TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

November 05, 2010

Bahan P&P : Latihan Interaktif





Bismillahirrahmanirrahim..

Info ini sekadar bertujuan perkongsian ilmu dengan rakan-rakan sekalian.
Bermula 1 November 2010, saya teringin pula untuk membina satu lagi bahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan perisian HOT POTATOES (download). Perisian ini mengandungi banyak teknik yang boleh kita gunakan untuk membina bahan P & P yang menarik.

Jika sebelum ini saya telah membina SANTAI MINDA (menggunakan hot potatoes jcross), kali ini saya berharap dapat menyiapkan Latihan Interaktif berbentuk PMR (menggunakan hot potatoes jquiz)untuk kegunaan dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan di rumah. Latihan seperti ini bukan sahaja untuk mata pelajaran KHB, malah sesuai juga untuk mata pelajaran yang lain.

Contoh latihan (latihan ini hanya sebagai demo dan boleh diguna untuk tempoh 1-2 minggu sahaja, jika didapati "Not Found, The requested URL ..was not found on this server"
bermakna tempohnya telahpun tamat)
Klik pada latihan :

Latihan 1 (Tajuk rekacipta ting 3)

Harapan saya, semoga bahan ini dapat disimpan dalam bentuk CD dan dapat diberikan kepada semua murid-murid pada tahun 2011. Akhir kata, terima kasih kepada suami dan anak-anak yang memberi kerjasama dan galakan semasa proses pembinaan bahan ini.

:)

3 comments:

Norliza said...

cubalah download perisian hot potatoes ni.. banyak gunanya..yang penting ada minat dan semangat!

cikgu sidah said...

dah lama saya terfikir nak buat satu latihan interaktif yg boleh diguna khususnya utk menarik minat pljr. terima kasih sbb berkongsi idea yg cukup menarik nih. wpun sy krg pengetahuan dlm bidang IT nie, sy dah cuba sedikit sbyk penggunaannya dlm kelas.sy mulakan dgn guna power point-terutama utk tunjuk gambar jenis2 kuih tempatan.kmdn sy gunakan video. insyallah sya akan cuba yg nie pulak.terima kasih byk2 cikgu ;)

Norliza said...

alhamdulillah.. tahniah cikgu! Saya ni bukannya pandai sangat.. try n error je.. tak sangka ye.. belajar sikit tapi bila kongsi dengan orang lain, banyak lagi akan kita perolehi.

terima kasih kepada cikgu sekolah saya juga iaitu Cikgu Zahari Rusdi yang mengajar tentang hot potatoes pada tahun 2004 dulu..waktu tu tak terasa pentingnya kerana kemudahan IT tak secanggih kini.

tapi kini, memang sangat berguna kerana anak didik kita sekarang dah maju dan tahu tentang IT dari tadika lagi. So, latihan yang kita nak bagi mestilah canggih juga kan!

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...