumkah saya ni sebenarnya takut memandu jauh. Sementara bermesyuarat, suami membawa anak-anak berkelah di Pantai Bagan Lalang.

Agenda mesyuarat kali ini, membincangkan tentang aktiviti pertandingan yang akan diadakan pada 30 Jun 2009, hari Selasa, 2 minggu selepas cuti pertengahan tahun. Tema pertandingan pada kali ini ialah PERKELAHAN. Pertandingan Peringkat Negeri pula pada bulan Julai. Kalau diikutkan perasaan, rasa berat hati untuk menyertai pertandingan memasak pada tahun ini kerana melihatkan keadaan bengkel yang sungguh tidak kondusif untuk pembelajaran apatahlagi untuk sebarang aktiviti. Masalah ini sudah saya ajukan kepada pengetua dan Ketua Bidang Teknik & Vokasional. Namun sebagai guru biasa, saya tidak akan membantah jika keputusan saya tidak diterima. Tetapi harapan saya semoga mereka memahami masalah ini.

Sebenarnya Pertandingan Memasak memang cukup menyeronokkan. Sejak tahun 2006, pasukan dari sekolah SMK Telok tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Pada tahun itu, SMK Telok Datok telah diminta mewakili daerah Kuala Langat ke peringkat negeri (tiada pertandingan di peringkat daerah)bertanding di SMK Salak Tinggi, Sepang dan berjaya meraih tempat ketiga dari 12 buah sekolah di negeri Selangor. Itulah memori indah yang tidak mungkin dapat dilupakan. Pada tahun 2007, mendapat tempat kedua peringkat daerah dan pada tahun 2008 mendapat johan peringkat daerah seterusnya layak mewakili ke peringkat negeri. Di Peringkat negeri, mendapat saguhati di bawah bimbingan Cikgu Nurhayati Hamzah dan guru-guru praktikal.

Jadi, bagaimana pula pada tahun ini? Perlukah saya menarik diri? Adakah ini untuk kepentingan peribadi? Bersalahkah saya?

Tepat jam 5.00 petang suami dan anak-anak menjemput saya yang agak pening lalat setelah keluar dari bilik mesyuarat. Gembiranya anak-anak sebab dapat bermain di tepi pantai bersama abahnya. Namun dalam hati saya, resepi apa nak dimasak untuk pertandingan nanti? Walaubagaimanapun, yang lebih penting ialah nak masak apa untuk makan malam anak-anak ni.

Sekian

May 27, 2009

Tanda-tanda dan Penyakit

MATA - Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.



HIDUNG - Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu

Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin

Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk

Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat

Sistem penghadaman yang lemah.
Perut mengandungi angin.
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
Peluh

Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit

Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:

Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:

Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:

Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:

Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

Wallahu a’lam

sumber : http://soleh.net/

May 22, 2009

Diet Rasullullah s.a.w (Peringatan Untuk Diri Sendiri)

Diet Ala Rasulullah SAW

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh asal makan je. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini,tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)


CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cobalah?.. Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Tingkatan 6B vs Tingkatan 3....2009.

Rasanya inilah tahun dalam sejarah. Tak pernah terfikir akan jadi guru tingkatan 6. Bila Ustaz Dollah bagi borang maklumat pelajar tingkatan 6B3 dan suruh isi SMM, terkejut badak jadinya. Macam tak percaya. Tengok buku takwim yang dapat masa awal tahun, memang sah nama aku ada kat situ. Nak buat macam mana? Bengang kepala satu hari. Esoknya.. selak lagi nama-nama budak yang ada dalam borang maklumat murid tu tapi tak boleh nak mengadap komputer isi SMM. Banyak kerja lain nak buat. Kelas penuh 6 waktu.. Cadangnya nak buat hari Rabu..
Hari rabu free. tapi nak buat stok KHB dulu.. Aku kan KP KHB yang slow sikit. Kad hijau J4 pulak. Mesti siapkan juga walau apapun terjadi. Sebab kerja ni aku je yang kena buat. Makin tangguh makin susah. Nanti kerja bertambah. Yang penting... tepat 1.30pm aku dah keluar dari sekolah.

