TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

January 26, 2011

Bila bersuara...

Sudah hampir 4 minggu persekolahan bagi tahun 2011 berlalu. Banyak juga perkara yang terjadi dalam tempoh ni. Ada yang baru.. dan ada juga yang berulang. Itulah yang berlaku.. penatnya.. ingatkan makin lama kerja akan jadi lebih mudah.. tapi, banyak juga yang agak payah dan membebankan. Itulah harga yang perlu diterima oleh seorang yang bergelar guru..

Bukan merungut atau tidak ikhlas, namun penat tidak berbayar dengan kepuasan bila kerja yang dilakukan tidak dihargai dan ada juga yang mempertikaikan apa yang telah dilakukan..Merungut atau mengeluh bukanlah sesuatu yang menarik untuk jajakan.. tapi, apalah salahnya jika kita tahu menghargai orang lain dan sentiasa memberi kerjasama.

Bila melihat rakan bermotivasi.. rasa berbersemangat tersemat dalam jiwa.. Bila melihat ada rakan suka beri alasan, sentiasa berprasangka dan memberi perkhabaran kurang menyenangkan.. maka, terganggu juga iman. Adakah ini umpama lalang?

Bila bersuara sedikit, mungkin ada hati yang akan tersentuh.. tapi apa nak buat jika itu satu kenyataan. Mungkin agak kasar  tapi itulah hakikatnya. Bila terlalu menjaga hati orang lain, kemungkinannya dia tak menghargai pun apa yang kita lalukan.. akhirnya berterus-teranglah... mungkin itu lebih baik.
Tapi terimalah akibatnya.. bila bersuara dengan berterus terang.. padanlah muka...

ingatan untuk diri sendiri...2011

1 comment:

jah said...

saya suka baca bila bersuara cikgu.itulah sebahagian drpd kehidupan kita sebagai guru. kita tak harap ganjaran,pangkat hanya hargai usaha yg dilakukan @ sekurang-kurangnya tidak meremehkan usaha.
Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu yg diberikan. semoga cikgu dimurahkan rezeki dan diberkati oleh yg Esa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...