Selalunya.. saya masukan bahan p-p dalam blog ni dan jarang sekali bercerita dalam blog sendiri.. Terima kasihlah kepada yang sudi menjengah ke blog ni, mungkin ingin mencari bahan atau apa-apa je.
Bagi saya, buat blog ni bukanlah perkara yang sia-sia.. ianya macam koleksi peribadi la..
Andailah suatu masa nanti, saya kena bertukar sekolah, laptop rosak, pendrive hilang dan segalanya yang mungkin.. (insyaallah tak berlaku).. .. sekurang-kurang ada simpanan peribadi dalam blog ni..
Bagi yang baru nak bermula buat blog.. buatlah betul-betul.. mungkin ia juga boleh dijadikan pendapatan sampingan. Saya ni pun bukannya pandai sangat.. cuma suka cuba-cuba je.. Lagipun kemudahan tu ada, jadi apalah salahnya berblog dari buang masa kat fb (pendapat peribadi).
Bercerita tentang kerja, memang tak seronok sangat.. tapi bila kita jadikan kerja sebagai hobi, memang best.
Buatlah apa-apa yang kita suka, asalkan bahagia. Carilah hobi yang bermakna, dan jangan cari masalah.. tapi carilah penyelesaiannya.
:)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Bersyukur kepada Allah swt diberi peluang menulis di blog ini........... Berpesan-pesanlah... bertakwalah kepada Allah swt, jadilah anak soleh / solehah. Semoga segala usaha dan perjuanganmu diberkati oleh-Nya.
TITIPAN CIKGU NORLIZA
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com
MODUL PEMBELAJARAN INI DIGUNAKAN SEPENUHNYA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (KLIK LINK)
February 27, 2011
February 09, 2011
February 02, 2011
Latihan Topikal Interaktif untuk KHB-ERT Tingkatan 3
Berikut merupakan latihan yang baru saya sediakan sebagai Ujian Topikal untuk murid-murid Tingkatan 3 Tahun 2011. Ia boleh digunakan sebagai PATS yang dilaksanakan di dalam kelas.
Antara kebaikan latihan ini ialah :
Cubalah latihan ini. Selamat maju jaya...
Antara kebaikan latihan ini ialah :
- Guru tidak perlu menanda setiap latihan murid kerana murid akan menjawab di dalam website ini dan markah akan dipaparkan setelah semua soalan telah terjawab.
- Murid boleh mengulagi latihan ini sehingga mencapai target yang dikehendaki.
- Boleh dibuat serentak oleh semua murid di dalam kelas
Cubalah latihan ini. Selamat maju jaya...
Subscribe to:
Posts (Atom)