Hasil Pembelajaran :
Pelajar dapat mengetahui jenis pastri yang dapat dihasilkan dari kaedah gaul dan ramas.
- Antara jenis biskut dan kek yang dihasilkan daripada kaedah gaul dan ramas (rujuk blog archive bulan Ogos 2008) ialah biskut kacang dan ban batu karang. Resepi ini adalah contoh pastri yang dihasilkan dari kaedah yang sama.
BLUEBERRY CHEESE TART
Bahan-bahan:Doh pastri
250gm marjerin
80gm gula aising
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila
Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula aising
20g marjerin
1 biji telur
Blueberry filling secukupnya
Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan pastri dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.
5. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan marjerin sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
6. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka.
8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.
Inilah rupa blueberry cheese tart comel yang telah siap...
SELAMAT MENCUBA !
Jika ada sebarang pertanyaan, sila tulis dibahagian comment...
3 comments:
kalau ade lebih2 tu..
hulur2 la kt bilik server skit kak.
=)
dah abis dibedal anak bujang 3 orang hari tu jugak... Bau bekas kosong je la...
oh tidak..
buat la lagi .. =)
Post a Comment