TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

December 31, 2013

Selamat Tinggal 2013

Terlalu banyak kenangan dan catatan perjalanan tahun ini...
Semoga banyak lagi catatan perjalanan yang indah-indah di tahun akan datang.
Buat semua pengunjung blog, saya memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kekurangan. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah swt jua..
Buat anak-anakku, semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian. Teruskan perjuangan untuk menjadi insan syumul di bumi Allah ini.

December 19, 2013

KEPUTUSAN PMR 2013

Pada hari ini, telah diumumkan keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah bagi tahun 2013. Berikut ialah keputusan bagi mata pelajaran KHB di sekolah saya. Alhamdulillah, pencapaian 100% lulus.

20 orang calon dan Gred Purata 1.35

53 orang calon dan Gred Purata 1.89

46 orang calon dan Gred Purata 1.78

29 orang calon dan Gred Purata 1.79

*********************

TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON PMR 2013 YANG TELAH MENINGKATKAN PRESTASI SEKOLAH

Displaying 20131219_110229.jpg
Bersama anak didik yang cemerlang 9A dalam PMR, Maisarah Dzulkifli
Displaying 20131219_105430.jpg
Murid-murid mengambil giliran untuk mengambil slip peperiksaan
Displaying 20131219_111401.jpg
Barisan beberapa guru yang sangat dedikasi dan cemerlang dengan cara yang tersendiri. TAHNIAH CIKGU!.  

December 10, 2013

Seminar i-THINK Negeri Selangor 2013

 


Pada 4 dan 5 Disember 2013, saya telah menghadiri seminar i-think anjuran MPCK Selangor. Sebenarnya ia melibatkan 700 orang guru yang terdiri daripada pengetua dan penolong kanan serta guru besar. Jadi saya hadir kerana menggantikan kehadiran PK Pentadbiran sekolah saya..

Antara pengisian seminar ialah majlis perasmian dan pelancran buku i-THINK yang berjudul "THINK BEYOND" selain pembentangan dan perkongsian amalan i-THINK di sekolah-sekolah rintis Malaysia.

Secara khususnya, keseluruhan kandungan seminar ini adalah untuk mempromosikan kepentingan i-THINK dalam PdP dan PBS ke arah membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


OBJEKTIF :
1. Berkongsi pengalaman bersama-sama sekolah rintis i-THINK
2. Berkongsi dapatan lawatan penandaarasan sekolah-sekolah di London
3. Menyebarluaskan program i-THINK kepada seluruh warga pendidik Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Menunjukkan hubung kait dan integrasi i-THINK dengan PBS, VLE dan KBAT (HOTS) bagi melahirkan murid untuk berfikir pada aras tinggi.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...