Masih terfikir lagi.. ramai-ramai umat kat sekolah tu..nape le pilih aku jadi form teacher 6B3? Akhirnya..aku berjaya siapkan SMM tu hari Jumaat. Dan yang berjaya aku buat ialah semak kerja kursus KHB tahun 2009, pilihan PK dan ERT. Ada yang takde modul 1. Maksudnya, tak buat kerja kursus masa tingkatan 1 tahun 2007.

Kesian bebudak ni, mereka tak tau agaknya yang kerja kursus ni penting sangat. 40% dari markah peperiksaan PMR tu. Jadi apa nak buat. Kalau aku kejam, bagi je 0. Tapi tak sampai hati.. Cakap kat bebudak ni, buat semula kerja-kerja tingkatan 1 tu. nampaknya respons positif.

Berkaitan kerja yang aku kena rancang betul-betul ialah :

1. Sediakan projek tingkatan 3 KHB-PK dan KHB-ERT, 10 contoh bagi setiap pilihan untuk pentaksiran oleh guru pentaksir kawasan. (September)
2. Sediakan sistem fail pengurusan pentaksiran kerja kursus KHB bagi tahun 2009 untuk semua pilihan : KHB-KT, KHB-PK, KHB-ERT dan KHB-SP. (Jun)
3. Kemaskini fail panitia yang belum disentuh. (Ogos)
4. Buat stok untuk sebarang pembelian panitia. (Bila-bila)
5. Rancang bajet 2009, dapatkan bilangan terkini tingkatan 1 dan 2. (September)
6. SEDIAKAN SOALAN IRP UNTUK TINGKATAN 3!(Jun - September)
7. KELAS TAMBAHAN SEBELAH PETANG UNTUK TINGKATAN 3. (sama)
8. Persediaan tingkatan 6B (PA 2) (Jun - September)
9. Dan banyak lagi kerja-kerja lain...he he.

Soalannya, mengapa aku yang dipilih... takde orang lain ker...

Moralnya :
Dalam soal kerja yang perlu dilaksanakan, kita harus mencuba dan jangan berputus asa. Lakukan dengan ikhlas. Semoga keikhlasan itu akan mendapat ganjaran daripada-Nya.

May 18, 2009

Tajul Muluk

Tajul Muluk Dan Rahsia Manusia


Tajul Muluk

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh

c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.


RAHSIA BULAN ANDA DILAHIRKAN BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN

DATO' FADZILLAH KAMSAH

JANUARI

• bercita-cita tinggi dan orangnya serius
• suka mendidik dan dididik
• sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
• rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
• suka smart, kemas dan teratur
• bersifat sensitif , berfikiran mendalam
• pandai mengambil hati org lain
• pendiam kecuali telah dirangsang
• agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
• mudah mendisiplinkan diri sendiri
• badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
• bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
• cukup sayang pd kanak-kanak
• suka duduk rumah • setia pada segala-galanya
• perlu belajar kemahiran sosial
• cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

• berfikiran abstrak
• sukakan benda yang reality dan abstrak
• inteligent, bijak dan genius
• berpesonality yg mudah berubah
• mudah menawan org lain
• agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
• jujur dan setia pd segalanya
• keras hati untuk mencapai matlamat
• tidak suka dikongkong
• mudah memberontak apabila dikongkong
• suka kegiatan yg lasak
• emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
• mudah mempamirkan marahnya
• tidak suka benda yg remeh-temeh
• suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
• sangat berani dan suka memberontak
• bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
• pemerhatian yg tajam
• suka hiburan dan sukan
• suka benda yg bersifat seni
• sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
• berkecenderungan pd benda yg tahyul
• amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
• belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

• berpesonaliti yg menarik dan menawan
• mudah didampingi
• sgt pemalu dan pemendam rasa
• sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
• sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
• suka pada kedamaian
• sgt peka kepada orang lain
• sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
• tidak cepat marah dan sangat amanah
• tahu balas budi dan tahu kenang budi
• pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
• kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
• suka berangan-angan
• suka melancong
• sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
• kelam kabut dalam memilih pasangan
• suka dgn hiasan rumahtangga
• punya bakat seni dalalm bidang muzik
• kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
• jgn terlalu moody.

