TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

June 17, 2015

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang



Alhamdulillah.

Bersama Pn Hidayah (guru Lukisan Kejuruteraan dan penyelaras Headcount di sekolah saya)
Ucapan Perasmian oleh YBHG. TUAN ZAINUREN BIN HJ MOHD NOR SMP.AAP PENGARAH PENDIDIKAN SELANGOR
Puan Norhafizah @ Rina (Setiausaha PIBG yang sangat cemerlang)
Dari kiri : Encik Samsudin, Cik Faizah, Puan Rosmini dan Puan Norhayatimah
Encik Samsudin (Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMKTD yang sangat berdedikasi), Cik faizah (Guru Tingkatan 6 yang sangat berdedikasi dan komiter terhadap kerjayanya) dan Puan Rosmini (Setiausaha PT3 yang sangat rajin dan berdedikasi)
Semoga kalian terus cemerlang dan sentiasa dalam rahmat Allah swt. Segala budi baik kalian hanya Allah swt sahaja dapat membalasnya.

Alhamdulillah.. 

Latihan pemeriksaan skrip jawapan calon (SJC) PT3 tahun 2015

Pada 15 dan 16 Jun 2015, Bertempat di PKG Sijangkang. Perbengkelan selama 2 hari ini untuk mendedahkan kepada semua cikgu KHB di daerah ini tentang teknik menanda berpandukan Panduan Penskoran yang dibekalkan.
Alhamdulillah, semua telah selesai.
Hari pertama
Sedikit perkongsian ilmu Pembelajaran Abad ke21 (21st Century Learning )
Guru-guru KHB-PK di daerah Kuala Langat
Dari kiri : Puan Norliza (pkw), Cik Bibah Udang (KPkw) dan Puan Suzana (pkw)

Syukur, kerana telah melaksanakan tugas ini

June 14, 2015

PPPB DAN PBPPP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

***************

Minum Petang Bersama SUB BPPK, KPM

Bersama ini saya sertakan surat jemputan untuk menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Tuan SUB BPPK atas tajuk Mesyuarat Bersama Pentadbir Media Sosial berkaitan PBPPP.

Majlis ini di jadualkan seperti berikut:

Tarikh    :               11 Jun 2015
Masa     :               3.30 petang
Tempat   :               Café@PICC Putrajaya.


***************
Dari kiri : En. Kamaruzzaman , En. Mokhzani, Puan Ruslina dan Puan Norliza Jais
Perbincangan Santai bersama SUB BPPK dan panel-panel BPPK
Pertemuan yang tidak disangka ini sebenarnya satu penghargaan kepada diri saya kerana terpilih dalam kalangan bloger untuk bersama bos-bos besar Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) ini. Asalnya, penubuhan blog ini hanya sekadar perkongsian ilmu dalam kalangan guru-guru KHB dan murid-murid saya berkaitan bahan bantu belajar sahaja. Namun, atas kepercayaan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, saya diamanahkan untuk menyampaikan beberapa isu berkaitan PPPB dan PBPPP ini.

Saya hanya seorang guru biasa dan akan melaksanakan apa jua dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebagai pelaksana, tugas ini perlu dilakukan dengan amanah dan dedikasi. Dan saya pasti, semua guru juga begitu dan amat prihatin dengan tugas yang diberikan dan akan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Antara pengisian perbincangan ini ialah :

1. PERBEZAAN ANTARA PBPPP  DAN PPPB  

PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah :
Konsep Berasaskan Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Menggantikan LNPT.

PPPB - Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan yang berkaitan pembelajaran kendiri dalam menambah ilmu seterusnya menjana kualiti guru dan pemimpin sekolah.

- penilaian prestasi berdasarkan PBPPP

2. TIADA MANA-MANA FAIL DICADANGKAN OLEH PIHAK KPM DARIPADA
KEDUA-DUANYA
( jika telah disediakan oleh guru, ia dianggap KREATIVITI dan INOVASI, selain memudahkan penilaian oleh Pegawai Penilai di sekolah)

3. PENILAIAN PBPPP AKAN DILAKSANAKAN KEPADA SEMUA GURU
MENGIKUT INSTRUMENT YANG DITETAPKAN
. e-PERSTASI pula adalah sistem yang digunakan untuk penilaian ini.

*************

Isu yang melanda guru kini ialah masalah penyediaan Fail. (fail ini sebenarnya bukan arahan dari pihak KPM).. Namun begitu, penyediaan fail ini boleh memudahkan penilaian Pegawai Penilai 1 - 2 serta menjadikan tugas guru lebih tersusun dan sistematik.

Walaupun, KPM tidak mengarahkan penyediaan mana-mana fail berkaitan PPPB dan PBPPP ini, saya sendiri telah menyiapkannya dengan tujuan simpanan hasil kerja yang lebih sistematik.

Sebagai perkongsian ilmu, saya amat menggalakkan cikgu-cikgu di luar sana, kunjungilah FACEBOOK PUAN RUSLINA YUNUS dan ENCIK KAMARUZZAMAN untuk menambah ilmu berkaitan PBPPP dan PPPB selain pembacaan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Terima kasih.


# hasil perbincangan santai bersama BPPK

***********************
sumber : https://smg.moe.gov.my/10/manual.html
Taklimat PBPPP kepada Guru



Ringkasan buku PPPB

Kun Anta - Jadilah diri sendiri

SEDAP DITELINGA DAN PENUH BERMAKNA

Lirik Lagu Kun Anta Dalam Bahasa Malaysia

Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.

Tidak..Tidak...
Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik.


Tidak..Tidak...
kita bukan di terima orang lain dengan apa yang tidak ada.
Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita.
Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia

Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka

June 03, 2015

Kelas Tambahan Cuti Sekolah (Pertengahan Tahun ) 2015

Jadual Kelas Tambahan telah diedar sejak bulan Mac lagi.. Jadi, amanah yang diberi, mestilah ditunaikan. Walaupun jumlah murid tidaklah ramai seperti kelas biasa, kelas tetap dilaksanakan. Mungkin ramai yang telah merancang aktiviti bersama keluarga. Maklumlah, cuti sekolah. Lagipun minggu pertama cuti ni saya tak kemana-mana.. Seronok juga buat kelas masa cuti ni sebab bebas. Anak kecil saya sentiasa bersama sebagai jurufoto sepanjang kelas diadakan.

Buat anak-anak didik cikgu, semoga usaha kalian datang ke sekolah pada waktu cuti ini unuk menuntut ilmu akan dikurniakan ganjaran yang setimpal nanti. Cikgu doakan kalian cemerlang dalam PT3 tahun 2015.

Semoga ia menjadi kenang-kenangan KITA dan SMKTD nanti.

KHAMIS (4.6.2015) - KELAS 3KAA DAN 3RK











 SELASA (2.6.2015) - KELAS 3A DAN 3D











 ISNIN (1.6.2015) - KELAS 3C







Di sini saya kongsikan latihan menterjemah litar skematik yang saya gunakan untuk ulangkaji bersama murid-murid ini. Semoga dapat dimanfaatkan.

KLIK POP OUT UNTUK PREVIEW DAN DOWNLOAD..

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PT3 DI SEK MEN AGAMA TENGKU AMPUAN RAHIMAH, SUNGAI MANGGIS

Pada hari terakhir persekolahan, 29.5.2015, saya telah menerima satu tawaran sebagai penceramah program Perkampungan Ilmu di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Rahimah. Syukur Alhamdulillah, aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik. Sasaran peserta ialah murid-murid KHB-PK tingkatan 3.








semoga dapat dimanfaatkan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...