Pada hari ini, saya telah menghadiri sambutan hari guru di daerah ini. Bertempat di Dewan Sri Jugra Banting. Bertugas sebagai AJK Jamuan dan juga penerima anugerah hari guru (ANUGERAH GURU DALAM ICT)
|
Bermula jam 8.00 pagi, saya dan rakan setugas, Ustazah Hayati menjalankan tugas sebagai AJK Jamuan untuk semua JK Pelaksana Hari Guru. Kami mengagihkan makanan mengikut sekolah yang hadir. Tugas ini selesai jam 11.00 pagi. |
|
Seawal jam 2.30 petang, kami memastikan semua makanan telahpun disediakan oleh katering yang dilantik iaitu biasalah, Kantin SMK Telok Datok |
|
Acara makan selepas majlis. Bersama semua rakan-rakan SMK Telok Datok dan juga bekas-bekas guru yang pernah mengajar di sekolah saya |
|
Inilah rupa dewan yang disediakan untuk Hari Guru |
|
Ini pula rupa plak yang saya terima dalam majlis ini. Nak komen sikit la.. (Pada tahun 2010, plak yang diterima ada catatan nama tapi salah. dan pada tahun ini, 2013 - tiada nama la pulak....) |
|
|
Ini pula adalah hadiah dari ppd kepada penerima anugerah. sebotol air mineral, 2 batang pen dan 2 nota kecil untuk kategori anugerah khas seramai 7 orang.... kesiannya. Alhamdulillah. | |
|
|
|
Ruangan untuk anugerah khas dalam buku cenderamata |
|
Majlis penyampaian hadiah |
*********
Itulah kisah hari guru di daerah saya. Sangat jimat!!!
Nilai guru anugerah khas ibarat sebotol air mineral.
**********
Bagaimana ingin saya luahkan isi hati saya ya. Bila memikirkan blog ini adalah sebuah medium akademik, saya rasakan patut juga saya tuliskan catatan pengalaman saya di sini sekadar berkongsi rasa. Tidak pernah sesekali saya merasa jemu untuk mencari sesuatu pembaharuan atau penambahbaikan dalam cara pengajaran saya di dalam kelas. Tidak ada dalam kamus hidup saya ingin mendapatkan penghargaan sebegini rupa. Tapi, apabila memikirkan bagaimana cara saya ini dapat memotivasikan rakan-rakan lain, maka saya pun mula menulis...
Wahai cikgu sekalian, adakah dengan melihat ganjaran yang saya terima pada hari ini, cikgu-cikgu rasa teruja untuk mendapatkan anugerah seperti saya? Jika jawapannya ya, alhamdulillah. Namun mungkin juga ada yang mengatakan.... TIDAK!!!!.....
Saya tidak akan merasa terkejut. Kerana saya sendiri sebenarnya rasa malu dengan hadiah yang diterima dan sungguh rasa tidak bermotivasi jika hendak diceritakan dengan rakan sekerja yang lain. Masing-masing memperlekehkan dengan hadiah ini dan saya rasa sungguh maluuu.
Wahai PPD Kuala Langat, bukalah mata dan fikiran. Buatlah sedikit kajian mengapa permohonan guru inovatif di daerah kita sangat tidak mendapat sambutan. Lihatlah apa yang tuan sediakan untuk guru. Kalau rasanya ikhlas nak beri penghargaan, lebih baiklah dimasukkan saja sijil dan hadiah tu dalam pigeon hole. Kerani nanti bolehlah ambilkan bagi pihak penerima anugerah...
Fikirkanlah ... anugerah ini hanya untuk 7 orang sahaja dalam setahun... takkanlah hadiahnya sebotol air mineral, 2 batang pen, 2 nota kecil.....
Mood : Saya bersyukur dengan anugerah ini. Tapi, buatlah sesuatu, berilah hadiah yang best sikittttt supaya rakan-rakan sekolah di daerah kita lebih bermotivasi...... :)