APRIL

• sgt aktif dan dinamik
• cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
• sgt menarik dan pandai manjakan diri
• punya daya mental yg sangat kuat
• suka diberi perhatian
• sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
• sgt berani dan tiada perasaan takut
• suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
• emosi cepat terusik
• try control the emotion
• kecenderungan bersifat dendam
• agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
• kuat daya ingatan
• gerak hati yg sangat kuat
• pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
• berpenyakit disekitar kepala dan dada
• sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI

• kekerasan hati & degil
• kuat semangat & bermotivasi tinggi
• pemikiran yg tajam
• mudah marah apabila tidak dikawal
• pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
• perasaan yg amat mendalam
• cantik dr segi mental & fizikal
• tidak perlu dimotivasikan
• tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
• mudah dipujuk
• bersikap sistematik (otak kiri)
• suka berangan
• kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
• bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit
• daya khayalan yg tinggi
• permikiran yg tajam
• pandai berdebat
• fizikal yg baik
• kelemahan sistem pernafasan
• suka sastera,seni & muzik serta melancong>
• tidak berapa suka duduk dirumah
• tidak boleh duduk diam
• tidak punya ramai anak
• rajin dan bersemangat tinggi
• agak boros

JUN

• berfikiran jauh & berwawasan
• mudah ditawan krn sikap baik
• berperangai yg lemah lembut
• mudah berubah sikap,perangaiidea @mood
• idea yg terlalu banyak dikepala
• bersikap sensitif
• otaknya aktif (sentiasa berfikir)
• sukar melakukan sesuatu dgn segera
• bersikap suka menangguh-nangguh
• bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
• cepat marah & cepat sejuk
• suka bercakap & berdebat
• suka buat lawak & bergurau
• otaknya cerdas berangan-angan
• mudah berkawan & pandai berkawan
• org yg sangat tertib
• pandai mempamerkan sikap
• mudah kecil hati
• mudah kena selsema
• suka berkemas
• cepat rasa bosan
• sikap terlalu memilih & cerewet
• kurang mempamerkan perasaan
• lambat nak sembuh apabila terluka hati
• suka kepada barang yang berjenama
• mudah menjadi eksekutif
• kedegilan yg tidak terkawal
• sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

• Sangat seronok didamping
• Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
• Agak pendiam kecuali diransang
• Ada harga dan maruah diri
• Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
• Mudah dipujuk dan bercakap lurus
• Sangat menjaga hati orang lain
• Sangat peramah
• Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
• Berjiwa sentimental
• jarang berdendam
• mudah memaafkan tapi sukar melupakan
• tidak suka benda remeh-temeh
• membimbing cara fizikal dan mental
• sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
• layanan yg serupa dgn semua orang
• tinggi daya simpati
• pemerhatian yg tajam
• suka menilai org lain dgn pemerhatian
• mudah dan rajin belajar
• suka muhasabah diri
• suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
• suka mendiamkan diri
• suka duduk dirumah
• suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
• tak agresif kecuali terpaksa
• lemah dari segi kesihatan perut
• mudah gemuk kalau tak kawal diet
• minta disayangi
• mudah terluka hati tapi lambat pulih
• terlalu mengambil berat
• rajin dalam membuat kerja

OGOS

• suka berlawak
• mudah tertawan kepadanya
• sopan santun dan caring terhadap org lain
• berani dan tidak tahu takut
• orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
• pandai pujuk org lain
• terlalu pemurah & bersikap ego
• nilai harga diri yg sangat tinggi
• dahagakan pujian
• semangat juang yg luar biasa
• cepat marah & mudah mengamuk
• mudah marah apabila cakapnya dilawan
• sangat cemburu
• daya pemerhatian yg tajam & teliti
• cepat berfikir
• fikiran yg berdikari
• suka memimpin & dipimpin
• sifat suka berangan
• berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
• sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
• cepat apabila ditimpa penyakit
• belajar utk relax
• sikap kelam kabut
• romantik ,pengasih,penyayang
• suka mencari kawan

