Dah lama rasanya tak menulis di blog. Sibuk betul la 2 minggu sebelum cuti ni. Kena pulak jadi ajk majalah.. memang banyak betul kerjanya. Mungkin orang lain pun pernah jadi memegang jawatan ni. Tapi bagi saya yang baru pertama kali dan bersama-sama kawan-kawan juga yang pertama kali memang la agak payah.
Dari hari pertama dapat tahu jadi ajk majalah ni, rasanya tugas mengajar dan panitia dah jadi no.2 dan 3. Banyak perkara kena fikirkan. Mungkin juga kerana prinsip saya yang tidak suka memandang remeh pada setiap tugas, maka bertambah berat juga kepala otak dibuatnya. saya menguruskan pemilihan ajk di kalangan pelajar dan mengagihkan tugas kepada mereka mengikut kata hati sendiri (maklumlah, tiada pengalaman)..
Dan segalanya pun bermula lah...
Sepanjang masa pelajar berulang-alik bertanya apa nak buat. Cikgu-cikgu pun sibuk nak mengajar serta buat hal masing-masing. Namun begitu, saya tetap memikirkan tentang majalah sekolah ni. Mula lah buat surat untuk cari penaja pulak.. Zaman yang agak meleset agaknya, tiada penaja nak menaja! Yang ada bagi respon, tak dapat nak bagi sponsor kerana tiada peruntukan.. ok, takpe la..cuti nanti ajk cari lagi.
Bahan karya pelajar sekolah dikutip, tak cukup bahan, tak dapat sambutan. Murid-murid dah tak minat lagi nak menulis. Kenapa ya? Kemudian, ajk ambil gambar kelas, persatuan, kelab dan lain-lain. Berkejar ke sana ke mari cari guru dan murid. Penat betul ajk pelajar ni. Berkorban masa dan tenaga untuk majalah. Itu belum lagi kena marah! Sabo je la.
Masa semakin suntuk! Kumpul maklumat. Alamak! banyaknya bahan takde lagi walaupun sepatutnya semua nya patut ada.. Jadi, berkampung la kitaorang kat makmal komputer. Kelas kena masuk juga. Mujurla musim peperiksaan. Tak perlu buat persediaan sebelum kelas. Cuma kena duduk dalam kelas je. Tapi, hati tak senang. Ada seorang ajk guru yang baik hati menggantikan kelas yang sepatutnya saya masuk. Jadi boleh la buat kerja. Masa makan pun kena cepat. Rasanya nak berbual lama sikit kat kantin pun tak sempat. Rugi masa sebab banyak kerja.
Apa yang banyak kerja tu? Sebenarnya, kami ajk majalah edit semua gambar yang diambil oleh ajk pelajar. Mungkin masa tu, kelam kabut, jadi tak perasan ada yang tak kena dengan semua gambar yang diambil. Oleh itu, semua gambar diedit dengan photoshop. Sori ye.. kalau nanti ada gambar yang... ehm...ehm...
Akhirnya, sampailah masa yang ditunggu-tunggu. Syarikat pencetak datang untuk ambil bahan. Tapi, ada sedikit masalah. Bahan masih tak cukup dan dia tak mahu guna gambar yang telah diedit tu.. Nak buat macam mana ye.. Geram betul. Tapi saya ber je bahan yang ada.
Hari Isnin pertama cuti sekolah, beberapa ajk datang lagi ke sekolah lagi untuk kumpulkan maklumat yang belum beri. Hari Selasa, edit pulak kalau ada ejaan yang salah. Di rumah, mengadap lagi Deraf Majalah ni siang dan malam takut ada lagi yang kurang. Kemudian hari Khamis, serah semua bahan yang tinggal kepada Syarikat pencetak. Jadi, sekarang ni tunggu je la hasilnya. Alhamdulillah..
Maka, barulah bermulanya CUTI SEKOLAH SAYA!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Bersyukur kepada Allah swt diberi peluang menulis di blog ini........... Berpesan-pesanlah... bertakwalah kepada Allah swt, jadilah anak soleh / solehah. Semoga segala usaha dan perjuanganmu diberkati oleh-Nya.
TITIPAN CIKGU NORLIZA
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
No comments:
Post a Comment