TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

December 14, 2010

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Jahitan Asas dan Jahitan Hiasan

Dalam pengurusan bengkel, perkara utama yang perlu difikirkan ialah keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Selain itu, keadaan bengkel yang kemas, cantik dan kondusif juga perlu difikirkan supaya aktiviti pembelajaran menjadi berkesan.

Penggunan bahan bantu mengajar (BBM) juga perlu dititik beratkan kerana, BBM itu bukan sekadar hiasan yang mencantik atau menceriakan bengkel, malah dapat digunakan di dalam kelas dengan baik. BBM itu sebaiknya dapat dilihat, disentuh dan dihayati isi kandungannya.

Di sini saya menunjukkan beberapa BBM bertajuk 'Jahitan asas dan jahitan hiasan' yang sesuai diletakkan di dinding kelas / bengkel kerana telah disediakan penyangkut yang sesuai. BBM ini amat mudah difahami kerana ia adalah dalam bentuk yang sebenar. Murid-murid boleh melihat contoh ini dan terus menyediakan sampel untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Modul 1 bertajuk jahitan asas. 

Setiap set bersaiz 43cm X 31cm dan diperbuat dari bod plastik dan sampel jahitan sebenar. Terdapat 13 unit dalam tajuk Jahitan Asas dan Jahitan Hiasan.
 
 BBM 1 : Cara Menjahit Renda (cara 1)

 BBM 2 : Menjahit Renda (cara 2)

 BBM 3 : Jahit Sembat Susup

 BBM 4 : Menjahit Kun (cara 1)

 BBM 5 : Menjahit Kun (cara 2)

 BBM 6 : Jahit Jelujur Halus

 BBM 7 : Jahit Jelujur Kasar

 BBM 8 : Jahitan Silang Pangkah

 BBM 9 : Jahitan Bulu Ayam

 BBM 10 : Jahitan Insang Pari

:
 BBM 11 : Jahitan Rantai

BBM 12 : Jahitan Kuku Kambing

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk tempahan. Sila tinggalkan nama dan alamat sekolah ke nombor telefon 012-3227288. Tuan/puan boleh menggunakan LO untuk pembelian. Jangan risau, tiada kos penghantaran dikenakan dan BBM ini akan terus dihantar ke sekolah atau alamat yang disertakan.

Terima kasih.

5 comments:

FieZaLieSa said...

salam akak..
saya bakal cikgu KH..insyaAllah tahun 2012..lmbt lg..=) blog akak bnyk bg info..boleh saya jadikn rujukan ea..

Norliza said...

tq.

sharifahgckhbert said...

Kak Noi... BBM tu buat dari bahan apa? Kertas keras atau plastik ke apa? Dah di laminate ke? Boleh ke digantung di dinding?

Norliza said...

Bahan ni dibuat dari bod plastik dan tulisannya dicetak atas permukaan bod tu.. Bukannya tulisan tangan.. cantik jugak bila dijadikan hiasan kat bilik jahitan.

Selain tu mamang berguna sebagai bahan P-P.

Jika berminat contact Fadzilah.. no.tel ada kat atas kanan blog ni. nanti dia atau agennya akan datang ke sekolah..

CikNgah said...

as slm...awal thn baru ni saya ada antar sms ke no phone yg ada kat blog pn norliza ni utk order bbm ni,dia janji nak email saya tp sampai sekrg saya tak dpt apa2 respon pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...