SEPTEMBER

• sangat bersopan santun & bertolak ansur
• sangat cermat,teliti & teratur
• suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
• pendiam tapi pandai bercakap
• sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
• sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
• kerja yg dilakukansangat sempurna
• sangat sensitif ygtidak diketahui
• org yg banyak berfikir
• daya pentaakulan yg baik
• otak bijak & mudah belajar
• suka mencari maklumat
• kawal diri dari terlalu mengkritik
• pandai mendorong diri sendiri
• mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
• suka sukan,hiburan & melancong
• kurang menunjukan perasaannya
• terluka hatinya sangat lama disimpan
• terlalu memilih pasangan
• sukakan benda yg luas
• bersistematik

OKTOBER

• suka sembang
• suka org yg sayang padanya
• suka ambil jln tengah
• sangat menawan & sopan santun>
• kecantikan luar & dalam
• tidak pandai berbohong & berpura-pura
• mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
• sentiasa berkawan
• hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
• cepat marah
• macam pentingkan diri sendiri
• tidak menolong org kecuali diminta
• suka melihatdari perspektifnya sendiri
• tidak sukaterima pandangan orglain
• emosi yg mudah terusik
• suka berangan & pandaibercakap
• emosi yg kelam kabut
• daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
• suka melancong,bidang sastera & seni
• pengasih ,penyayang & lemah lembut
• romantik dlm percintaan
• mudah terusik hati & cemburu
• ambil berat tentang org lain
• suka kegiatan luar
• org yg adil
• boros & mudah dipengaruhi persekitaran
• mudah patah semangat

NOVEMBER

• banyak idea dalam perkara
• sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
• berfikiran kehadapan
• berfikiran unik dan bijak
• penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
• pemikiran yg tajam
• daya firasat yg sgt halus dan tinggi
• bagus utk jadi doktor
• cermat dan teliti
• personality dinamik
• sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
• banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
• berani, pemurah setia dan byk kesabaran
• terlalu degil dan keras hati
• apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
• tak suka marah kecuali digugat
• mudah ambil berat terhadap orang lain
• pandai muhasabah diri
• cara berfikir lain dari org lain
• otak yg sangat tajam
• pandai mendorong diri sendiri
• tidak hargai pujian
• kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
• badan yg tough
• kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
• romantik
• tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
• suka duduk dirumah
• sangat rajin dan berkemampuan tinggi
• amanah, jujur setia dan pandai berahsia
• tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
• bercita-cita tinggi
• perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

• Sangat setia dan pemurah
• Bersifat patriotik
• Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
• Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
• Bercita-cita tinggi
• Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
• Seronok didampingi
• Suka bercampur dgn org
• Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
• Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
• Tidak pandai berpura-pura
• Cepat marah
• Perangai yg berubah-ubah
• Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
• Benci pada kongkongan
• Suka berlawak
• Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Dapatan dari carian google

Selamat Hari Guru

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera-puteri negara kita.
Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun Negara kita,
Panduan hidup kami semua.
Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu, membina,
Negara yang tercinta.
Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.

16 Mei muncul lagi. Pada 5 Julai tahun 2009 ni, maka genaplah 10 tahun perkhidmatanku dalam bidang pendidikan. Ada masanya rasa gembira, teruja, penat, lesu kerana kerja seharian tak siap-siap. Balik ke rumah fikir lagi apa nak buat pada hari esok. Begitulah yang berlaku sehingga ke hari ini.
Semoga Allah swt mengurniakan diriku kesihatan, kesabaran, kecekalan hati menghadapi dugaan dan agar dapat terus berkhidmat lagi untuk anak-anakku ini. Insyaallah.

May 06, 2009

Anak Soleh

Anak Soleh
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

May 04, 2009

Belajar Jawi

Hari ini, belajar penggunaan jawi multikey. Tujuannya, nak ajar anak dalam subjek feqah.

Semoga anak-anak tak bosan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...